Selepas Najib tegur bloggers upahannya sebagai 'bangang', alhamdulillah semua kini telah kembali menulis seperti biasa, lawatilah blog-blog mereka, mempunyai kelainan dari sebelum ini...banyak puji-pujian dan mempertahankan boss mereka dengan 1001 alasan bangang mereka.
Semuanya betul di mata mereka...
Lain kali buatlah kerja betul-betul setimpal dengan upah !!!
Tidak perlu rasa bersalah, tidak perlu rasa rendah diri..mempertahankan seorang Presiden dan sebuah parti yang telah banyak melakukan jasa jauh lebih baik dari menjadi penulis upahan parti pembangkang.
Bloggers juga seorang pejuang, tidak dapat dielakkan, mereka juga manusia, dalam kesetiaan, mereka juga mampu menurunkan seorang Presiden...itu juga bukan sesuatu yang mustahil.
Jika seorang Presiden yang kalut, resah dan bimbang terpaksa merayu kepada bloggers bangang, tentulah ketajaman mereka diiktiraf.