Saturday, August 1, 2015

PENYELESAIAN SENDIRI

Yang tidak setuju dengan Najib - letak jawatan.

Yang tidak setuju dengan UMNO selagi Najib jadi Presiden - keluar parti.

Fikirkan semula untuk join UMNO selepas Najib bukan Presiden dan jika UMNO masih menang.

Fikirkan semula untuk join UMNO selepas Najib bukan Presiden walaupun UMNO bukan lagi kerajaan.

Atau keluar UMNO seumur hidup.



Yang tidak setuju dengan Najib selagi jadi Presiden jangan undi BN.
Atau tidak undi BN seumur hidup.

Yang keluar parti perlu ke join parti lain (?)
Itu suka hati kau orang..

Apapula kata cai..
Eh eh eh.. dah tak kacau dia orang pun...masih nak sebok juga ke..
Kau orang ketawakan je lah...

Selesai tak (?)


Kiriman Ck.Said-Kuala Pilah.

1 PER 3 JUTA

Betul ke seorang sahaja yang minta Najib berundur,
Sedangkan 3 juta lagi sokong Najib..

Hari pertama pemecatan Muhyiddin, ada 35,000 di facebook Najib minta dia berundur .

Cer komen sikit.

Najib kata dia sedia dikritik tetapi mesti di tempat yang betul...apakah teguran Muhyiddin di pentas UMNO atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO bukan haknya untuk bercakap, bukankah di tempat yang sewajarnya.

Cer komen sikit.

Gani Patail dipecat mengetuai Task Force, apa alasan? Gani ada tegur Najib?

Cer komen sikit.




KOMEN bermaksud memberi hujah dengan akal manusia di kepala. Kalau berhujah guna lutut, guna siku tidak di alu alukan.

MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB


NIAT
Pilihlah parti dan pemimpin yang tiada skandal besar.

HIJRAH
Sudah berzaman, pilih yang sama, semakin merosot, selalu failed, kali ini berazamlah untuk pas.




Friday, July 31, 2015

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG..

Melantik dan memecat HAK Perdana Menteri... - Mahathir.

Kita AKUR... - Muhyiddin.


Tentunya jawapan ini mampu membuatkan Najib dan penyokongnya tidor lena dan tidak cemas lagi.

Kenyataan itu sepatutnya telah menunjukkan Najib betul dan benar 100% tanpa ragu-ragu.

Suasana terkawal dan selamat ini harus disusuli dengan tiada lagi penyingkiran kepada mana-mana pihak.

Tidak wajar ada lagi gambaran dihantui dan takut dengan bayang-bayang sendiri.

MENTERI KABINET BARU PECAH DARA..

Bukan niat kita nak mencari salah, tetapi kalau salah itu terbentang di depan mata - apa nak kata...sikit pun kenalah komen juga.

Tidak baik kata orang bodoh, tapi tuan punya badan tunjuk memang dia bangang - nak buat macam mana.

Lebih lebih lagi kalau itu yang terpacul (pecah dara) buat pertama kalinya selepas dilantik semula ke dalam kabinet.

Hanya selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said bukan saja menunjuklan ciri-ciri pengganti kepada Hasan Malek, malah tahapnya nampak lebih kronik lagi.

Mengulas mengenai isu wang RM2.6 bilion yang didakwa
mengalir masuk ke dalam akaun Najib yang dipercayai menjadi antara punca Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdaha Menteri, Azalina antara lain berkata:-

-  wang sejumlah itu bukanlah suatu isu besar kerana ia adalah budi bicara orang yang memberi duit itu.

- tiada salahnya seseorang menerima pemberian sebesar RM2.6 bilion asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

- kalau orang derma duit pada saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...apa salahnya?


Thursday, July 30, 2015

RELAX BRO...SEMUA TERKAWAL

Kena percaya UMNO itu masih kuat.

Kena cakap UMNO itu masih hebat.

Kena akur Najib PM yang paling disayangi rakyat.

Kena ingat, semua yang negatif itu konspirasi jatuhkan PM.

Kena terima, semua tuduhan ke atas PM adalah fitnah.

Kena ingat, apa saja tentang Madey adalah.jahat.

Kena berjanji, hanya pangkah UMNO.

Kena takut, bertanya juga adalah satu jenayah.

Pengkritik adalah pengkhianat.

CASH IS KING KONG



# Ini tulisan terbaik, tulisan of the year - penawar buat yang panik dan takut bayang sendiri.

JANGAN MARAH KALAU RAMAI MELAYU TAK MAU JOIN UMNO

Sekarang ini ramai betul blogger dan penyokong UMNO sebok sungguh dengan parti lain terutama pembangkang yang dikatakan porak peranda dan kacau bilau.

Meteka mempersendakan pemimpin parti pembangkang dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya. Kalau pemimpin sendiri dilabel agaknya macamana?

Blog ini akui permasalahan di parti pembangkang, akui sikap melampau dan kurang ajar mereka.

Tetapi memburukkan mereka berlebihan tidak pun membantu UMNO dan pemimpinnya nampak hebat.

Lebig-lebih lagi sekarang..di dalam UMNO itu sendiri cukup huru hara, cukup kurang ajar dan tidak hormat bawahan kepada pemimpin atasan mereka.

Mereka jadi biadap sekadar jadi ayam tambatan kepada Presiden untuk melanyak Timbalan Presiden.

Oleh itu berlebihan mengutuk parti pembangkang sedangkan parti sendiri tahap pariyah memang tidak wajar. Kain carik orang di jaja, kain sendiri koyak robak nampak kemaluan tak sedar diri...

Apa sangat penyokong UMNO hilang kestabilan emosi apabila ramai orang Melayu termasuk golongan intelek join DAP.

Memang itu satu kerugian, satu yang pelek, satu yang kita marah atau tidak sokong tetapi apa wadah dan sikap UMNO untuk menarik perhatian mereka.

Ertinya UMNO perlu menunjukkan dan memberi keyakinan kepada mereka untuk join UMNO. Mesti tunjuk matang, ada visi sejagat, pemimpin atas jadi contoh.

Hari ini, apa hebatnya, apa bagusnya join UMNO...tolong senaraikan...
Perjuangan apa yang mereka pegang...
Apa keutamaan yang mereka pertahankan...



Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...