Wednesday, August 12, 2015

Nazri Meroyan Dengan Nurul Izzah

Apabila PKR saman Najib kerana melanggar Akta Pilihanraya, antara yang rasa sangat pandai bab undang undang tetapi melenting cacing kepanasan ialah menteri pelancongan cina, Nazri.

Dan ramai lagi akan jadi tukang kipas dan tukang bela, untung badan dapatlah ghanimah macam Zahid.

Malaysia ada undang-undangnya dan akta termasuk Akta Pilihanraya.

Samada saman PKR atas Najib dalam isu perbelanjaan melebihi had mempunyai locus standi atau tidak, biarlah mahkamah menentukan.

Jika pendapat Nazri dan blongang saja yang mahu dianggap betul, lebih baik tutup mahkamah dan semua kes diputuskan oleh Nazri.

Itu agaknya cara UMNO sekarang.
Kok

NAJIB SUDAH BOLEH FOKUS

Serangan Mahathir dan penyokongnya ke atas Najib sudah berkurangan atau dalam keadaan berhati-hati.

Itu dinamakan konspirasi oleh mereka yang panik dan konspirasi ini dikira sudah tamat.

Cuma yang tinggal ialah defend dan kaberap serta spin spin untuk menjadikannya logik diteruskan oleh pro Najib..

Kadang-kadang kaberap ini over, salah satunya dari Redhuan Tee yang menganggap derma 2.6B datangnya dari mereka yang kagum dengan jasa dan usaha Najib mendamaikan umat Islam di dunia?

Melihat Najib masih gagah, rupanya ramai yang berlumba untuk berjasa.

Semoga mereka berjaya tetapi janganlah sampai jadi bahan jenaka rakyat...


Sunday, August 9, 2015

KEYBOARD WARRIOR DIPERLUKAN

Najib akui kehebatan serangan di media maya memihak kepada pesaing dan musuhnya.

Najib seolah menggambarkan apa yang dibuatnya hebat dan betul belaka cuma dinafikan oleh keyboard warrior yang tidak menyokongnya.

Katanya lagi, zaman Mahathir ada banyak perkara tidak betul tetapi ia tidak jadi isu dan tidak diperbesarkan, dilupakan kerana internet belum lahir.

Apa yang dilakukan sekarang hanya mewarisi apa yang telah PM terdahulu lakukan..

Ingatan:
Siapa yang membawa internet masuk jika Mahathir benar takut kepada internet?

Bakankah Mahathir mempelawa mereka untuk mencari silap dan salahnya termasuk membenarkan bank mendedah akaunnya..

Bukankah Mahathir sedang menunggu persaolan mereka..

Bukankah Tunku Aziz hadir untuk mendedahkan keburukan Mahathir di program N2H tetapi terkincit balik awal.

Yang nak tuduh dan fitnah Mahathir di sini..sila nyatakan nama, ic, alamat lengkap..
Kalau tak berani...kekalkan diri anda sebagai anjing kurap.

Berbalik kepada keywarrior yang sangat-sangat diperlukan Najib untuk mempertahan "kebenaran" dirinya...
Ramai di sini yang sudah lulus ujian jilat mangkuk layak memohon..

KD juga berminat kalau tawaran lumayan!!!

UMNO MAKIN.MEMBOSANKAN..

Masih adakah sesuatu yang boleh dibanggakan UMNO atau Pemimpinnya.

Adakah membandingkan dengan PAS atau PKR sudah cukup untuk kata UMNO lebih bagus.

Meneruskan masa hadapan dengan UMNO atau perlu mencari alternatif.
Apa jaminan UMNO dan Pemimpinnya akan datang tidak seperti hari ini -  lebih baik sedangkan budaya sekarang akan diwariskan.

Apa pilihan yang ada..

Saturday, August 8, 2015

Apa surprise lagi Zahid nak cakap tentang 1MDN..

Dah ramai dah tergolek bila cuba mempertahan 1MDN...

Kini giliran Zahid untuk membicarakannya sebagai balasan selepas mendapat ghanimah.

Setakat ilmu dan pengetahuannya tentang 1MDN, lebih tak tahu dari tahu, sekadar copy and paste sahajalah yang rakyat akan dengar...

Integriti kerajaan sekarang dalam keadaan menjunam sepertima keadaan hinggit di pasaran dunia...dah menuju setaraf Greece jika kerajaan asyik sembunyi dan lari.

Berbekalkan undi terbanyak Naib Presiden dan tidak berani open untuk bertanding lagi tahun ini, Zahid tidak boleh mengharapkan ia masih popular di kalangan ahli.

Secara ikhlas, Zahid yang sepatutnya mempertahankan kebenaran, mempertahankan Muhyiddin, mempertahankan Shafie,
mempertahankan Ghani Patail, mempertahankan Gabenor BNM, mempertahankan 4 Pegawai SPRM tetapi sebaliknya tergesa gesa menerima tawaran TPM tanpa merujuk kelayakannya kepada  rakan seperjuangan (Majlis Tertinggi) sangat tidak politik.

Zahid juga perlu berundur seiiring Najib.

Paling paling paling pelik...Penasihat 1NDN, Menteri Kewangan Utama tidak juga bercakap bagi pihak kerajaan.

PM sendiri pun tidak berani menjawab A to Z, jawab main tepis-tepis. Jawab main sindir-sindir, Jawab berkias-kias.

Itukah cara PM menguruskan negara dan krisis kepimpinan???!!!

Diharap Zahid lebih baik dari Ahmad Maslan dan tidak menamburukkan lagi imej PM yang tercalar.


KASIHANILAH NAJIB

Aku pun pelik dengan rakyat Mesia ni. Najib sudah bermurah hati dengan BRIM RM1200...

Belum ada PM sehebat dan sepemurah seperti Najib yang siang malam memikirkan bagaimana membela rakyat dan memajukan negara.

Sampai sekarang pun, walau diminta berundur Najib tak sampai hati meninggalkan rakyat yang menanggung beban kos saraan yang tinggi dan nilai ringgit yang menjunam.

Najib masih mahu stay demi rakyat.

Oleh itu jika Najib pun dapat ala BRIM 2.6B atas ehsan derma, sewajarnya tiada rakyat yang jeles dan pertikaikan.
Mungkin itu lah ganjaran hebat yang Najib dapat kerana sikap penurahnya.

Lagipun diyakini, Najib tidak gunakan duit itu untuk tujuan peribadi.

Kalau 2'6B itu mahu ditafsir sebagai salah atau rasuah, sudah tentu BRIM juga dalam persepsi yang sama?

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...