Saturday, August 15, 2015

UNDI TIDAK PERCAYA NAJIB DI PARLIMEN TIDAK AKAN BERLAKU BESOK..ZAHID TIDAK PERLU BIMBANG

Najib sedang menghadapi kemungkinan undi tidak percaya di parlimen melalui gerakan tersusun kata Zahid.

Ia tidak dibenarkan berlaku selagi dia adalah TPM dan Menteri KDN tambah Zahid lagi.

1. Zahid percaya ada gerakan tersusun sangatlah pelik kerana saban hari blongang mencanangkan pembangkang bergaduh sesama sendiri tahap masuk longkang.
Nak percaya Zahid ke nak percaya blongang (?)

2. Najib akan bermasalah besar jika TPM dan Menteri KDN bukan Zahid (?) Mungkin ini faktor Muhyiddin tidak layak dan disingkirkan.

3. Undi tidak percaya di parlimen adakah satu perkara yang undang2 negara tidak benarkan atau satu kesalahan (?).

4. Jika dibenarkan, gerakan itu adalah sah dan siapa yang menghalangnya boleh di anggap cuba melanggar atau salahguna undang2.

5. Apa dosa besar dan kesalahan besar Najib sehingga ada gerakan undi tidak percaya (?) Bukankah Najib sudah dibersihkan oleh SPRM dan Audit Negara.

6. Disarankan Parlimen ditangguhkan untuk tempoh yang lebih lama bagi mengatasi semua masalah ini !!!

7. Hakikatnya gerakan ini gagal kerana Najib mempunyai sokongan 3 juta ahli parti.
Seorang ahli wanita di Langkawi yang menganggap Najib "kencing" hanyalah isu terpencil.

8. Lebih penting, undi tidak percaya itu tidak akan berlaku besok.

Friday, August 14, 2015

BELI SEMULA UTUSAN MALAYSIA...

Disarankan supaya kita pakat pakat beli semula Utusan Malaysia walau pun sekadar rujukan terakhir, walaupun terpaksa tatap muka muka pak lawak di dalamnya.

Beli atas sokongan Utusan "bangkit semula"' Di harap berpanjangan...walaupun sudak sukar dan lewat di bawah pengaruh King is Cash.

Wednesday, August 12, 2015

Nazri Meroyan Dengan Nurul Izzah

Apabila PKR saman Najib kerana melanggar Akta Pilihanraya, antara yang rasa sangat pandai bab undang undang tetapi melenting cacing kepanasan ialah menteri pelancongan cina, Nazri.

Dan ramai lagi akan jadi tukang kipas dan tukang bela, untung badan dapatlah ghanimah macam Zahid.

Malaysia ada undang-undangnya dan akta termasuk Akta Pilihanraya.

Samada saman PKR atas Najib dalam isu perbelanjaan melebihi had mempunyai locus standi atau tidak, biarlah mahkamah menentukan.

Jika pendapat Nazri dan blongang saja yang mahu dianggap betul, lebih baik tutup mahkamah dan semua kes diputuskan oleh Nazri.

Itu agaknya cara UMNO sekarang.
Kok

NAJIB SUDAH BOLEH FOKUS

Serangan Mahathir dan penyokongnya ke atas Najib sudah berkurangan atau dalam keadaan berhati-hati.

Itu dinamakan konspirasi oleh mereka yang panik dan konspirasi ini dikira sudah tamat.

Cuma yang tinggal ialah defend dan kaberap serta spin spin untuk menjadikannya logik diteruskan oleh pro Najib..

Kadang-kadang kaberap ini over, salah satunya dari Redhuan Tee yang menganggap derma 2.6B datangnya dari mereka yang kagum dengan jasa dan usaha Najib mendamaikan umat Islam di dunia?

Melihat Najib masih gagah, rupanya ramai yang berlumba untuk berjasa.

Semoga mereka berjaya tetapi janganlah sampai jadi bahan jenaka rakyat...


Sunday, August 9, 2015

KEYBOARD WARRIOR DIPERLUKAN

Najib akui kehebatan serangan di media maya memihak kepada pesaing dan musuhnya.

Najib seolah menggambarkan apa yang dibuatnya hebat dan betul belaka cuma dinafikan oleh keyboard warrior yang tidak menyokongnya.

Katanya lagi, zaman Mahathir ada banyak perkara tidak betul tetapi ia tidak jadi isu dan tidak diperbesarkan, dilupakan kerana internet belum lahir.

Apa yang dilakukan sekarang hanya mewarisi apa yang telah PM terdahulu lakukan..

Ingatan:
Siapa yang membawa internet masuk jika Mahathir benar takut kepada internet?

Bakankah Mahathir mempelawa mereka untuk mencari silap dan salahnya termasuk membenarkan bank mendedah akaunnya..

Bukankah Mahathir sedang menunggu persaolan mereka..

Bukankah Tunku Aziz hadir untuk mendedahkan keburukan Mahathir di program N2H tetapi terkincit balik awal.

Yang nak tuduh dan fitnah Mahathir di sini..sila nyatakan nama, ic, alamat lengkap..
Kalau tak berani...kekalkan diri anda sebagai anjing kurap.

Berbalik kepada keywarrior yang sangat-sangat diperlukan Najib untuk mempertahan "kebenaran" dirinya...
Ramai di sini yang sudah lulus ujian jilat mangkuk layak memohon..

KD juga berminat kalau tawaran lumayan!!!

UMNO MAKIN.MEMBOSANKAN..

Masih adakah sesuatu yang boleh dibanggakan UMNO atau Pemimpinnya.

Adakah membandingkan dengan PAS atau PKR sudah cukup untuk kata UMNO lebih bagus.

Meneruskan masa hadapan dengan UMNO atau perlu mencari alternatif.
Apa jaminan UMNO dan Pemimpinnya akan datang tidak seperti hari ini -  lebih baik sedangkan budaya sekarang akan diwariskan.

Apa pilihan yang ada..

UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...