TERKINI:
Melantik Zahid sebagai TPM adalah umpama keadaan seperti Mahathir melantik Ghaffar Baba untuk meredakan keadaan pada masa itu. Zahid bukanlah penyelamat sebenar Najib, malah lebih merbahaya dari Muhyiddin dalam strategi politik.
Salleh Said Keruak adalah calon yang paling sesuai, ia kini seumpama seluar dalam Najib, lebih tahu lebih kenal Najib dari Rosmah.
POSTING ASAL:
Dah sampai masanya untuk blog ini ditutup sementara kerana apa yang nak diluahkan telah diluahkan dengan baik oleh Tun Dr Mahathir dalam posting terbarunya.
A to Z, lengkap sempurna tentang Najib.
Tidak ada apa yang baru, tetapi itulah pertanyaan dan persaolan yang sudah lama berlegar.
Najib bukan sahaja gagal menjawab tetapi berdolak dalik dan berbohong.
Blog ini hanya menunggu masa dan detik Najib gugur. Mustahil Najib boleh terlepas..
Jika Najib sendiri gagal menjawab, manamungkin ada orang lain yang lebih tahu darinya.
Janganlah pula ada tukang jawab yang cuba menjawab, itu sekadar menunjukkan kebodohan diri sendiri.
Mohon maaf di atas sebarang kekasaran dan keterlanjuran kata tetapi kebenaran tetap diperjuangkan juga.
Wassalam