Selepas Muhyiddin dipecat TPM, yang dapat ghanimahnya Zahid, tu rezeki dia atas kapasiti Naib Presiden paling kanan..
Siapa pula yang akan dapat ghanimah selepas Tun Dr Mahathir dipecat sebagai Penasihat Petronas (?)
Kemungkinan atas kapasiti "U Turn" atau paling tidak pun dendam tok ayah yang masih membara.
Adalah penting pengganti ini mempunyai status politik yang dijangka boleh membaiki imej Najib sebagai tanda sokongan dan dapat mengekang Deklrasi Rakyat pimpinan Tun.
Friday, March 11, 2016
Mahathir tak silap, yang silap lim kit siang..
Kesilapan lim kit siang ialah dia tak pandai macam Jho Low..
Kalau lim kit siang macam Jho Low..puak pemakan dedak sanggup jilat dia pagi petang.
Kalau lim kit siang macam Jho Low..puak pemakan dedak sanggup jilat dia pagi petang.
Thursday, March 10, 2016
Mat Said bagai hero di High Charparal...
Entah mimpi apa Mat Said membuat usul tidak percaya kepada MB Terengganu di Persidangsn DUN menjadikan isu Deklrasi dan Cubaan Culik PM tenggelam sementara...
Beliau juga mencabar dipecat dari UMNO dan menunggu reaksi pemimpin lain mencelanya.
Yang mula mula gatal mulut adalah Azalina tetapi sepantas kilat Mat Said sarankan betina itu tutup mulut jika tidak tahu menahu.
Begitu juga ada cubaan kaitkan Tun Dr Mahathir sebagai dalang oleh puak desperado dan penjilat.
Sekali lagi Mat Said memberi amaran kepada puak pemakan dedak ini supaya berhenti kaitkan nama Tun.
Mat Said jadi hero sekadar berbekalkan rahsia besar Najib yang disimpannya (?)
Setakat ini, dakwaan itu berasas kerana kebiasaannya beberapa pemimpin bermulut celupar seperti Nazeri, Salleh, Annuar antara kedepan memuntahkan peluru tetapi kali ini kecut senyap sunyi.
Kunan mungkin tak mahu ulas apa-apa (?)
Apa agenda Mat Said sebenarnya (?) Menangguk di air keruh dengan umpan besar (?)
Kalau Tun bukan dalangnya, sudah tentu dalang sebenar juga kuat nafsunya... dari luar (?), dari dalam (?)
Wednesday, March 9, 2016
KALAU BANGANG PUN, JANGANLAH DUA KALI...
Sebenarnya kalau tidak sebab beberapa faktor kemanusiaan, aku dah boleh ketawa terbahak bahak melihat segelintir lagi pemakan dedak yang tidak baca Deklarasi tetapi ulasan panjang lebar, melalut lari dari tajuk...
Macam Mukhriz dok cakap... "Awak nama apa ?" tapi jawapan yang dapat... "Saya dari Arab"'', tu yang Mukhriz kata bangang...ada orang bangang tersentuh hati le pula...
Baca deklrasi...
tapi dok pusing cerita kenapa Tun duduk sepentas dengan Lim Kit Siang...tu kan persaolan bangang.
Lim Kit Siang pun duduk berdepan dengan Najib di dalam parlimen...berbahas dan berhujah...adakala setuju adakala tak setuju dengan Najib.. tak ada persaolan pun ?
Kena ingat, Jho Low pun DAP juga, siapa yang duduk semeja, sekapal dan sekatil dengannya?
Pembangkang, Lim Kit Siang adalah sebahagian dari yang sah di bawah Perlembagaan Persekutuan malah lebih diterima oleh rakyat Malaysia berbanding dengan MCA.
Bersetuju dalam sesuatu perkara dengan DAP bukan satu dosa poilitik, bermuafakat dengan kapir dalam sesuatu hal untuk kebaikan rakyat lebih mulia dari tindakan pemimpin Islam yang menipu orang Islam.
Tak gitu?
Jadi tak perlulah buat kerja bangang dua kali, tak perlulah nak kaberap dosa dan penipuan pemimpin kamu dengan terpaksa fitnah Tun pula...
Tun berjuang untuk pastikan Mukhriz jadi PM... ni satu lagi tuduhan buat aku tak kering gusi melihat setakat mana bodohnya mereka berfikir....
Pertamanya kerana masih ramai yang berkelayakan.
Jangan tonjolkan nama Mukhriz... Jangan sampai ada yang tersentuh hati jika nama nama seperti Zahid, Kj, Hishamuddin, Ku Nan, Ahmad Bashah, Ahmad Maselan, Nazeri, Salleh Keruak tidak disebut bakal PM..
Keduanya untuk jadi PM lazimnya kena jadi Presiden UMNO terlebih dahulu...
Masih banyak halangan dan rintangan dan tiada jalan pintas buat Mukhriz..
Deklarasi bukan soal Mukhriz atau Muhyiddin, tetapi undurkan Najib dan yang tolol tolol di sekelilingnya...
Secara ikhlas aku mahu Najib kekal dan menang tetapi atas kebenaran...
Jika tidak, dia akan tersungkur sendiri...faktornya bukan sebab Mahathir atau sesiapa sahaja.
Tersungkur jika tidak amanah .. Najib hanya berlawan dengan masa, bukan dengan Tun.
Tuesday, March 8, 2016
SELAMATKAN MALAYSIA..bukan parti atau individu
Deklarasi Selamatkan Malaysia yang sudah termetrai di ketuai mantan Presiden UMNO dan mantan PM kini sudah menjadi satu peristiwa yang bersejarah.
Tanpa kedudukan dan kuasa, Tun Dr Mahathir dapat mengumpulkan hampir semua musuhnya untuk bersetuju dalam satu perkara. undurkan Najib mengikut perlembagaan.
Apapun pandangan dan persepsi yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir adalah semata mata kerana mereka sendiri tidak dapat membuat sesuatu yang lebih baik dari itu selain dari bercakap.
Mereka meletakan kepentingan perut mereka sendiri di hadapan, tidak sanggup kehilangan apa yang sedia ada dan jika tidak akan dapat apa apa untung dan kepentingan kenapa harus menyusahkan diri....
Tun bukan sahaja telah bercakap dalam bentuk nasihat dan amaran tetapi juga tindakan dan arah halatuju...
Terpulang kepada pemimpin UMNO untuk membuat keputusan nasib masa depan partinya... Tun telah selesaikan tanggungjawabnya kepada parti...
Wan Azizah perlu berhenti jadi patung dan boneka, serahkan kepimpinan kepada mereka yang layak.
Anwar tidak perlu dibebaskan sekadar menambah ribut politik negara. Masanya sudah berlalu.
Terpulang kepada pembangkang untuk tawan putrajaya tetapi caranya mesti bersatu dengan mengurangkan perbezaan ideologi dan lebihkan masa dan tenaga untuk fokus sekamatkan Malaysia.
DAP harus banyak berubah sebelum bercita cita menjadi parti yang lebih diterima. Lim Kit Siang patut bersara dan Lim Guan Eng haruskan serahkan jawatan Setiaisaha Agung kepada pihak yang mendapat undi terbanyak.
Tun Dr Mahathir telah memberi isyarat dan satu tanda bahawa pemimpin yang korup hanya akan menghancurkan negara. Pemimpin korup tidak wajar diterima walau dia dari parti mana sekalipun.
Tun bercakap sebagai seorang negarawan mewakili rakyat Malaysia kerana dia sudah tidak berparti.
Rakyat harus menggunakan kuasa penyatuan.
Terima kasih Tun.
# Hanya kaum munafik sahaja yang tidak membaca dengan jelas DEKLARASI dan mengambil jalan mudah membuat fitnah.
Hadi dan Najib Sekapal...
Krisis integriti Presiden UMNO kini menular kepada Presideng PAS apabila sudah ada kedengaran suara meminta Hadi digantikan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Walaupun ianya datang dari suara bekas Naib Presiden tetapi dalam keadaan PAS ysng lemah sekarang, suara tersebut masih berpengaruh, tepat pada masa dan tempat.
Jika pendirian dan gaya kepimpinan Hadi sekarang ujud sebelum ini, sudah tentu Hadi akan mudah tewas dengan Mat Sabu. Nasib baik Hadi pada masa itu mungkin tidak selamanya.
Suara ini mungkin tidak terhenti di sini sahaja, jika berlaku kesinambungan dari pihak pihak lain, Hadi akan menghadapi situasi pertentangan yang lebih parah.
Atas dasar akrab Hadi dengan Najib yang sangat menghormatinya, tidak salah jika Hadi cuba tawarkan dirinya sebagai Timbalan Presiden yang sedang kosong.
Walaupun ianya datang dari suara bekas Naib Presiden tetapi dalam keadaan PAS ysng lemah sekarang, suara tersebut masih berpengaruh, tepat pada masa dan tempat.
Jika pendirian dan gaya kepimpinan Hadi sekarang ujud sebelum ini, sudah tentu Hadi akan mudah tewas dengan Mat Sabu. Nasib baik Hadi pada masa itu mungkin tidak selamanya.
Suara ini mungkin tidak terhenti di sini sahaja, jika berlaku kesinambungan dari pihak pihak lain, Hadi akan menghadapi situasi pertentangan yang lebih parah.
Atas dasar akrab Hadi dengan Najib yang sangat menghormatinya, tidak salah jika Hadi cuba tawarkan dirinya sebagai Timbalan Presiden yang sedang kosong.
Monday, March 7, 2016
RM7,000.00 x 91 KPB = RM1,337,000.00 AL KISAH KJ
Luahan hati Sabtu 5.3.2016
Ajaibnya negara ku ini,
Segala2 nya ada,
Tetapi tetap tak sekaya mana,
Petrol, emas, getah, kelapa sawit di mana-mana,
Namun hidup rakyat tetap merana.
Ajaibnya negara ku ini,
Kasino megah di puncak bukit,
Kilang arak besar di tepi lebuhraya,
Pelacur laris di ibu kota,
Rasuah dan salah guna kuasa berleluasa,
Malaysia masih negara Islam model,
Katanya patut dicontohi umat sedunia.
Ajaibnya negara ku ini,
Sedang ramai diberhentikan kerja,
Rakyat diminta berjimat-cermat,
Belanjawan dipotong supaya hemat,
Ditambah pula gaji menteri dan yang berhormat.
Ajaibnya negara ku ini,
Politik sentiasa agenda utama,
Sedang ekonomi menyesakkan semua,
Orang politik sibuk merebut kuasa,
Yang sedang memimpin diturunkan segera,
Pagi bermusuh petang bersaudara,
Senja bersama malam berseteru pula.
Ajaibnya negara ku ini,
Jerawat artis di muka depan akhbar,
Artis berkahwin siaran langsung di tv,
Artis putus tunang berebut liputan media,
Inovasi teknologi di universiti tiada yang peduli.
Ajaibnya negara ku ini,
Dalam dunia ini ada tujuh keajaiban,
Negara ku kini menjadi yang kelapan...
Prof. Hamza al-Qola'ie
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...