TERKINI
Wakil Najib di peringkat Negeri, Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.
Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat
1mdb kini menghntui Adnan Satem sehingga minta komromi isu tersebut serta isu isu nasional tidak dijadikan bahan brkempen PRU..
Kalau 1MDB itu manusia, bolehlah juga Akta Imigresen menghalang kemasukannya ke Sarawak tetapi kalau 1MDB dan 2.6B itu sudah jadi hantu, Adnan Satem hanya setakat boleh merayu..
Jika itu maksudnya, apakah lawatan Najib ke Sarawak selama ini hanya lebih menjadi negatif dan ditolak oleh rakyat Sarawak (?)
Apakah sejarah akan berulang seperti di Rompin dan Permatang Pauh, poster Najib tidak akan kelihatan !!!
Sedangkan hakikatnya Sarawak adalah fixed deposit UMNOBN dan kali ini tentulah perutukan lebih besar bagi memastikan kemenangan yang sangat penting, hidup mati politik Najib !!!
Jika isu 1MDB, 2.6B memberi kesan kepada PRU di Sarawak, nyatalah dakwaan selama ini ia tidak menjadi kudis di PRU Semenanjung hanyalah syok sendiri - go fly kite..
PRN Sarawak: Adenan takut isu nasional jejas kedudukannya.
Oleh: NADIA HANAFI
KUALA LUMPUR 24 APRIL: Tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencabar pembangkang untuk tidak memainkan isu nasional dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) akan datang jelas menunjukkan kegusaran beliau terhadap kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tahu sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus memainkan isu nasional terutamanya skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) sepanjang tempoh berkempen diadakan, ia akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang sokongan .
“Cabaran ini menunjukkan bahawa Adenan Satem takut.
“Isu 1MDB adalah isu besar yang akan menjatuhkan Najib, dan sudah tentu ia liabiliti kepada BN dan Adenan sendiri.
“Isu nasional terutama skandal berkaitan 1MDB contohnya adalah merupakan isu ‘good governance’ , ia jelas menunjukkan di bawah pentadbiran Najib memang tiada ketelusan,ia memang satu isu besar,” katanya ketika dihubungi.
Adenan dalam satu perjumpaan bersama pekerja pembalakan di Miri pada 20 April lalu dilaporkan menyuarakan cabaran agar pembangkang hanya berdepan dengan BN atas isu-isu mengenai rakyat Sarawak.
Beliau mempertahankan Najib dan menyatakan sokongannya kepada Presiden Umno itu secara terbuka.
“Adenan sebenarnya tunduk kepada Najib untuk mendapatkan semua peruntukkan, duit dan jentera pilihanraya yang kebanyakkan datang dari Umno,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru lagi mengulas tindakan Adenan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68859