Kalau tak ada komen komen kasar, biadab, pedas, label itu ini kepada Tun aku anggap Tun sudah tidak relevan.
Tetapi apabila ramai yang sentap, nyata Tun sedang menguasai.
Psikologi politik Tun menjadikan kerajaan sendiri was was dengan apa yang mereka lakukan betul atau tidak.
Kerajaan dan umno tanpa sedar terpaksa menari ikut gendang Tun.
Apabila Tun kata BRIM dalam bentuk version dan vision yang baru boleh diteruskan jika Barisan Rakyat memerintah, baru lah kerajaan merasa legaa...
GST akan dihapuskan secara beransur ansur dan diganti dengan percukaian yang lebih sederhana menunjukkan kerajaan seolah sengaja meneruskan GST untuk mendera rakyat.
Keazaman untuk siasat habis habisan 1MDB atau penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja menjadikan pertuduhan bahawa 1MDB merupakan skandal kini sudah menjadi kepercayaan penuh rakyat.
Apabila dimomok dan diviralkan bahawa Perhimpunan BERSATU tidak mendapat sambutan, kerusi kosong, hambar dan tawar maka viral pembohongan itu makin terserlah kepada makcik dan pakcik di felda dan kampung - makan tuan.
Aura Tun Dr Mahathir menjadikan bukan sahaja ketajaan tetapi Istana, Mufti, Badan Kehakiman, PDRM, SPRM, Peguam Negara makin jauh di hati rakyat.
Cabaran terbaru: Benarkah kerajaan sedang menggadai kedaulatan negara (?) Jika lewat dan tidak bijaksana, satu lagi persepsi yang akan diyakini rakyat.
Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata.