Friday, March 24, 2017

BIAR LEMBU JADI LEMBU





GESAAN MELAYU TOLAK DAP SUDAH TIDAK BERKESAN

Gesaan umno yang menggunakan isu racist dan PAS yang menggunakan isu ugama untuk Melayu tolak DAP terutama menjelang pilihanraya sudah tidak berkesan tetapi lebih kepada menunjukan kedua dua parti tetsebut cemas dan takut.

PAS atau umno,  calon mereka tidak akan bertembung dengan calon DAP tetapi kebencian mereka terhadap DAP sangat melampau.

PAS Hadi Awang sepatutnya lebih beruntung jika bersama DAP untuk berhadapan dengan umno telah memilih jalan songsang untuk bersama umno yang sedang runtuh.

Betul lah kata azmin,  lebai sedang berangan nak tawan Selangor sedangkan Kelantan dalam tangan pun belum tahu lagi kali ini.

Politik kebencian kepada sebuah parti yang sah di sisi undang-undang menunjukan kedua parti hilang pedoman, tidak matang dan tidak budiman.

Punca kenapa orang Melayu semakin boleh menerima DAP kena diketahui.

Sokongan Melayu kepada DAP bukan membabi buta,  ada sempadan dan had.

Masih dalam kewaspadaan DAP masih dikuasai orang kapir,  musuh Islam tetapi boleh berkawan selagi selari dengan nilai Islam dan tidak menunjuk pertentangan secara kasar.

Selagi mereka bersuara dan menuntut hak mereka mengikut Perlembagaan, adalah dibenarkan, kena rasional.

Bila Pakatan BERSATU terima DAP ia tidak banyak beza umno terima mca dan mic,  tidak banyak beza semasa PAS nik aziz terima dap.

Jika dikaji,  PAS pecah kepada ANANAH atas beberapa faktor dan antaranya PAS mungkir janji terhadap DAP dan PKR dalam konsep permuafakatan Pakatan Rakyat.

Umno sendiri berpecah kepada BERSATU atas faktor skandal 1MDB yang melibatkan peribadi Najib yang dibebankan kepada umno dan kerajaan.

Apabila BERSATU bekerjasama dengan dap, secara tidak langsung ahli dan penyokong akan menyokong DAP dengan prinsip dan dasar yang telah ditentukan parti.

Apakah umno akan minta pengundi Melayu jangan sokong calon mca dan mic semata mata mereka bukan Melayu dan kapir?

Jangan double standard?

Momokan DAP akan menguasai BERSATU, AMANAH DAN PKR sangat lucu tidak bertempat.  Yang percaya tidak lain dan tidak bukan kerana gagal berfikir.

Mereka yang memusuhi DAP atau berkawan dengan DAP wajar mempunyai jati Melayu yang tinggi dan berakhlak mulia mengikut sunnah dan Al Quran untuk DAP takut atau hormat.

Sekadar menyatakan DAP jahat dan buruk tetapi diri sendiri terpalit najis adalah kerja sia sia.


JIKA MENGAKU HEBAT, JANGAN TUNJUK GOYANG







Minta ku nan bagi tau sejak najib jadi PM berapa tambahan jumlah ahli sampai sekarang.

Dan tanya juga ku nan,  berapa jumlah cawangan yang gagal mengadakan mesyuarat agung kerana tak cukup korum. 

Berapa pula jumlah cawangan yang tidak menghantar perwakilan ke mesyuarat bahagian. 

Berapa jumlah cawangan puteri dan pemuda yang terbubar. 

Wednesday, March 22, 2017

23.3.2017 FAM MASIH DITAKOK LAMA


NAZRI MASIH DI SKRIP TERBAIK SETAKAT INI

Siri : 768

SEMATA-MATA UNTUK TUTUP PEKUNG NAJIB RAZAK BERKAITAN SKANDAL 1MDB - MENTERI NAZRI AZIZ DILAYAN LEBIH BURUK DARIPADA PEMBANGKANG OLEH KERAJAAN NAJIB RAZAK !!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Rentetan perkembangan peristiwa, pada hari semalam, 21.03.2017, berkaitan DEBAT antara TUN DR MAHATHIR vs NAZRI AZIZ yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di MRSM KUALA KANGSAR pada 25.03.2017, dan keputusan pihak POLIS untuk tidak benarkan DEBAT itu berjalan seperti dijadualkan (walaupun atas alasan yang TIDAK SAH di sisi undang-undang, yang tidak dihasratkan untuk dibincangkan di tahap ini), telahpun saya sentuh dalam Siri : 765 pada hari yang sama.

2. Perkara pokok yang perlu diteliti oleh kesemua Rakyat yang prihatin adalah, bagaimana sifat Kerajaan NAJIB RAZAK yang sanggup melayan seorang MENTERI dalam ahli Jemaah Menteri NAJIB RAZAK sendiri, dengan begitu KEJAM dan BIADAP, sehinggalah terZAHIR keTAKUTan dan keBACULAN NAJIB RAZAK, akan hakikat bahawa SALAHLAKU KEWANGAN dan SALAHLAKU KUASA oleh NAJIB RAZAK dalam isu "SKANDAL 1MDB" semestinya akan menjadi "terang lagi bersuluh", jika DEBAT itu dibenarkan untuk diteruskan, hatta percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu secara salah melalui POLIS !!!

3. Kenyataan NAZRI AZIZ, dalam nada penuh kekecewaan, seperti yang dipetik dalam Video KINITV (di Ruangan Bawah Kiri) mengatakan :

"Jadi saya tidak faham mengapa pihak polis menolak hak saya ?",
(Tempoh - 2:00 hingga 2:06)

"Semenjak bila kita jadi 'police state' ini ? Semenjak bila satu hak seorang individu boleh dihalang kalau sekalipun dia tidak melaku kesalahan, boleh dihalang oleh orang-orang lain ? Jadi saya amat dukacita sekali, I am very disturbed. ", dan
(Tempoh - 2;17 hingga 2:37)

"I am a Minister dan Tun adalah  bekas Perdana Menteri."
(Tempoh - 3;00 hingga 3:04)

4. Juga sebagai respons terhadap keputusan, dalam percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu oleh Kerajaan NAJIB RAZAK secara salah melalui POLIS itu, TUN DR MAHATHIR telah dipetik dalam Video SINARTV (paparan di Ruangan Atas) sebagai berkata :

"Kalau saya nak jumpa dengan dia seorang saja, tak ada maknalah, Ini seperti menyembunyi kebenaran daripada rakyat. Kita mahu 'open' ... ", dan
(Tempoh - 0:14 hingga 0:25)

"Saya bersedia untuk mengadakan 'debate', bukan saja nak pergi situ untuk bertemu dengan Nazri, kalau dia nak bertemu dengan saya dia boleh buat permintaan, dia boleh datang ke pejabat saya."
(Tempoh - 0:47 hingga 1:00)

5. HAKIKAT SEBENAR percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu oleh Kerajaan NAJIB RAZAK secara salah melalui POLIS, adalah disebabkan keTAKUTan dan keBACULAN NAJIB RAZAK, bahawa SALAHLAKU KEWANGAN dan SALAHLAKU KUASA oleh NAJIB RAZAK dalam isu "SKANDAL 1MDB" semestinya akan menjadi "terang lagi bersuluh", jika DEBAT itu dibenarkan untuk diteruskan !!!

6. Walau apa sekalipun, di tahap ini, nampaknya semacam NAZRI AZIZ masih bertegas hasrat untuk berani teruskan dengan DEBAT itu walaupun di tempat dan tarikh yang berlainan !!! Syabas NAZRI AZIZ, sekiranya pendirian anda ini terus berkekalan sehingga DEBAT berlangsung !!!

7. Dalam memetik NAZRI AZIZ yang memberi respons kepada cadangan TUN DR MAHATHIR sekiranya NAZRI AZIZ tidak dapat selesaikan permasalahan dengan POLIS berhubung dengan jadual asal DEBAT pada atau sebelum tengahari Rabu, 22.03.2017, maka DEBAT itu boleh diadakan di tempat yang tidak akan diSABOTAJ oleh pihak Kerajaan NAJIB RAZAK melalui POLIS lagi, Laporan FREEMALAYSIATODAY pada tarikh yang sama di bawah tajuk " Nazri cadang 7 April, mahu Khalid Samad jadi moderator", telah memetik NAZRI AZIZ sebagai berkata :

"Sinar Harian menghubungi saya, untuk bertanya boleh ke buat di Karangkraf, Shah Alam pada 29 Mac ini. Saya setuju dengan lokasi dan Dr Mahathir ada kata buat pada tarikh dan masa yang lain ... ", dan

"Cumanya, pada 29 Mac ini saya tidak dapat kerana mengikuti rombongan dengan perdana menteri ke India. Saya minta Sinar Harian adakah pada 7 April, sehari selepas Dewan Rakyat selesai bersidang, pada jam 9.30 malam.”

(Screen shot Laporan : Ruangan Bawah Kanan)
(Link Laporan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/21/nazri-cadang-7-april-mahu-khalid-samad-jadi-moderator/)

8. PERSOALAN HAKIKI : Apakah lagi jalan salah yang akan direncanakan oleh Kerajaan NAJIB RAZAK untuk SABOTAJ pengadaan DEBAT tersebut di mana-mana tempat, ataupun tarikh mahupun masa yang dipersetujui kedua-dua pihak, TUN DR MAHATHIR dan NAZRI AZIZ, kelak ?? !!!! 

9. Walau apa sekalipun, adakah NAZRI AZIZ akan meneruskan dengan 'keJANTANan' untuk hadir di DEBAT itu kelak, dan jikapun dihalang lagi oleh Kerajaan NAJIB RAZAK, adakah NAZRI AZIZ berani untuk  LETAK JAWATAN sebagai MENTERI untuk teruskan 'keJANTANan' hadir berDEBAT kelak, ataupun akan munculnya program "NOTHING TO HIDE -2", di mana NAZRI AZIZ pula mengambil alih watak NAJIB RAZAK untuk GAGAL hadir kelak?? !!!!

KEPUTUSAN 'KEJANTANAN' ADALAH  DI TANGAN NAZRI AZIZ !!!!

TURUNKAN KADAR GST 1% KEPADA 5% LEBIH MULIA BERKALIGANDA DARI PEMBENTANGAN RUU355

Semua bangsa,  ugama dan pelbagai parti akan sokong dan tidak perlu rapat umum di padang merbok,  kapir mengkapir.

Semua pihak dapat kepentingan dan political mileage masing-masing.


# Dalam lain perkataan,  tukarkan kerajaan sekarang lebih afdhal dan dapat menyelesaikan banyak isu rakyat. 

Tuesday, March 21, 2017

DENYUT NADI RAKYAT SANGAN DEKAT DI HATI NAJIB


Kalau tak cukup juga,  ia bukan salah kerajaan lagi. 

Takkan semua benda nak di bebankan atas nama najib sahaja. 

Ini kemungkinan juga hasutan atau sabotaj ekonomi dari pembangkang yang irihati dengan pencapaian PM. 

Salah rakyat yang tidak mengubah cara hidup,  masih bermewah mewah dan boros. 

Kemungkinan besar ada yang salah guna duit BRIM  fengan membeli kereta mewah atau makan di restoran bertaraf lima bintang

6ANGKA