Wednesday, May 17, 2017

MAT OVER YANG OVER.... RAMAI YANG MELENTING NI

Insiden Mat Over menampar David Teoh adalah sesuatu yang lebih over berbanding dengan David yang over. 

Dalam majlis yang santai PM dan Pegawai Keselamatannya lebih bersedia dengan pelbagai ragam audien. 
PM sebagai politician yang matang, provokasi David Teoh sangat ringan. 
Lebih cantik jika PM dapat handle kegelojohan David.

Tindakan Mat Over menafikan sikap marhaen PM berdepan dengan rakyatnya sendiri,  kalau nak ketat protokol,  buat aecara formal,  bukan santai. 

Who is mat over yang over??? 

Rosyam Nor bukan moderator yang sesuai dan berpengalaman untuk mengendalikan majlis yang berbau politik,  provokasi dan propa.

Banyak lagi majlis yang lebih panas seperti yang dianjurkan Sinar Harian dapat dikendalikan dengan baik oleh moderator yang berpengetahuan dan pengalaman. 

Demi mengaut publisiti dengan menggunakan public figure, memang majlis itu mendapat perhatian dalam istilah dicemari keganasan.  


# oh ye,  kalau nak dipolitikan,  boleh juga.. Dah ramai tularkan, dikaitkan bangsa dan parti yang dilemparkan kepada David,  berbaloikah.. 

Belum cukup Islam kah aku kalau tak sokong PAS

Belum cukup melayu kah aku kalau tak sokong umno..




Tuesday, May 16, 2017

PAS KELUAR TUN MASUK

PAS terlebih dahulu dan awal keluar dari Pakatan Rakyat sebelum pun BERSATU ujud,  itu satu fakta. 

Dengan itu Pakatan Rakyat dibubarkan atas perselisihan pendapat PAS dan DAP yang akhirnya dilihat merugikan DAP.

Bagi penyokong yang sudah lama mahu PAS keluar dari PR mengharapkan PAS bersendirian dan menjadi alternatif kepada umno secara total,  kekuatan sendiri pada masa dan alasan yang terbaik. 

Malangnya corak kepimpinan selepas kematian Nik Aziz,  Hadi Awang telah memimpin PAS kepada "terhutang budi" dan mesra umno hingga kini. 

Bagi yang menolak umno dan tidak mahu bersekongkol dengan pembangkang, perubahan PAS sangat memgecewakan.. 

Apabila BERSATU ditubuhkan dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, ramai penyokong tadi dan sealirannya menyokong BERSATU walaupun bekerjasama dengan DAP kerana dilihat kepimpinan BERSATU bukanlah jenis tunduk atau mudah diperdayakan DAP. 

Apabila membicarakan keberuntungan politik, kelebihannya adalah pada Pakatan Harapan kerana suntikan BERSATU menjadikan DAP lebih sedar akan realiti politik semasa. 

Dengan dakwaan rasuah ke atas lim guan eng menjadikan DAP terikat pada mati atau hidup perlu menang pilihanraya bersama Pakatan Harapan. 

Majoriti pengundi telahpun lama membuat keputusan tentang parti mana yang akan mereka pilih dan cukup sedikit yang akan merubah fikiran. 

Strategi terakhir kedua dua pihak lebih disasarkan kepada saki baki yang masih belum buat keputusan. 

Tsunami cina telah terjadi di PRU13, mengharapkan tsunami Melayu di PRU14. 

Sambutan hebat ke atas Tun di Jitra semalam tentu sahaja bukan khabar baik buat pas dan umno. 

3 PENJURU SEKADAR KE ARAH KERAJAAN CAMPURAN

Tidak ada satu pihak pun berani meramal dengan tepat hasil keputusan dalam setiap pertandingan 3 penjuru melibatkan Pakatan + pas + umno/bn.

Keluhan rakyat adalah majoriti berpihak kepada pembangkang tetapi bukan semuanya pengundi, tidak boleh mempengaruhi keputusan.

Sikap rakyat yang sekarang pintar dan menerima apa jua pemberian kerajaan tetapi tidak mengundi parti pemerintah merupakan satu lagi fenomena yang memeningkan umno. 

PAS mungkin mempunyai penyokong yang tegar tetapi ianya dibayangi AMANAH yang masih berdamping rapat dengan akar umbi pas. Untuk mempengaruhi dan mendapat undi dari kalangan bukan ahli,  pas bergantung kepada calon di kawasan tersebut tetapi bukan melayu,  majoriti besar menolak pas. 

3 penjuru sangat terbuka untuk semua parti,  ia menjadi isu dan kebimbangan besar buat Pakatan,  macam satu kelegaan buat umno dan sekadar bermegah megah untuk PAS. 

Dengan segala teknik dan kemudahan,  umno sukar ditewaskan. 
Dengan sentuhan Mahathir,  pembangkang ada harapan besar peningkatan.. 
Dengan bersendirian, PAS bermain dengan lubang kuburnya sendiri.. Atau jadimangsa serigala. 

Keberuntungan PAS,  dia boleh menyertai Pakatan atau umno untuk membentuk kerajaan pusat selwpas PRU14 dan mendapat habuan setimpal. 

Bukan satu yang mustahil,  Hadi Awang mampu menjadi PM dalam kedudukan sempua terbaik walau berada di pihak mana sekalipun. 


PAS KENA BELAJAR DENGAN PKR


PKR arah semua lantikan politik oleh kerajaan Negeri di Kelantan melepaskan jawatan masing-masing.

Mungkin lantikannya kecil dan tidak seberapa tetapi cukup untuk menghormati keputusan MSU.

Ketika Hadi ibaratkan Pakatan Harapan dan umno sebagai biawak,  Hadi kena periksa sendiri kepimpinan  lidahnya juga,  kot kot bercabang..

Monday, May 15, 2017

HARAM MENGUNDI MEREKA YANG MENGHINA ISLAM - PERKASA



# aku setuju sangat..  Tidak kira apa parti
Termasuk juga yang memperalat Islam untuk survival politik.. 
Termasuk yang tidak amanah.. Samada SPRM cekup ataupun tidak.. 

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...