Ucapan rengkas atau ada yang mendakwa ceramah oleh sivarasa rasiah di Masjid An Nur Kg Melayu Subang mencetuskan isu dan kontroversi, diperkatakan mendapat murka Sultan Selangor.
Siapa yang sampaikan dan bagaimana disampaikan kepada Baginda Sultan sudah tentu mempengaruhi (?)
MB sudah mengadap dan sivarasa sendiri dipetik sudahpun menghantar surat penjelasan kepada Sultan Selangor.
Jika terdapat perlanggaran, kesilapan besar seharusnya datang dari pihak penganjur yang mengaturcarakan program dan bagi sivarasa pada masa itu sekadar memenuhi aturcara majlis atas kepercayaan ia sesuata yang lazim dan boleh.
Sewajarnya pihak berkenaan lah yang patut tampil ke depan mengambil tanggungjawab memperjelaskan kepada Baginda Sultan
Sudah tentu yang hadir sebagai penerima sumbangan adalah saksi sebenar samada sepatah dua kata atau ceramah politik (?)
Isu ini patut ditangani awal dengan bijak oleh JAIS tanpa perlu menghebohkan kerana mencemar imej Islam seolah tiada kesopanan, toleransi dan harmoni kepada tetamu walaupun bukan Islam.
Ogos 2009, kejadian hampir sama, ADUN Dr Xavier berucap di masjid Sri Andalas, Klang atas jemputan AJK Masjid..
Dr MAZA dalam pandangannya meminta Mufti Selangor pada masa itu supaya berfikiran luas terhadap kehadiran orang bukan Islam di dalam masjid selagi ucapan mereka tidak menentang Islam
Kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah dalam tangani orang bukan Islam di masjid dan bukannya bersandar kepada logik dan pendapat atau emosi dan nafsu.
Sangat jahat jika ada kesengajaan strategi politik yang menangguk di air keruh.