Thursday, June 22, 2017

JALAN SUKAR YANG TUN PILIH BERBALOI

Penubuhan Suruhanjaya Diraja siasat Mahathir,  laporan SPRM siasat kekayaan anak Mahathir (motif politik)  merupakan kejayaan terbesar Tun Dr Mahathir sepanjang Ramadhan meningkatkan darjatnya sebagai hamba Allah yang terus diuji dalam dakwahnya menentang salahguna kuasa dan pecah amanah. 


Kepentingan peribadi,  dendam dan sakit hati dengan tema mereka burukan Mahathir, adakah lebih logik,  rasional dan lebih mulia dari tema selamatkan Malaysia yang dibawa oleh Tun. (?)

Apakah wajar sebuah kerajaan yang dikritik menindas rakyatnya sendiri. 

Sudah pasti ada lagi agenda musuh yang menghalalkan cara apabila sudah muflis fakta dan hujah,  itu semua sekadar usaha menyelamatkan diri.

Tetapi Allah tidak lupa membantu Tun dengan dua bonus membenarkan perjuangannya iaitu muncul pergolakan di FGV dan permohonan DOJ ke mahkamah sivil US untuk perampasan hartanah kaitan aktiviti haram 1mdb. 

Di situ juga terdedahnya senarai barang kemas lumayan yang diterima oleh isteri MO1 (hingga sekarang tidak diketahui siapa wanita malang tersebut) bersumberkan wang 1mdb. 

Tidak ada sesiapa yang berani dedahkan siapa sebenarnya isteri MO1 tersebut kerana takut disaman. Tidak pula diketahui apa hubungan wanita yang mahu saman dengan isteri MO1 tersebut. 


Diikuti satu penampar naik ke muka (istilah zamkata)  apabila seorang pemimpin kapir laknatullah iaitu PM Singapura yang meminta maaf kepada rakyatnya kerana isu peribadi pertikaian keluarga yang tidak pun melibatkan satu sen duit rakyat dan negara hilang. 

Apa pula status pemimpin Islam disisi Allah yang kelepek,  salahguna kuasa, zalim terhadap rakyatnya, sudah selayaknya dia menerima pembalasan di dunia dan aqirat. Sudah tentunya secara peribadi ada yang sudah mengadu kepada Illahi di bulan yang mustajab ini apabila aduannya didunia tidak diperduli. 

Benarlah kata TMJ,  kalau nak lemas,  ketul taik pun dipautnya. 




BERAPA LAMA PDRM NAK SIASAT 1MDB

Tempoh biar logik.. 

Kalau kurang Pegawai Siasat,  pinjam dari SPRM. 


Wednesday, June 21, 2017

UNDI TOLAK UMNO KEKAL

Kerajaan pandir sahaja yang buat kerja gostan..

Alang² kalau nak tubuh suruhanjaya diraja,  elok siasat zaman kesultanan melaka, bongkar siapa yang rasuah dan khianat sehingga melaka jatuh ke tangan portugis. 

Bila dah tahu siapa pengkhianatnya, hutang negara otomatik terbayar,  skandal 1mdb ditutup,  DOJ pun mungkin cancel saman sivil... 

Rakyat hidup dengan aman,  pemerintah hidup dengan mewah. 

Macam tu kot cara nak kaberap sendiri punya lanun dan malaun. Kerja pandir macam ni kalau buat di hutan amazon pun tak ada siapa nak terpengaruh.  Undi tolak umno termaktub kekal. 






# isu depan mata belum terjawab,  sebok benor yang dah berkarat. 

Tuesday, June 20, 2017

COKODOK PISANG ISA SAMAD

Malam tadi,  mak aku dari Felda Selancar telefon, darah tingginya dah turun sejak diumumkan pembatalan gst bagi 60 jenis makanan.

Bagaimanapun oleh kerana kos sara hidup yang tinggi,  raya tahun ni katanya tak ada ketupat lemang kueh mueh seperti biasa,  menu akan diganti dengan cokodok pisang isa samad dan lepat liat zakaria. Menu baru ke mak? 

Di felda katanya pun sekarang dah ada kedai dobi 24 jam.. DOBI PANDI LAYANDIRI

Sempat juga aku pesan pada mak,  tutup pintu dan tingkap rapat-rapat,  jangan sesuka hati jemput tetamu masuk rumsh,  karang ada pula yang di copet di kelepeknya.. Sekarang ni orang melanun siang-siang buta,  dah tak tahu malu lagi.. 

Aku juga sempat minta maaf pada emak sebab janji nak beli  pink diamond pendant tidak kesampaian,  sold out. 

Raya ni aku balik,  rasa lebih selamat sebab SPAD dapat pengerusi baru.. Dengar khabar yang tidak boleh dipercayai tetapi tidak mustahil,  SPAD bakal tersenarai di bursa.. Oh ye ke

Tak sabar nak balik kampong, banyak cerita ooo mau kongsi. 





# Berpolitik tidak semestinya dari kereta mewah atau rumah agam,  duduk di motor pakai selipar pun berehh bohhh... 


Monday, June 19, 2017

YANG KENA FITNAH SANGAT TAKUT????

Apa istimewanya DOJ dalam isu saman sivilnya untuk merampas hartanah yang dikatakan hasil kegiatan haram 1mdb (?)

DOJ buat atas bidangkuasanya,  haknya..  Belum tentu dia berjaya. 
DOJ tak sebut pun nama Najib dan Rosmah... Itu hanya persepsi pembangkang dan majoriti rakyat,  pekak kan sahaja telinga,  bukan tak pernah buat pun sebelum ini.. 

Kalau dokumen DOJ campurtangan asing,  fitnah,  tersinggung... Wisma Putera wajar memanggil duta amerika,  kecam dan usir..  Cuba buat ?

Hakikatnya kata AG,  1mdb bersih suci,  najib suci,  rosmah suci.. Disucikan oleh AG sendiri tanpa perlu membawanya ke mahkamah untuk diputuskan. 

Dalam hal ini AG lebih tinggi statusnya dari DOJ yang tidak berani membuat keputusan sebaliknya memohon mahkamah sivil putuskan. 

Merasa statusnya lebih tinggi, agaknya itu pasal Apandi mempertikaikan kenapa DOJ tidak menghubunginya terlebih dahulu??? 

Dari situasi ini nampaklah kita siapa yang mudah dibeli.. Kononnya Mahathir bayar DOJ atau sebenarnya bagaimana? 

Begitu juga dakwaan Permohonan DOJ tersebut recycle dan tanpa bukti.. Antara yang sealiran pemikiran dakwaan tersebut adalah Hisham.. 
Apa dia fikir DOJ itu kedai runcit di Sembrong yang menangkap seorang pencuri gula gula getah (?) Tangkap semborono tanpa bukti kukuh.. 

Dan jika ianya recycle,  kenapa pula semuanya panik macam menerima berita baru yang maha dasyat tempiasnya .. 

Nasihat blog ini,  bertenanglah,  mulut tempayan boleh ditutup.. Tetapi tidak pada mulut manusia. 

Kebebasan bercakap diberi kepada semua pihak sebanyak mana mereka nak bercakap untuk memberi keyakinan kepada rakyat,  mereka mempunyai banyak fakta malah mencabar keghairahan rosmah untuk saman.... Begitu beraninya mereka,  orang yang membuat fitnah begitu berani ?... Orang yang kena fitnah begitu takut???? 

Dalam kebebasan bersuara dan peluang menunjukan kebenaran,   Najib memilih untuk berhujah "no more statement"... Apa boleh buat,  itu pilihan dia... Pilihan orang yang kena fitnah????? 






APA SALAHNYA JIKA BERKORBAN DAN MAAFKAN PEMIMPIN.. JANGAN IRIHATI KALAU BAJU RAYA ISTERI PEMIMPIN TAHUN INI BLING BLING..

Di hujung ramadhan ni, elok sangatlah kita bermaaf-maafan.

Mcm tadi saya ke bank, bank pun minta maaf dgn saya.

*MAAF BAKI AKAUN ANDA TIDAK MENCUKUPI.*

Saya pun maafkanlah...😬

YANG TINGGAL DALAM UMNO MAKIN TAK CERDIK..

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO PAHANG

Jika dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat 'bersih' ataupun duit parti baharu beliau.

Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?

Jika benar semua tindakan Tun M kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan USD 5 juta ; jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan kerana saya percaya USD 5 juta itu dapat membantu ramai orang.

Jika perbuatan Tun M ini tidak dipersoalkan saya tidak tahu dimana lagi rasional pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.

Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya.

SHAHAR ABDULLAH
18 Jun 2017



# Yang nak jadi calon pilihanraya inilah masa menyalak dan tunjuk kebodohan,  itu ciri utama untuk terpilih selain dari setia membabi butatuli.

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...