Kebijaksanaan Najib, isu itu dinegarakan, di peringkat awal ramai benar terpengaruh untuk mati syahid mempertahankannya seperi matmaselan dan akhirnya satu demi satu sedar mereka menipu diri sendiri, akan mati dalam kufur munafik dan berbohong kepada rakyat.
Semakin ramai yang sudah playsafe, berhati hati dan ada yang sudah menjauhi kerana 1mdb yang dikatakan skandal atau jenayah makin hampir menjadi kenyataan dan sesiapa yang mempertahankan boleh membawa maksud bersubahat.
Kalau jenayah subahat dipenjarakan, di padang masyar subahat dinerakakan, kalau mati subahat mati katak...
Lantang lagikah Zahid, Kj, Hisham, Wanita, Puteri, MB, kunan, Majlis Tertinggi bersuara mempertahankan???????? Dan aku yakin Nazeri sendiri akan lari jauh jauh dari memperkatakan isu ini lagi, sebagai samseng, dia lebih bermaklumat.
Suara yang tinggal adalah blogger2 cabok cari makan, suara sehala, ruang komen ditutup atau tidak disiarkan kerana mereka juga sedar, apa yang mereka cakap sekadar tin kosong, sudah tidak ada stand, sudah tidak laku, sudah kencing, sudah merapu, sudah goyang... Mereka akan pecahkan cermin setiap kali melihat diri mereka..
Perhatikan betul², siapa sekarang benteng terakhir.. Yang sudah meletakan sebelah kaki
ke sungai buluh!!!
Apabila dinegarakan, Malaysia makin popular dengan istilah "Apa sudah jadi???? " di peringkat antarabangsa yang membawa kemaluan besar seolah korup kini amalan ruji rakyat Malaysia????
Ia mampu dikongsikan oleh 22juta pengguna FB di Malaysia, lebih 100 juta pengguna FB di Indonesia dan 2billion pengguna FB seluruh dunia...
Kalaulah lah pembangkang pun diam dan dungu, kita lebih teruk dari amazon.
Apakah masih ada yang percaya 1mdb bukan skandal dan Najib tidak bersalah dari segi moral dan tanggungjawab.
Sudah lebih dua tahun isu ini diperkatakan dan jika semua itu fitnah semata dan rekaan pembangkang dan antarabangsa, kenapa sampai sekarang isu terus berkembang sebagai relevan unsur jenayah...
Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz adalah individu paling rapat dengan umno dan kerajaan secara langsung dan hari ini, apa yang tak keluar dari mulut mereka terhadap Najib dan Rosmah... (???)
Kenapa Najib dan Rosmah tidak saman...
Kalau sudah kenegaraan.. Kenapa AG tidak dakwa mereka..
PDRM berapa lama hendak siasat 1mdb atau sebenarnya semua sudah tersangkut di meja AG (?)...
Mati hidup najib dan umno kini bergantung kepada talian hayat dari pas dengan syarat setakat mana atau semaksima mana mereka boleh memperalat dan mengkudakan pemimpin dan parti malang itu....