Saturday, September 2, 2017

PERSAOLAN DALAMAN: APALAGI YANG PKR MAHU..

# demi rakyat ke ni??

Membaca pendirian Anwar yang dicerminkan melalui tindakan Azmin berunding dengan PAS mengelak tiga penjuru tetapi dalam masa yang sama terikat dengan keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PAS merupakan satu kecelaruan yang hanya merosakan pemahaman bersama.

Memahami pendirian ini datang dari rasa takut untuk PKR  kalah di


Selangor Darulkaya tetapi realitinya apabila parlimen dibubarkan, semua parti bermula dengan 0-0. 
Pakatan Rakyat tawan Selangor ketika PAS masih bersama dan apakah PKR merasa kurang yakin diri dikenali oleh rakyat Selangor sendiri untuk menang tanpa PAS.

Kalau PAS bersendirian kini dan yakin menang, apakah Anwar dan PKR lebih kecut dari itu.

Atau lebih tepat Anwar sengaja berasing pendirian sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Umum PH untuk menguji posisi dan pengaruhnya.

Atau lebih tepat Anwar sengaja menimbul perbezaan untuk memenangkan umno apabila PH berpecah belah.



Apa untungnya Anwar dalam pendirian tersebut ITU TANDASOAL BESAR sedangkan tidak
bekerjasama dengan PAS juga merupakan suara akar umbi dan maruah yang perlu dijaga dari dipersenda PAS tentang kebolehan PH.


Jika pun tiga penjuru, PH mempunyai barisan kepimpinan yang berpengalaman untuk memikirkan strategi terbaik dan Anwar tidak harus rasa terpinggir.

Jika sikap ini tidak direstui PH, adalah wajar PKR keluar untuk bersama PAS dan kekal tiga penjuru.
* Ada sesiapa yang boleh menjustifikasikan tindakan PKR berunding semula dengan PAS?






# Yang tak ada kaitan dengan PH, komen tidak di alu alukan atau menerima nasib dibakulsampahkan.

PEMIMPIN MUSANG BERBULU AYAM DALAM PEMBANGKANG

Barisan Nasional sedang mendahului, itulah berita gembira pro Najib dan itulah realiti pahit perlu diterima oleh pembangkang.
Bukan semua pembangkang suka Tun sebab Tun tak hulur.

Bukan kerana BN kuat tetapi kerana pembangkang masih bertelagah di peringkat kawasan, negeri dan pusat. Bagi pemimpin yang masih dalam kategori b...sat, musang berbulu ayam, memburu keuntungan berpolitik, mereka akan bising bila tiada keuntungan dan sanggup jual diri dengan pelbagai cara.

Untuk terus menang, bacalah Malaysia Today, ....dalam dunia ni, tak ada satu benda pun dia tak tau..
Untuk terus kalah, baca ini....sedikit harapan (dengan izin)


Satu petikan komen dari blog annie, penulisnya ada juga masuk di blog ini.



Friday, September 1, 2017

APA DI HARAP PADI SEBERANG, ENTAH MASAK ENTAH TIDAK, APA DI HARAP SPONSOR ORANG, ENTAH DAPAT ENTAH TIDAK....

Jika kita belum mampu menyembelih haiwan qurban tahun ini, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita, yang selalu merasa benar, selalu merasa pandai, selalu merasa 'alim.._

Jika kita belum diberi kesempatan melempar jamrah tahun ini, maka lemparlah jauh jauh ke lautan dalam sifat hasad, hasut, iri, dengki, kianat ,takkabur ,riak,sombong ,amarah, dendam dalam diri kita, agar kita boleh memandang orang lain dengan pandangan kasih sayang...

Jika kita belum sempat melaksanakan tawaf mengelilingi ka'bah tahun ini, maka kelilingilah tetangga, saudara, kerabat dan sahabatmu, agar terjalin tali silaturrahim yang erat sesama hamba Allah .. In Syaa Allah

BUAT KORBAN TAK PERLU SELFIE

_" Bang, cuci cermin.? "_ Ujar pam attendan Petronas pada aku.

_" Oh ok.."_

_" Nama siapa.? "_ Tanyaku.

.
_" Ibrahim.."_

_" Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim.."_

Dia senyum.

_" Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim.."_

_"Abang ada korban ini tahun.?"_

_"Ada.."_

_"Abang bagus.."_

_"Kamu.?"_ Tanyaku.

_" Ada bang. Tiap tiap tahun.."_

_" Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu.? "_

_"Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan.."_

_" Alhamdulillahhh..."_

_" Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama.."_

Terkedu. Aku diam. Insaf.

Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku.Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajah nya.

Seorang yang bergaji rm900 mencintai nabinya.!
Kita..?

Aku letak pam. Hulur rm5.

Terima kasihhh...
_Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya..._

Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmata lelaki ku yang jauh tersembunyi dalam kolam ruh nya yang hampir kering.

JANGAN SEKADAR SEBOK DENGAN MEMALI

Perutusan Eidul Adha Dewan Ulamak PAS Kedah

1. Sambutan Hari Raya Eidul Adha tahun ini dicemari oleh kezaliman junta tentera Myanmar, pelampau buddha dan Arakan Army yang sedang membunuh ribuan umat Islam Rohingya di Arakan (Rakhine State). Rumah dan harta benda di bakar,  sebahagiannya turut merentungkan jasad dan nyawa kanak-kanak, orang tua dan wanita yang dikurung dalam kediaman mereka yang dijilat api.  Berpuluh ribu pula sedang lari menyelamatkan diri,  menjadi pelarian di hutan dan bukit bukau. Mereka sangat memerlukan makanan, ubat ubatan dan tempat perlindungan. 
Bantuan antarabangsa yang diusahakan diteruskan dengan meminta sumbangan bagi tabung kemanusiaan yang diwujudkan oleh PASRelief - Tabung Kemanusiaan Antarabangsa
(Maybank) 5640 7061 1352. Marilah kita melaksanakan kewajipan kita
membantu mereka dengan menderma ke tabung ini. 

2. Hari Raya Qurban, kita disunatkan menyembelih binatang korban dengan mengorbankan harta dan ketamakan kita pada dunia. Sama ada membeli sebahagian atau seekor binatang untuk dikorbankan adalah bergantung kemampuan dan keikhlasan. Kita juga disunatkan memperbanyakkan takbir, tasbih, solawat dan sedekah disamping ibadat sunat yang lain. 

3. Janganlah kesibukan melaksanakan korban dan amalan amalan sunat ini, melupakan kita, nasib yang ditanggung saudara seIslam kita di Rohingya dan di seluruh dunia. Bantulah mereka, kerana membantu muslim yang ditindas adalah tuntutan yang diajar oleh Islam. 

4. Sepertimana Islam menyuruh membantu mangsa yang dizalimi, Islam juga mencegah umatnya daripada melakukan kezaliman. Kezaliman sesama manusia, seperti menindas rakyat yang miskin dengan cukai, menipu dalam perniagaan dan pentadbiran, muamalah secara riba, dan sebagainya. Kezaliman terhadap Allah pula seperti meninggalkan perintahnya atau berhukum selain apa yang disyariatkanNya. 

5. Sepertimana Nabi Ibrahim AS sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana perintah Allah, Siti Hajar bersama anak kecilnya Ismail sanggup ditinggalkan suaminya di tempat yang kering kontang kerana perintah Allah, Nabi Ismail yang masih kecil juga, sanggup disembelih ayahnya juga kerana perintah Allah. Akhirnya, semua mereka selamat, kerana Allah yang maha pengasih menyelamatkan mereka. 

6. Kita yang hidup diakhir zaman ini, banyak jenayah yang berlaku, masalah sosial, bencana dan kegawatan hidup akibat dari kelalaian dan kemusnahan yang dilakukan oleh tangan tangan manusia juga. Sepatutnya, keselamatan dan penyelesaian yang dicari, hanya kembali kepada jalan Allah. 

7. Marilah kita semua sama sama muhasabah diri  dan masyarakat kita seluruhnya, apa yang pernah kita lakukan untuk memartabatkan Islam. Sedangkan peluang hidup di dunia hanya sekali yang Allah beri. Amat rugi jika kita hanya fikirkan dunia, tetapi tempat kembali kita yang abadi adalah akhirat sana. 

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Tuan Guru Ustaz Md Rejab bin Md Akhir
Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah.
1 September 2017
10 Zulhijjah 1438 H

Thursday, August 31, 2017

BERCAKAP BENAR DIANGGAP BODOH


# Hanya yang makan cili akan rasa pedas.


SEDIKIT NOSTALGIA TENTANG BENDERA DAN MERDEKA...tak supo dulu

Sejak era paklah dan kini disambung najib aku kehilangan roh, semangat dan aura menyambut kemerdekaan.

Tiada lagi bendera ku kibarkan di depan rumah atau dikereta, tiada lagi perbarisan yang disertai malah perumahan ini pun sunyi sepi dengan bendera. 

Kalau dulu bergotong royong kami naikkan bendera atau rentang di pagar dewan dan balai raya, macam pesta. Anak² muda dikerah berbasikal dan bermotor membawa dan mengarak bendera pusing taman dan kampung..

Mana semua itu sekarang..

Pandanglah diri anda, sekitar anda dan jujurlah dalam komen.

6ANGKA