Monday, January 22, 2018

DENGAR PUAK LOBAI SEMBANG, LEMBU PUN BOLEH TERBANG...



Kalau tutup mata, dengar mereka ni sembang, lembu pun boleh terbang..
Hakikatnya, dari sumber yang sedang diviralkan mereka bakal merantau hingga ke Kelantan untuk ehsan menang dengan memperkudakan calon tempatan dan memperbodohkan akar umbi.

Jika mereka ditolak di kawasan sendiri, kenapa ahli dan penyokong tempatan Kelantan jadi mangsa untuk dikorbankan.

Apapun biarlah urusan cemas dan celaru itu mereka sendiri selesaikan. Akhlak buruk pentingkan diri sudah tentu makan diri.



Mana datangnya nak menang 40 kerusi kalau semua pakat² lari ke Kelantan.

Sunday, January 21, 2018

TERUS TERANG: SETAKAT MANA KERAJAAN NEGERI DAP PENANG ANTI MELAYU ANTI ISLAM...


Pung pang pung pang dok gebang kata DAP anti Melayu dan Anti Islam, memang berdesing telinga dok dengaq macam la la nak boh penampaq.. 

Untuk kata DAP anti Melayu dan anti Islam samalah macam umno dan pas anti cina dan anti ugama kapiaq !!! Tak sama ka ?


Untuk adil kena tengok kepada perlaksanaan dan pemerintahan serta pengurusan kerajaan yang dikuasai oleh umno, pas, pkr dan dap.

Bagi hujah, bagi fakta, bagi link dan bertanggung jawab jika bohong, fitnah atau hasut.
Sendiri tulis sendiri tanggung..

Lepas ni kalau tanpa fakta sah, jangan dok gebang dan berbohong.




# Yang memberi pandangan juga wajar ada inegriti, amanah dan berakhlak.

DI LUAR SANA WALAU SUDAH LAMA BERPOLITIK MASIH BANGANG...



Puak otai reformasi dan sewaktunya  kini sedang tenat buang masa sia sia berkempen undi rosak adalah sebahagian otai yang sudah lama dalam politik tetapi masih bodoh sombong dan bangang, sentimen budak² tak cukup umur.

Hakikatnya kalau takut dilanda ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau berpolitik asam garam memang kena sepak terajang. Dendam tanda jiwa kecil, ilmu sekadar sejengkal.
Hanya layak berkawan dengan azwan ali atau jamal jamb...

Tidak lebih dan tidak kurang samalah seperti pemimpin pas yang memilih jalan sendiri untuk menjadi penkhianat secara langsung membantu kemenangan bodoh kepada umno, dan itu yang nak dibanggakan?

Apalah sangat sumbangan mereka kepada bangsa dan negara yang mahu berlagak suci dan diva politik, sudah tentu kalau hanya duduk dalam tempurung sendiri, tak banyak silap dan salah dilakukan tetapi zero juga dalam sumbangan kepada masyarakat.

Jangan layan sangat, galakan mereka undi umno,dapat juga dedak sekurang-kurangnya.




JANGAN MAIN²...MAY ALLAH CURSE ALL OF YOU...




Klik link dan hadam sebelum memberi komentar...


LOGO PAKATAN HARAPAN TIDAK DILULUSKAN, BERSATU DILARANG BERTANDING PRU..

Bersiapsedialah apabila logo Pakatan Harapan tidak diluluskan ROS atau sangat dekat dengan tarikh mengundi apabila diluluskan.

Bersiapsedialah apabila BERSATU dilarang menyertai PRU atau dihalang di saat-saat akhir tarikh mengundi selepas tarikh pencalonan dan sudah diterima.

Semua kekecohan ini mampu dihasilkan dan bersiapsedialah dengan segala kemungkinan khususnya menghalang atau cubaan mengelirukan pengundi terhadap parti dan logo pembangkang.

Saturday, January 20, 2018

TUN 2013 TUN 2018 APA BEZANYA (?)

Tun turun padang kempen PRU 2013 untuk BN termasuk di Puterajaya sehingga Husam kalah dan Ku Nan menang.

Tun akan turun padang sekali lagi 2018 di PRU14 tetapi kali untuk menentang BN termasuk keberangkalian bertanding du Puterajaya.

Pada 2013, tidak pula dengar Tun sudah tua, berehat, duduk diam mahakutty dan macam² lagi..berbeza dengan sekarang...

Sebab itu lah umno yang kuat temberang, berbohong, hipokrik sudah tidak boleh lagi dikekalkan.

NEGARA TERUS ROSAK JIKA UMNO DIKEKALKAN..


Semua pihak sudah boleh dikatakan sudah habis berhujah, Pakatan Harapan persistence fokus kepada skandal 1mdb dan rentetan skandal lain seperti felda, tabung haji, kwsp, salahguna kuasa - masih kekal sebagai isu utama.

Tambahan utamanya pula ialah kos sara hidup yang tinggi, beban harga petrol dan cukai gst.

Semua ini dan pelbagai lagi masalah negara masalah rakyat akan digarap dalam manifesto.

Pakatan Harapan turut mengajak rakyat memahami secara mendalam kesan 1mdb, perlaksanaan dasar pengkhianatan dan pinjaman yang ditutup dengan istilah  "pelaburan  negara china" dan hutang terbesar yang kena ditanggung.

Umno boleh cuba pelbagai cara untuk memesongkan isu, mengalih fokus atau mengandaikan cerita termasuk memburukan Tun tetapi sangat tidak berkesan, backfire dan kantoi kerana "integriti" mereka sudah zero...

Sehari dua ini ustaz talibarut dan ustaz bollywood pula diguna untuk mencela Tun dan PH....






Mereka boleh meneruskan program perlancaran demi perlancaran gula-gula pilihanraya, rakyat wajib ambik dan terima kerana semua itu duit rakyat juga.

Diakui adalah sukar dan bukan juga PH boleh menarik semua sokongan rakyat khususnya orang Melayu lebih lebih lagi mereka ditakutkan secara bohong dan salah tentang DAP.



Yang menjaga orang Melayu dan Islam adalah Sistem Demokrasi Berpalimen dan Raja Berpelembagaan dan bukannya umno atau pas.

Situasi perubahan berlaku apabila Pakatan Rakyat bubar dengan menyaksikan sokongan dari PAS tidak lagi akan diperolehi. Bagaimanapun ia dapat ditampung semula dengan sokongan AMANAH dan BERSATU dengan terbentuknya Pakatan Harapan.

Satu lagi sokongan terbesar yang mengatasi jumlah ahli BERSATU itu sendiri adalah mereka yang menyokong Tun tanpa menyertai BERSATU dengan pelbagai sebab.

Dengan hanya memerlukan tambahan 2% undi Melayu dan mengambikira situasi sekarang, Pakatan Harapan sudah berada dalam kedudukan terbaik untuk menang tetapi masih banyak ruang gerak kerja kena dibuat, mesti menang besar.

Siri jelajah terakhir seluruh negara akan dibuat oleh PH sebaik sahaja parlimen dibubarkan bagi menghasilkan gelombang dan tsunami rakyat semua kaum undurkan umnobn.





P/s
Pecacai tak perlu lagi buang masa meroyan kerana kalau meroyan pun low class, tak ada siapapun terpengaruh.
Pecacai patut merasa malu dan hina kalau masih merayu rayu minta sokongan undi untuk sebuah parti yang korup.

6ANGKA