Sunday, June 24, 2018

LOKMAN ADAM. KEMARUK SANGAT NAK MENANG TU... UNDILAH DIA, KESIAN, JOBLESS



Kekayaan tidak boleh dikumpul dalam sehari dua,  kalau kaya sekarang,  sekurang kurangnya sejak 5-10 tahun yang lampau. 

Masa ada kuasa dulu kenapa tak fitnah,  nampak sangat busuk hati,  bankrap hujah...... Agaknya inilah pecacai yang Kj maksudkan,  pecacai longkang,  kutip info tepi parit.. 

Kenapa report PDRM,  ada gang kat sana ke?  Report le SPRM,  AG atau gesa le buat IRC..... 


PENDEDAHAN PANAS DAN SIDANG MEDIA BERHUBUNG LAPORAN POLIS KE ATAS SHUKRI ABDULL, ZETI AZIZ DAN KEKAYAAN AZMIN ALI YANG LUAR BIASA DILUAR NEGARA 24/6/2018
https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/1939647426079507/

LAPORAN POLIS KEATAS YB DATO SRI AZMIN ALI, DATIN SRI SHAMSIDAR TAHARIN, JOHAN TAHARIN DAN MUHAMMAD GHADAFI KAMAL YANG MEMPUNYAI AKAUN DIBEBERAPA NEGARA DENGAN JUMLAH JUTAAN RINGGIT
Oleh Lokman Adam
24 Jun, 2018

Pemantau Malaysia Baru hari ini telah membuat satu laporan polis, bertujuan utk meminta pihak polis menyiasat berkenaan dgn satu laporan yang ditulis di dalam satu laman sesawang  (https://toyolofselangor.wordpress.com) pada hari ini bertajuk "toyol of selangor".

Didalam portal ini,  penulis tersebut telah mendakwa bahawa beliau merupakan seorang pegawai YB Dato Sri Azmin Ali dan beliau telah mendapati terdapatnya salah laku, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang serius oleh YB Dato Sri Azmin Ali semasa beliau bertugas sebagai Menteri Besar Selangor. 

Mengikut laporan tersebut YB Dato Sri Azmin Ali telah didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengumpul kekayaan bagi diri beliau, isterinya Datin Shamsidar Taharin, adik ipar beliau Johan Taharin dan proxy beliau Muhammad Gaddafi Kamal.

Mereka didakwa mempunyai akaun-akaun bank di beberapa negara selain daripada Malaysia seperti di Singapura, Hong Kong, Indonesia, Dubai, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika Syarikat.

Laporan itu juga menyenaraikan nama- nama bank, nombor-nombor akaun, jumlah yang terdapat di dalam setiap akaun-akaun tersebut dan nama tuan punya akaun-akaun tersebut secara terperinci. 

Oleh yang demikian saya ingin meminta pihak PDRM untuk menjalankan siasatan ke atas kandungan laporan ini yang mendakwa kekayaan luar biasa yang dipunyai oleh YB Azmin Ali dan juga oleh isteri dan saudara mara serta proxy beliau. Jika terdapat penyalahgunaan kuasa dan / atau rasuah dipihak YB Dato Sri Azmin Ali, isteri, adik ipar dan proxy beliau seperti di dakwa.  Adalah diharapkan agar mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya terdapat bukti yang kukuh.




Saturday, June 23, 2018

KERAJAAN WAJAR TUBUH UNIT PEMBANGKANG SENDIRI DI LUAR PARLIMEN..




Hari ini umno samada secara parti atau individu pemimpin umno mengkritik kerajaan lebih sakit hati kerana kalah PRU,  perasaan dendam itu masih membara,  emosi naik sampai ke hujung rambut,  butiran bangkang masih menuju kepada peribadi Tun.

Sukar untuk berharap mereka jadi pembangkang yang bagus ketika tiada kuasa kerana purata korup semasa berkuasa.

Di media sosial,  kritikan berasas kepada berita yang diubahsuai atau dipetik tanpa keseluruhan,  bertujuan kritik dan fitnah untuk mengekalkan kebencian di kalangan penyokong mereka.

Untuk meredakan kemarahan mereka,  mungkin wajar umno dibubarkan mengikut perundangan dan nama umno tidak wajar lagi digunakan.

Bagi memenuhi cita² check and balance kepada kerajaan sekarang,  gandingan Nurul dan Rafizi adalah yang paling cucuk jika mereka mampu ketepikan kepentingan politik PKR. Setiap kritikan pembangkang perlu diolah oleh mereka sebelum salurkan semula kepada kerajaan.

NAJIB MASIH TAK SADAR DIRI..




Nasihat awal Mahathir undur. .so simple. 




JAMAL YUNUS UNDI TERBANYAK..?










Friday, June 22, 2018

SELEPAS RAFIZI, TIAN CHUA PULA

https://dinmerican.wordpress.com/2018/06/22/reboot-not-tinker-says-t-k-chua-to-dr-mahathir-mohamad-co/

Apa yang disebut ada betulnya tetapi tian chua terlupa apakah itu ada dalam manifesto 100 hari dan adakah itu suara sebenar yang rakyat mahu lihat atau ia merupakan lontaran agenda peribadi tentang jawatan untuk kroni dan perut.

Maaf,  rakyat tidak kenal PKR atau DAP.
Menang hari itu bukan sebab bendera PKR..
Semuanya atas lepercayaan kemuafakatan PAKATAN HARAPAN yang ditetajui Tun Dr Mahathir seperti yang dipersetujui  minoriti yang memenangkan majoriti.


APAKAH JAMAL BERLINDUNG DI KEDUTAAN???

Agakj pelik penjenayah amatur ini bekum dapat dikesan??? 



PERHIMPUNAN LOKMAN ADAM, 30 RIBU HADIR.. ???

Lokman Adam sedang mencari nama untuk pemilihan umno berjaya menarik lebih 300 ribu penyokong?????? dalam program membantah.. Tak tahu pula apa yang dibantah seolah Perlembagaan Negara belum cukup peruntukan.

Punya semangat tetapi bila seorang anak muda mencelah,  dah goyah,  dah kelamkabut. .bersikap bacol.


Jakim nak diharamkan?  Kata lokman? 
Info sampah longkang mana dikutipnya? 














6ANGKA