Thursday, July 5, 2018

BAHASA CINA DAN TAMIL EAJAR DIWAJIBKAN PEMBELAJARAN MULAI PRA SEKOLAH

Wajib lulus BM dan BI perlu dilaksanakan segera sebagai mandatori untuk mendapat sijil dan berkhidmat dengan kerajaan. 
Pembelajaran tambahan Bahasa Cina,  Bahasa Tamil dan Bahasa Arab wajar diwajibkan mulai pra sekolah hingga peringkat Sekolah Menengah. Wajib lulus oral bagi mendapatkan sijil. 

Salah faham komunikasi dan curiga sering berlaku dalam realiti rakyat Malaysia,  khususnya merugikan bangsa Melayu. 

ADA SESIAPA LAGI YANG BERMINAT DENGAN KES NAJIB???

Mahkamah akan tentukan,  didakwa sudah menunjukan ada asas,  bukan setakat 4 pertuduhan ini sahaja,  dijangka akan ada lagi,  kalau 30 pertuduhan pun bukan sesuatu yang pelik. 

Rakyat memang mahu kes dipercepatkan,  cepat cepat sucikan nama Najib lagi bagus,  Peguam Najib kalau tak cukup 7 tambah lagi,  tak cukup tempatan,  mohon dari luar negara...jangan pula sedang kes berjalan, banyak karenah,  banyak tangguh... 

Dan lebih penting,  jangan asyik masuk wad... Rakyat boring. 

Rakyat mahu tumpukan kehidupan yang telah rosak dan tercemar dengan kerajaan lama,  rakyat mahu kerajaan baru buat lebih baik lagi,  dan paling penting jangan merompak mencuri melanun duit rakyat. Pemimpin jangan asyik membuncitkan perut sendiri dan melayan tamak haloba isteri. 

Tentang Najib,  jangankan bincang,  kalau boleh menyebut namanya pun tak ingin.  Minta cepat sikit kes berjalan,  salah tak salah dia bukan seorang PM lagi. 

Dan jangan pula lupa,  yang sedang sebok bincang dan mempertahankan Najib tidak bersalah adalah penyokong najib sendiri.  Bukankah mempertahan juga satu penghinaan kepada kuasa mahkamah.  Shafiee kena tutup mulut puak mereka sendiri. 

Apabila puak sendiri bangkitkan,  pasti ada pihak lain akan memberi ulasan balas. 






http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/05/polis-sprm-digesa-jangan-lagi-dedah-isu-1mdb/

*masa bila kes " 1mdb sebenar" masuk mahkamah ?*

_skrg cuma kes *"SRC"* je_ - anak syarikat 1mdb dulu...

😜😜😛🤫😛😛



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jangan lagi mendedahkan isu berkaitan *1MDB* kerana ia *kini sudah berada di mahkamah.*


KUAT SANGAT MEROYAN SAMPAI TAK BOLEH BEZAKAN...





INIKAH TALIBARUT DAP DI PERAK?

Musang berbulu ayam atau lebih manis hero DAP?
Tetapi janganlah sampai jadi aurab DAP!



Yang terbaik,  wajar nixar keluar AMANAH dan sertai DAP supaya lebih jelas. 


PANDANGAN TiPU

TiPU @ Timbalan Presiden UMNO, masih fikir Melayu boleh diperbodohkan lagi untuk menyokong umno bagi membuncitkan perut pemimpin mereka dengan berselindung pada retorik kata kata PERJUANGAN.


Tunjukan aku seorang Ketua Bahagian yang papa kedana atau jatuh miskin sejak pegang Ketua Bahagian atau sebagai wakil rakyat umno kerana hilang wang ringgit dan harta benda dalam perjuangan mereka. 





Wednesday, July 4, 2018

NASIB PENERIMA DEDAK TAKKAN SAMA DENGAN PEMBERI DEDAK..

Siapa yang sambut kepulangan Jamal Yunus dari Indonesia yang diiringi PDRM (?)

Berapa pula jumlah peguam yang akan mempertahankannya. 
Sudikah Peguam 9 Juta turut bersama. 

AG WAJAR TERUS BERBAHASA INGGERIS..

Betapa hipokriknya Melayu...
Betapa hipokriknya umno.. 

Kenapa sebut AG tak sebut PN.. Sendiri pun hipokrik. 
Kenapa sebut umno untuk united malays organisation dan bukannya PEKEMBAR...dasyat betul munafik dan hipokrik.

Selagi kemahiran dan kefasihan bahasa inggeris (dengan izin)  itu penting untuk ketelusan undang² dan keadilan...teruskan,  lagipun kes najib meliputi antarabangsa. 
Ingat lagi kes MH370, berabuk Hisham speaking london,  mana puak ni???? Puak hipokrik... 

Jika ada pertikaian,  versi bahasa inggeris akan digunapakai - itulah pra syarat perundangan kita - jangan hipokrik melampau lampau. 


# Bila tengok pemain sarkas di mahkamah semalam,  terpekik terlolong dari kapal lanun, rasanya makin malu aku nak berbahasa melayu, 
Kalau nak berbahasa Melayu - sekurang kurangnya biarlah macam Rais Yatim. Tommy Thomas pun akan hormat, bukan setakat hormat kepada bahasanya,  tetapi ilmunya,  akhlaknya. 

SEMUA WAKIL RAKYAT SILA BEREBUT UNTUK BEKERJA KEPADA RAKYAT...

Jangan siang malam masih membebel pasal tak dapat jawatan,  yang kecewa adalah individu tetapi janji datangnya dari pemimpin utama kamu dan parti. 

Yang dilantik bukan sampai kiamat. Cukuplah dua tahun,  rombak semula,  buang yang busuk. 

Sudah jadi kerajaan jangan cakap lagi tentang mahu lebih, hak bangsa dan ugama jelas dalam perlembagaan. 

Melayu juga,  tiada simpati kalau kamu malas, tidak berakhlak,  tidak amanah. 

Islam itu sudah cukup sempurna seluruh alam,  yang kalutnya sikap orang Islam yang menyempitkannya. 

Selepas diberi kepercayaan menjadi kerajaan,  lakukanlah yang terbaik.  

Rakyat sudah tiada lagi tolak ansur dan memberi peluang kamu berpuluh tahun seperti sebelum ini. 

Selepas 100 hari,  tiada lagi alasan menyesuaikan diri,  tiada alasan kami kerajaan baru.

Sekarang kerajaan diharapkan.. 
Besok jangan kena tendang. 





Dulu berlagak sombong dengan Melayu,  now they cry for malay..
Dulu kata,  tanpa umno melayu akan jadi bangsat,  rupanya umno jadi bangsat,  murahan dan low clas,  haprak bila melayu tak sokong. 







6ANGKA