Wednesday, October 12, 2011

Masa tu Nik Aziz kawan dng cacing, Anwar dah nyanyuk, Najib dah kerepot..

Mahathir: Malays will lose power in 10 years if they don't unite

BANGI: Malays will lose their power in the country in the next 10 years if they do not unite now, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
He said if the community were to split into different factions, they would become minority groups in the country.
"The minority cannot rule the country in a democratic framework, under which the majority rules," said Dr Mahathir, urging the Malay community to be united based on their Islamic faith.
Dr Mahathir said this in his speech when launching the Ummah Unity and Economy Seminar organised by the Malaysia Islamic Welfare Organisation (Perkim) and Malay Chamber of Commerce here Wednesday.
Dr Mahathir, who is also Perkim president, said Muslims in the country were not taught the importance of uniting when they were young.
He also urged the Malay community not to look forward to receiving "free things" but instead work hard to reap rewards.
He added that Muslims, which were among the poorest communities in the Malaysia, should work hard to be financially stable.

Sambutan hebat Guan Eng di Johor...

Kehadiran LGE ke bumi kubu kuat UMNO, Johor tidak dapat dihalang...

Cubaan menghalang digagalkan oleh ketangkasan dan kelicikan barisan Unit amal PAS, barisan DAP dan PKR.

Petanda buruk buat MCA dan Gerakan Johor untuk 'kehilangan kerusi'.

Satu petanda baik buat kaum Cina di Johor untuk bersatu di bawah lambang roket dan sekaligus memalukan dan memadamkan keegoan Chua Soi Lek yang banyak menuding jari kepada UMNO dan Melayu.

UMNO Johor harus fokus kepada kawasan masing2 daripada terlepas kepada PAS dan bagi kawasan2 MCA, Gerakan dan MIC biarlah mereka bertungkus lumus menjaga kawasan sendiri jika benar mereka setia dan masih mahu kekal  pada BN.

Tuesday, October 11, 2011

Bob Lokman terkencing dalam seluar..


Baca dan nilaikanlah sendiri cerita 'sebelah pihak'. Setakat mana pengetahuan Bob Lokman untuk bertakzirah, sekadar melihat komennya dibawah, nyata dia lebih banyak maki dan perlekehkan pihak berkuasa, cakap besar...ye ke tu...atau terkencing dalam seluar bila diheret.

Baru jadi penceramah temepelan beri komen tak ukur baju di badan, aku rasa kalau KJ kena soalsiasat pun dia tidak bersikap biadap dengan pihak berkuasa macam tu.

Nak mati kerana Islam? Islam yang macamana tu Bob? Kalau perintah Ulil Amri dan Sultan yang simple pun pun tak mahu patuh, susah sangat ke nak apply tauliah? Kecut ke kalau dipanggil untuk temuduga JAIS?


Dulu jahat? Sekarang dah baik? SEBAB? sebab dah masuk PAS?


Minta Bob uruskan diri sendiri, biar kemas, jangan serabaiii..

Ikut petua Wardina - artis kalau tak berilmu jangan komen apa-apa...


Bob pun man ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).
seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. “Apa kesalahan aku?”. tanya bob.
“Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan”. ujar Pegawai tersebut.
Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab “Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer… sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak… jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan”. ujar bob. “waktu nie aku tengook sumer kecik jerk…” bob bagitaw aku…..hi3
“Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa”. ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.
ada sorang pakcik tue cakap “Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang” ujar bob kepada aku.
Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung “Tazkirahnya” sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.
“Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena “tazkirah” dengan aku”. ujar bob di akhir perbualan.

Monday, October 10, 2011

Rosmah masuk dalam...

“Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.
“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.Keadilandaily

Kalau nak cari bahan. memang sedap 'isu' ini, tetapi kehadiran Rosmah setakat mana? Setakat dalam majlis ramah tamah atau turut ikut dalam mesyuarat tertutup? Berita tentu tidak detail dalam hal itu? Kena ada penjelasan.

Itu taklimat terakhir, tentu Rosmah tidak dapat memainkan atau mempengaruhi apa-apa peranan, atau sebenarnya pembangkang sudah ketandusan idea hingga perkara itu mahu diperbesarkan???
Apapun, kerajaan, UMNO dan Najib dah tahu betapa 'sensitif'nya isu Rosmah yang dilihat terlibat sama dalam urusan rasmi kerajaan. kalau dah tahu kenapa tidak peka dan membuat penyesuaian, kenapa dibiarkan dan terdedah kepada bahan untuk pembangkang.

Atau semangnya Najib tidak ada 'power' untuk menolak arahan dan permintaan Rosmah?

Apapun, gambarannya ialah kerajaan tidak peka kepada isu???  Penat orang bawahan nak pertahan...last last sekali tibai sama lah..hehehehe

Saturday, October 8, 2011

KPN letak jawatan - sila masuk politik bodoh

Dalam keadaan sekarang Najib patut buat kejutan dengan pindaan perlembagaan dengan menyerahkan kuasanya kepada kaum Cina sebagai Perdana Menteri untuk memerintah negara bagi mempercepatkan keadilan dan memakmurkan ekonomi.

Belanjawan yang lepas adakah ada perbezaan besar yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan mengembangkan syiar dan undang2 Islam pada tempat dan kadar yang sesuai, seolah-olah belanjawan tersebut datangnya dari seorang PM tanpa 'bangsa'.

Ini juga selaras dengan dasar PAS sekarang yang memberi keutamaan kepada kaum Cina dan mempermudahkan dasar kebajikan dilaksanakan.

Masing-masing berkeyakinan, berkiblat, undi kaum cina terpenting dan penentu kepada kemenangan parti masing-masing. Undang-undangg Allah untuk dilaksana kena minta restu kaum Cina terlebih dahulu. Elok sangat kalau kuasa cerai pun diserah kepada kaum wanita  ( isteri ) jika Menteri lelaki sudahpun digelar Datin Sri.

Bukan setakat Presiden kedua-dua parti mencurah rasa kasih dan sayang kepada DAP dan MCA, tetapi Datin Sri Menteri KDN pun cukup sopan dan berlemah lembut dalam soal kepolisian negara.

Polis menghina mahkamah kerana tidak melaksanakan tindakan kepada senarai pemimpin yang dilarang berada di Kuala Lumpur pada hari demonstrasi haram sebaliknya anggota polis yang melakukan sedikit kesilapan dalam tugas mahu didera, disasar dan dijadikan kambing hitam politik polis untuk memutihkan Menteri dayus dan pondan. Ketua Polis Negara elok letak jawatan dan masuk politik.

................

Saranan di atas sangat pendek tetapi berterus terang, pembaca lain mungkin boleh memahaminya...

Apakah hak rakyat berbeza mengikut status?
Undang2 melayan warganegara mengikut berapa banyak duit mereka ada, berapa besar pangkat mereka dan berapa luas pengaruh mereka dan apa bangsanya?

Mahkamah DAP lembek...

DAP tukar hukuman Manoharan kepada amaran keras

08/10/2011 2:53pm

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP mengetepikan hukuman gantung selama enam bulan yang dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan berhubung kenyataannya tentang bendera Malaysia, kata kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat kebangsaan parti itu hari ini.
Kenyataan itu berkata pada mesyuaratnya malam tadi, CEC membuat keputusan menggantikan tindakan penggantungan itu dengan memberi amaran keras kepada Manoharan setelah mengambil kira bahawa anggotanya itu menunjukkan rasa sesal dengan memohon maaf dan membuang dengan segera komen yang disiarkan dalam Facebooknya.
Jawatankuasa itu membuat keputusan tersebut berikutan rayuan yang dikemukakan Manoharan berhubung penggantungan yang dikenakan terhadapnya oleh jawatankuasa disiplin DAP.
Kenyataan itu juga berkata, CEC bagaimanapun mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang kerana perbuatan penyalahgunaan kuasa berhubung dana parti.
CEC menolak rayuan Tong Hiang yang dikenakan penggantungan bermula 27 September lepas, kata kenyataan itu. - Bernama

Friday, October 7, 2011

Statement Lalat yang dah nak jadi Langau

Desprate teruk sangat mamat ni bila katanya belanjawan najib yang begitu colourful dan canggih meniru pembentangan belanjawan pembangkang. Niat belanjawan pembangkang membentang awal pun memang strategi nak kata, tiru dia punya...patutnya bentang selepas najib bentang supaya belanjawan pembangkang nampak lebih baik dan mengtasi.


Anwar yang bermimpi siang malam nak jadi PM sepatutnya 'berccakaplah lagak seorang PM yang penuh keyakinan' dan bukannya gaya pemimpin yang sudah hakprak habis..

 
 KUALA LUMPUR, 7 OKT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembentangan Bajet 2012 hari ini sebahagian besarnya mencedok Bajet 2012 Pakatan Rakyat yang diumumkan beberapa hari lalu.

Menurut Anwar mencedok idea Pakatan Rakyat itu boleh, tetapi jangan dicedok dengan penyelewengan, rasuah dan ketirisan yang berterusan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen selepas pembentangan bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan petang tadi.

Anwar juga berkata bahawa Najib turut menyentuh sedikit isi kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat

Sebahagian besar dicedok daripada Pakatan Rakyat.