Tuesday, May 6, 2014

Jika terbukti suami mati pucuk






Kecacatan yang khusus bagi suami
Jika isteri mendapati kemaluan suaminya terpotong atau mati pucuk, dia mempunya hak fasakh.
Mawardi meriwayatkan bahawa ulama sepakat menyatakan, isteri boleh memlih untuk fasakh jika kemaluan suaminya didapati terpotong atau mati pucuk kerana kecacatan itu menghalang maksud perkahwinan.

Memberikan tempoh kepada suami yang mati pucuk
Jika terbukti suami mati pucuk, qadi hendaklah memberi tempoh kepadanya setahun berdasarkan kalendar hijrah. ini dilakukan dengan andaian kecacatn itu akan hilang dengan berubahnya musim. Jika andaian itu tepat, itulah yang lebih baik. Jika sebaliknya, perkahwinan itu hendklah difasakhkan.


Dalilnya ialah kata-kata Umar bin al-Khattab r.a. mengenai suami yang mati pucuk: “Diberi tempoh selama setahun. Jika tidak, mereka hendaklah dipisahkan dan isteri berhak mendapat mas kahwin serta mendapat edah”. (Riwayat Baihaqi dalam kitab nikah, bab tempoh bagi yang mati pucuk).

MANTAPBRO MEMBANTU  013 964 5599


Monday, May 5, 2014

CAKAP SIAPA YG KITA NAK PERCAYA? BOMOH 1MALAYSIA ATAU ALI HAMSA !



Sudah Ramai Yang Hilang Minat...

Sudah ramai yg hilang minat untuk mengikuti perkembangan MH370...sebahagiannya kekal percaya dengan spekulasi dan persepsi yg lebih logik....
Hilang minat atas bagaimana ia diuruskan ditambah dengan provokasi pembangkang, provokasi media barat dan luar negara. rakyat semakin hilang kepercayaan kpd kerajaan .


Saturday, May 3, 2014

DAP tidak risau hudud, ada yg lebih besar dari itu..

Bagi DAP dan PKR serta sebahagian besar orang PAS, hudud bukan lagi satu keutamaan, ia boleh ditangguhkan atau dikompromi kerana ada sesuatu yg lebih besar, lebih ditakuti berlaku, unsangkarable hudud yang dijinjing PAS hampir terlepas jatuh dalam pelukan UMNO.




Kerjasama yang dihulurkan UMNO dalam isu hudud sudah melampau dan melangkau sehinggakan ramai pemimpin PAS nampak terpesona dan bermesra dengan UMNO malah Nik Aziz sendiri mudah didekati dan bersetuju dalam soal teknikal.

Hudud sekadar boleh mengganggu kelancaran kesepakatan pembangang tetapi masih boleh diselaras dan disesuaikan lagi di hadapan penyokong masing2.

Tetapi sedikit kemesraan dan kerjasama UMNO PAS yang mula kunjung mengunjung, meja ke meja malahan ada sok sek sok sek tawaran menteri kepada pemimpin PAS sangat-sangat merisaukan DAP, PKR dan ahli skular PAS yang sudah mula tercium bala dan bahana yg bakal menimpa mereka jika hubungan PAS/UMNO ini dipandang ringan.

Beberapa usaha sedang dibuat untuk cuba menunjukkan UMNO berniat jahat untuk merampas hudud dari PAS dan usaha seterusnya ialah mempengaruhi Nik Aziz supaya mengeluarkan arahan kerjasama UMNO PAS dihentikan.

Oleh itu tidak menghairankan jika hari ini tiba-tiba begitu ramai individu dan pihak yang bernama Melayu dan Islam tidak bersetuju hudud dibentang dan dilaksanakan sedangkan suatu ketika dulu hudud tidak pernah lekang dari mulut mereka.

KHALID MAHU KALAH SECARA BERMARUAH...

v


Add caption
i
t

Friday, May 2, 2014

RAKYAT MERAYU ANWAR JANGAN LARI...

malaysia akan kehilangan seorang pemimpin yg jujur berjuang untuk rakyat tanpa meletakan kepentingan diri dan keluarga, malah semasa diberi peluang berkuasa dan memegang jawatan menteri 'satu sen' pun tidak pernah dia ambil, tidak ada kroni tidak ada pilih kasih.

rakyat menyeru anwar tidak lari kelur negara sejajar dengan laungannya tidak gentar dan tidak takut, tempat sewajarnya dia ialah penjara.. rakyat akan setia menunggunya keluar 5 atau 10 tahun lagi...

Thursday, May 1, 2014

Mahathir tidak antihudud

Tuduhan DAP menyatakan hudud adalah agenda UMNO adalah sesuatu yg lebih menghina PAS daripada meminta parti itu keluar dari pembangang haram. Perjuangan asas PAS itu bagaimana boleh tiba-tiba menjadi aenda utama UMNO? Ini cukup sadis buat PAS yg bertungkus lumus memperjuangkannya.

Bukankah tuduhan DAP itu lebih memberi keuntungan kepada UMNO ? Atau sebenarnya cuba mengajak dan menghasut PAS supaya menjauhi umno, jangan bekerjasama kerana umno mempunyai niat jahat.

Hasutan DAP itu akhirnya termakan juga oleh sebahagian penyokong PAS termasuk Pemuda PAS Kelantan yg menolak dan mempertikaikan jawatankuasa teknikal hudud umno/pas yg telah dipersetujui nik aziz.

Strategi DAP menghasut PAS kini disokong oleh Saifuddin parti kencing rakyat yg mendakwa umno sokong hudud kerana tujuan politik?

Apakah PAS tidak berpolitik, menggunakan hudud untuk menarik umat Islam menyokongnya atas dasar perjuangan Islam.

Apakah dap tidak berpolitik apabila menolak hudud demi untuk kekal dan terus mendapat kepercayaan kaum cina - sudah tentu dap sedar, jika pas meneruskan hudud partinya (dap) akan dibelasah teruk oleh kaum cina kerana gagal mengawal pas sedangkan selama ini dap mencanang hudud tidak akan dilaksanakan selagi dap ada kuasa dan diberi kepercayaan.

PAS juga 'relax dan cool' tentang hudud sebelum pru13 semata mata meñgharapkan undi cina tetapi selepas menyedari pas kehilangan banyak undi Melayu malah lebih menguntungkan dap dan pkr, PAS kembali berjinak untuk melaksanakan hudud untuk kembali meraih sokongan penyokongnya.

mungkin agak malang bagi PAS kerana ada segelintir penyokongnya sendiri sudah menolak hudud, termakan hasutan DAP dan sangat takut apabila umno mahu bekerjasama dengan pas untuk merealisasikan hudud di Malaysia.

PKR sendiri menolak hudud atas dasar cita-cita politik Anwar Ibrahim untuk menguasai putrajaya dan hanya DAP yg mampu membantunya. Menolak hudud demi mahu tetus disokong DAP...bukankah itu sangat
jijik?

Bagaimana pula UMNO?
Apakah dengan menyokong hudud akan menambah sokongan orang melayu ke atasnya?
Bukankah jika UMNO menyokong hudud akan menyebabkan MCA dan MIC akan kehilangan banyak undi?
Setakat ini umno masih silent samada sokong atau tidak tetapi sekadar menghulurkan kerjasama kepada PAS.
Dipercayai umno akan tolak hudud PAS jika ianya tidak menepati 'keadilan' Islam sebenar termasuk yang bukan Islam juga perlu dihukum mengikut hudud !!!!

Apakah Allah ciptakan hudud itu untuk orang Islam sahaja dan Allah berlaku zalim kpd org bukan Islam? Hudud tidak sesuai untuk dunia?

Jika hudud dilaksanakan: siapa yg paling untung? dan siapa yg paling rugi?
Jika hudud gagal dibentang dan dilaksanakan: siapa yg paling untung? dan siapa yg paling rugi?

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...