Monday, December 8, 2014

Ikrar dengan gereja: azmin @ anwar sila beri penjelasan...KEKALUTAN YANG MENIMPA PEMIMPIN MELAYU

Ini adalah info (dibawah) yang sedang bergantayangann di maya...tidak penting ia dari
sumbermana...tetapi rakyat wajar mengetahuinya secara umum dan adakah ia satu fitnah kerana media perdana tidak menyiarkannya.

sepertimana najib yang kalut untuk mendapatkan undi cina, tidak mustahil dan penuh keyakinan anwar juga sedang berlumba ke arah yang sama.

satu undi cina lebih berharga atau sama nilainya 100 undi melayu (?)...

kekuatan ekonomi mencaturkan politik dan ekonomi juga mampu membeli iman dan akidah..

Tarikh : 07/12/2014, Ahad
Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Gereja Holy Family, Kajang
Anjuran : Biro Integrasi PKR Nasional
Kehadiran : 1,200 orang [M: 1%, C: 60%, I: 30, Lain2: 9%]

Pemimpin Dikenali :

1. Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
2. Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor
3. Ganabatirau, EXCO Negeri Selangor

1. Dalam ucapan ringkasnya Azmin Ali menyatakan pendirian Kerajaan PR Negeri Selangor untuk meraikan kelpelbagaian agama, sambil mengungkapkan kata-kata lebih kurang berbunyi..."sebab itu saya tegaskan, the 351 bibles must return back to church. And i promise, you (Kristian) will not alone, we (PKR) will with and behind you all the time. Don't worry, you can keep on my words"...sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

2. Anwar Ibrahim menyentuh mengenai kedatangannya ke Gereja Holy Family ini ketika kempen PRK DUN Kajang kira-kira sepuluh bulan lalu, UMNO menyerangnya habis-habisan menggunakan TV3 dan menyatakan kononnya inilah cara berpolitik di Malaysia menggunakan isu agama dan kaum yang perlu ditentang oleh rakyat pelbagai kaum. (disambut tepukan gemuruh). Bahkan, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia tidak bimbang di-ambil gambar berlatarbelakangkan palang Jesus dibelakang pentas gereja ini.

3. Anwar Ibrahim menyebut tentang persamaan antara Islam dan Kristian iaitu orang Kristian menyebut Jesus tetapi orang Islam menyebut Nabi Isa a.s., sambil mengambil contoh di Turki, Kamal Attartuk tidak membezakan antara Islam dan Kristian untuk meraih keamanan yang tulin (the real piece).

4. Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia bertanya kepada Azmin Ali, mengapa susah sangat untuk mengembalikan 351 bible tersebut kepada pihak gereja, itu hak mereka dengan kata-kata lebih kurang berbunyi..."for me, there is no problem to distribute the bible even though in Malay language, no problem at all. Why it's happen in multiracial country like us. That why, we must againt racism and fight for freedom in this country. (disambut tepukan gemuruh)

5. Diakhir ucapannya, Anwar Ibrahim menyentuh perbahasan Bajet 2015 di Parlimen bahawa dia membangkitkan tentang ketidak-adilan kerana pengecualian cukai hanya diberi kepada badan-badan Islam sahaja. Kenapa tidak diberi kepada badan-badan agama Hindu, Buddha, Kristian dan agama lain.

Ulasan :

1. Anwar Ibrahim membakar semangat anti Islam dikalangan orang Kristian khususnya dan mengajak mereka menentang Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa kononnya tidak berlaku adil kepada agama lain.

Perundingan apa yang sedang berjalan...

Keberangkalian dan berkemungkinan satu kompromi akan berlaku dengan perundingan luar kotak sedang berjalan untuk memungkinkan parti tertentu atau lebih dari satu parti dibubarkan atau bersekedudukan sebagai sayap dengan UMNO pada bayaran harga yang tinggi win-win.

Tekanan demi tekanan boleh diistilah sebagai satu cara paksaan untuk melemahkan dan menarik ke meja rundingan jika tudak mahu menerima risiko yang lebih tinggi.

Secara kosmetik ini nenguatkan UMNO, meguatkan individu dan sekaligus pemimpin umno yang tidak sealiran kena ikut arus atau akan terpinggir.

Bagi melayu yang extreme mereka berkemungkinan akan menyertai DAP.

Saturday, December 6, 2014

Mungkin sudah terbiasa didpanggil...

Penulis blog yang diupah tetapi menyerang majikannya dipanggil bangang.

Pegawai Keadilan yang lambat mengumumkan keputusan juga sewajarnya dipanggil lembab dan bangang.

Menjadi ketua tetapi memiliki penulis blog dan pegawai keadilan seperti di atas bukankah juga bangang !! berganda..

Friday, December 5, 2014

Pak Pandir

Apa agaknya 
perasaan anda 
kalau watak 
penglipurlara 
cerita Melayu, 
Pak Pandir 
kini sedang 
menerajui negara.

Kalau pak Pandir itu ujud, bererti rakyat Malaysia kini pun sama pandirnya....

Tanya orang ekonomi, bolehkah negara berkembang dan rakyat maju kalau banyak lendir... 



"Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, sama ada secara langsung atau tidak langsung," kata Dr Mahathir.


Menurut Dr Mahathir, Cayman Islands adalah pusat operasi dana lindungan nilai (hedge fund) dan dagangan matawang yang jadi tumpuan orang atau syarikat yang mahukan pulangan tinggi, dan bukannya kerajaan kerana 'ia adalah satu jenis judi'.



Tuesday, December 2, 2014

Biarkan Pemimpin Yang Bangang Meneruskan Tugas..

Ramai Bloggers yang dikategorikan bangang tidak berani membuat pengakuan bahawa merekalah yang dimaksudkan oleh Najib..

Bagaimanapun mereka telah kembali blogging di landasan seperti yang diarahkan...kita boleh tahu siapa mereka ini.
Bagaimanapun diharap jika ada komen yang tidak senada, wajar juga disiarkan walaupun mungkin mereka lebih dipantau sekarang ini..

Kurang teguran kepada pemimpin sendiri boleh juga dipersepsikan membiarkan pemimpin atau majikannya yang bangang meneruskan tugas....tiada pilihan..relakanlah sahaja.

Jika ada teguran, simpanlah.

Monday, December 1, 2014

Memadai Bloggers yang setia untuk mempertahankan boss mereka..

Selepas Najib tegur bloggers upahannya sebagai 'bangang', alhamdulillah semua kini telah kembali menulis seperti biasa, lawatilah blog-blog mereka, mempunyai kelainan dari sebelum ini...banyak puji-pujian dan mempertahankan boss mereka dengan 1001 alasan bangang mereka.

Semuanya betul di mata mereka...
Lain kali buatlah kerja betul-betul setimpal dengan upah  !!!

Tidak perlu rasa bersalah, tidak perlu rasa rendah diri..mempertahankan seorang Presiden dan sebuah parti yang telah banyak melakukan jasa jauh lebih baik dari menjadi penulis upahan parti pembangkang.

Bloggers juga seorang pejuang, tidak dapat dielakkan, mereka juga manusia, dalam kesetiaan, mereka juga mampu menurunkan seorang Presiden...itu juga bukan sesuatu yang mustahil.

Jika seorang Presiden yang kalut, resah dan bimbang terpaksa merayu kepada bloggers bangang, tentulah ketajaman mereka diiktiraf.

Berhati-hatilah dengan tahap musuh dan penggugat akan dilenyapkan...

Kes altantuya - ada sesiapa yang dapat maklumkan berita terkini ?
Lebih-lebih lagi, antara mereka siapa pembunuh, siapa perancang dan siapa arahkan..Apakah semua ini didedahkan dalam mahkamah   !!!

Memadaikah kita hanya diberitahu siapa pembunuhnya sedangkan hakikatnya altantuya tidak mempunyai apa-apa deal dengan mereka, tiada alasan untuk mereka lakukan pembunuhan (?)