Wednesday, November 30, 2016

BERSATU KITA BERSATU... NYANYI RAMAI RAMAI

https://youtu.be/ntCzQjMp7q8
https://youtu.be/ntCzQjMp7q8

Seratus peratus yang hadir sealiran, sefahaman, sebudaya dan seia sekata setia menyokong Presiden.

Tidak ada seorang pun yang tertinggal untuk menikmati penat lelah Presiden yang mengalir turun  kepada Setiausaha Agung Ketua Bahagian seterusnya Perwakilan Pemerhati dari segi penginapan,  makan minum dan duit poket. 

Inilah barisan rapat melekat menjadi darah daging yang sukar digugat oleh pembangkang.

Tuesday, November 29, 2016

UMNO NO. 1

Dalam UMNO terlaku ramai yang mulia macam ku nan.












Monday, November 28, 2016

HINGGIT KITA MASIH OK BERBANDING AMAZON

Bismillah.

Memang awesome.

Dulu beli material dari China RM382k setiap bulan. Lepas tu naik RM400k setiap bulan. Sekarang dah RM445k. Barang yang sama dengan kuantiti yang sama. Different RM67k.

Segalanya kerana ringgit jatuh menyembam. Tersembam dekat 20%.  Awesome kannnn..

Hanya tukaran matawang. Itulah situasi bila kita meletakan nilai pada kertas.


RUMAH BUKAN RAKYAT TAK MAMPU CUMA TAK MAHU..

Bismillah.

Gawat antaranya menghidangkan offer rumah2 mewah yang murah2.

Pokcik tak nak beli ke?

Jawabnya tak..Pasal ruang kubur pokcik cuma muat2 untuk badan pokcik sorang  jer.


Sunday, November 27, 2016

EKONOMI MENINGKAT, JUALAN ROTI LARIS

Bismillah.

Roti adalah makanan yang meningkat jualannya untuk tempoh 3 bulan ini. Ianya merujuk kepada peningkatan kuantiti pesanan pembungkusan roti. Itulah kenyataan seorang kawan. Seorang pengeluar produk packaging.

Roti yang harganya RM3.40 ini boleh dikongsi2 untuk 5 orang. Boleh lah buat alas perut walaupun tak mengenyangkan. Vitaminised lagi.

Ini adalah fakta.


Saturday, November 26, 2016

PAS UMNO INTIM CUMA BELUM. NIKAH

Perkembangan politik semasa menunjukkan harapan untuk BERSATU mengajak PAS bersama mentang umno satu lawan satu sangat tipis dan elok tidak diletakan sebarang harapan.

Strategi tanpa PAS dan tanpa sokongan PERKASA kena dibuat dari sekarang dan BERSATU harus bersedia untuk memainkan peranan penting walaupun minoriti calonnya.

Peluang harus diberi kepada AMANAH dan PKR untuk menerajui...
Tidak salah Mat Sabu atau Azmin Ali jadi PM,  Muhyiddin, Azizah sewajarnya bersara selepas pilihanraya...

Soal PAS mahu bekerjasama dengan UMNO adalah suatu di luar kawalan.
Samada Hadi mengkhianati perjuangan Nik Aziz,  biar ahli mereka nilai dan tentukan.
Samada Tuan Ibrahim boleh berkompromi dalam hal ini, terpulang kepada jati dirinya.

Siapa yang menyelamatkan siapa, kita lihat kemudian..
Siapa yang kenakan siapa jika ada pun akan terburai juga...

Sikap kita berbaik sangka kepada semua parti Melayu Islam, tetapi yang korup dan salahguna tetap perlu disisih.



# Kenapa Najib menggunakan ingatan seorang kapir,  Pengasas DAP/PAP Lee Kuan Yew untuk memburukan Tun Dr Mahathir (?)
Adakah Lee Kuan Yew semasa hidupnya sentiasa mesra Islam mesra Melayu (?)
Agak agaklah sikit kalaupun terdesak..

FIDEL CASTRO DIKENANG SEBAGAI PENENTANG KORUP