Saturday, January 3, 2009

Jenayah macam pisang goreng panas di Malaysia

Apabila seseorang bertaraf Ketua Polis Daerah diserang dan dicederakan dengan begitu mudah timbul persaolan bagaimana kita orang awam yang selalu lalai dan tidak punya kemudahan untuk melawan balik jika diserang.

03/01/2009 12:59pm


KOTA KINABALU 3 Jan. – Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Ramli Ali Mat, cedera parah setelah ditikam oleh sekumpulan lelaki di kediamannya di Taman Ria 5, Tawau, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, kumpulan lelaki tersebut yang dipercayai seramai lima orang menyerang Ramli ketika beliau tidur di rumahnya.

Difahamkan Ramli kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau.


Apakah taraf jenayah di negara kita begitu lemah kesan daripada kepimpinan negara atau kerana rasuah yang berleluasa serta kegawatan ekonomi negara yang gagal diurus sempurna.

Pemimpin kerajaan atau pembangkang harus menjawab perkara ini dengan satu jawapan yang cukup meyakinkan, idea yang bernas, hentikan tuduh menuduh antara satu sama lain, jangan tipu rakyat dengan jawapan politik hampeh atau sekadar pandai berpidato. Jenayah juga boleh berlaku kepada anda ? Musa Hassan, Dolah, Najib, Niz Aziz, Anwar, Nazri, Lim Kit Siang, Karpal atau Teresa Kok..

1 comment:

  1. Kluangman,

    Kadar jenayah naik, bila situasi ekonomi turun.

    Dua-dua petanda buruk.

    ReplyDelete