Monday, September 14, 2015

Ingatkan Semula... Kot kot lupa tahap

Betul-betul buang masa saja Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias ni..

Sanggup dia menunggu hingga enam bulan untuk mendapatkan penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat dengan hutang tu..

Sepatutnya Tan Sri Dr Abdul Samad ni tanyalah macai berkenaan status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tentu tahu status itu sebab itulah mereka bermati-matian menyokong 1MDB Najib tu..

Kalau tak tahu tu maknanya macai-macai tu menyokong membabi buta lah.. main sokong saja apayang Najib buat tu tanpa usul periksa..

Samalah macam lembu yang dicucuk hidung, gembalanya tarik ke kanan, ke kanan lah ia, tarik ke kiri ke kirilah ia.. ikut saja..

Laporan berkaitan..

Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.

"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat. Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur hari ini.

Samad berkata beliau dilantik sebagai lembaga penasihat 1MDB akhir Januari lalu.

Tambahnya, walaupun sudah berulang kali meminta maklumat berkaitan kewangan namun 1MDB hanya membisu tanpa maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir Julai.

“Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan,” katanya pada satu sesi soal jawab dalam persidangan tersebut.

1MDB pada 21 Januari 2015 melantik Samad sebagai anggota lembaga penasihatnya.

Dalam satu kenyataan 1MDB berkata, lembaga itu yang dianggotai tokoh tempatan dan antarabangsa merupakan badan membimbing syarikat itu dalam mencapai matlamatnya.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat itu berbangga dengan penyertaan Samad, antara tokoh yang paling dihormati dalam komuniti kewangan Malaysia, dalam lembaga penasihatnya.

Samad mempengerusikan PIDM sejak 15 Ogos 2011 lapor The Malaysian Insider


Tapi.. kalau ahli Lembaga Pengarah sendiri yang minta sampai enam bulan pun tak dapat status kewangan tu.. macai-macai pulak.. jauh panggang dari babi lah..

Yang menghairankan ialah walaupun tak tahu menahu pasal status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tetap menyokongnya..

Ada otak tu gunalah sama.. jangan simpan!



copy and paste dari sini: http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2015/09/sepatutnya-tan-sri-bekas-penasihat-1mdb.html

21 comments:

  1. Macai-2 tu bukan saja menyokong 1MDB dan PM, tapi berhujah seolah2 mereka itu berada dalam BOD 1MDB... keh keh keh!!!... Tahunya mengalahkan tuan penasihat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis tu bongok2 mcm ko yg menentang DEB sudah duduk dlm BOD atau dlm PAC atau pernah lihat dokumen ImDB itu menyeleweng ke?

      mengata dulang paku serpih..mengata org dia yg lebih..ini bodoh tk sedar diri..ajaran Mamak Kutty Maddey Keling Auta

      Delete
    2. Laa???!! Kenapa dengan macai Jibon anon 9.34??!! Menetang Deb?? Kepala jadah apa dia cakap ni??? Siapa yg abaikan Deb sebenarnya ni Macai??? Bukan Jibon ke yang abaikan??? Bangang la macai ni.

      Delete
    3. Dia dah sewel 934 tuh. Banyak sangat jilat itu jilat ini sampai bengong dia di buat nya.

      Delete
    4. Dah tak bolih bawa berbicara macai pm ni...kesian

      Delete
    5. Makan bilion eh bihun banyak sangat, sampai lupa Najib yang pi lupuskan hak keistimewaan orang Melayu. DEB, MECD, tanah rizab dalam segitiga mas Razak Exchange...

      Delete
  2. salleh keruak dah tengok dah penyata kewangan,katanya untung bersamaan seluruh rezeki dilangit Dan bumi.....

    ReplyDelete
  3. KD ,
    Beza orang yang mempunyai integriti dan berprisip dengan orang yang tiada integriti berprinsip adalah kekuatan iman dan takut pada allah swt jadi kedudukan dunia tak penting mereka rasa boleh datang dan pergi , tapi yang menjadi UMNO semakin lemah adalah kerana terlalu ramai pemimpin yang berimankan wang ,kedudukan dan jawatan ini dipanjangkan kepada kebinet malaysia sekarang, biasa nya keadaan begini akan menempah kepada suasana kejatuhan yang akan tercatat dalam sejarah yang sering diulang ulang kerana kelapaan manusia dan nafsu buas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu hang kat akat Mahathaik
      zaman dia lah wang segalany2
      sehingga hospital pun dia nk swastakan tp nasib baik dia kena step down..
      konsesi tol, penswastaan gila2 agensi kerajaan dan utiliiti yg bermatlamatkan WANG dan kekayaan untung itulah kerja Mahathir.

      usah nk menjilat seorng yg begitu jahat dengan menyindir PM skrg sbb bab Iman dan Islam ini mmg paling dibenci Mahathir..Mahathir seorng yg anti Islam..tp dia pandai menipulasi. UMNO seoalah2 kuat zaman Mahathir? itulah tipu daya hebat Mahathir..

      Pemilihan UMNO zaman Mahathir berguni2 wang dipakai utk membuat percaturan. Wang segalany2 dlm UMNO zmn Mahathir.. jgn tipu dan cuba padamkan fakta ini.

      Projek2 kroni di letak kunun sbg DEB.. DEB kepala hotak mahathir bila sekor dua shj Melayu yg diangkat jd kroni.. yg lain terus miskin nk berniaga tak mampu..
      nafsu buas Mahathir yg tk pernah puas.. setelah berapa ramai jd mangsa nya sejak Zaman Tunku Abdul Rahman sehingga Pak Lah..dn skrg Najib tak pasal2..

      ini bukan manusia tp iblis bertopeng manusia

      Delete
    2. Temberang bukan maian si Mamat 932 nih. Tuduh mcm mcm satu bukti pun tarak. Penerangan pun tarak.

      Dia nak nutupkan Ajib kasi juta juta kpd sekolah Cina, kasi biasiswa kpd bebudak Cina, kasi ............

      Delete
    3. Mamat pro ajib... Ini dlm bahasa melayu..tun berhenti dgn pemintaan dr tun sendiri bukan disuroh berhenti....faham

      Delete
    4. Dah la caijib tak faham konsep payung. Cuba tanya dia sket, siapa usahawan Melayu yang polisi Najib dah hasilkan?

      Delete
  4. Macai Jibon tak henti menyebut nama Mahathir kesian la dengan macai Jibon ni dia 1 hari tak sebut nama Mahathir dan salahkan Mahathir boleh jadi gila woooo hahahaha aku ada 1 teori menarik! Sebenarnya Tun M yang masuk kan 2.6bilion ke akaun Jibon sebab nak perangkap Jibon ni semua salah Tun M. maklum la Jibon kan bodoh orang cakap apa pun semua dia ikut Jibon dan macai2nya bodoh berpisah tiada

    ReplyDelete
  5. Macai serba tahu...

    Lebih pandai dari Najib, lebih tahu dari Mahathir...dah tentu mereka ni siffu keruak and the gang.

    ReplyDelete
  6. Kalau setakat nak penyata untung dan rugi tak payah jumpa Arul tu. Dia boleh minta dari SSM. Yang ni nak kena ajar juga ke.

    ReplyDelete
  7. Macam biasa.. Macai PENYAPU Tetap.Dan Berpencen Ah Jib Gor begitu bersungguh menunjukkan skil bebal tak.sudah selevel dgn PENYAPUnya..
    Sudah la IQ rendah..pengidap skizorfernia pulak tu.. menjilat najib bapok sehingga hilang biji matanya..fuhhh..terrerr ngko PENYAPU..

    ReplyDelete
  8. Samad kontan (accountant). Takkan lah dia tak tahu audited accounts 1MDB. Bodoh le siapa ngatakan dia nak briefing by 1MDB Managemnt fasal audited a/c.

    Dia nak tanya fasal benda benda mcm ngapa 1MDB tukar auditor 2 kali dlm tempoh beberapa tahun. Yang Nur Jazlan cakap ada berlaku, salepas dia jumpa wakil 2 firma odit yang dulu tuh.

    Arul cakap ada jumpa Samad dan beri penerangan pasal "rationalization plan" yang dia hebohkan sejak dia jadi Presiden 1MDB. Itu pun bukan yang Samad maksudkan dia nak tau.

    Tentu lah bila dia mintak briefing dari pihak pengurusan, dia nak dapat peluang di beri tahu pergerakan 1MDB sejak di tubuhkan. Penerangan yang boleh nunjukkan mcm mana boleh sampai hutang RM42 bilion.

    Kalau di beri briefing macam itu, dia sebagai kontan yang bertoliah dan berpuluh tahun pengalaman kerja kontan, dia boleh tahu sikit sebanyak mana yang bunyi curiga. Bila nampak curiga, dia tentu nak tanya itu ini.

    Aku saspek pihak pengurusan tau itu niat si Samad. Itu pasal tak kasi dia briefing walau pun dah 6 bulan dia mintak. Memang le. Takda sorang pun berani beri banyak penerangan fasal 1MDB sejak macam macam so'alan rakyat keluarkan, termasuk Tun Madey.

    Aku setuju dgn Tun Madey. Aku juga nakkan UMNO gantikan Najib. Sabelom PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "mcm mana boleh sampai hutang RM42 bilion." Dan apasal sampai tak cukup duit nak bayar hutang yang di jadualkan bagi interest dsb nya tiap tahun. Yang Ananda Krishnan di katakan kena pinjamkan.

      Cash flow dsb nya, Beb. Tentu dia nak tau apasal tak jaga cash flow. Tak ke gigl lutut pengurusan sabelom Arul. Itu pasal 6 bulan pun tak beri beri briefing. Arul pulak sibukkan "rationalization plan" aje.

      Delete
  9. Woi Mamat pencacai Najib,

    Ko tau ke apasal 1MDB tukar firma odit nya 2 kali dalam beberapa tahun dulu tuh? Nur Jazlan ke siapa ada kata itu tak lazim di buat. Terutama nya bagi syarikat besau.

    Jangan le asyik cakap dah kasi tau, dah kasi tau, ye. Tak bijak kalo ko kata gitu. Aku tak kata ko bodoh. Aku kata tak bijak.

    ReplyDelete
  10. Oooops, aku ingat ada pos baru pagi hari Baju Merah nak berhimpun nih.

    Aku baru dapat tahu depa berhimpun di Padang Merbuk, KL, mula pukul 12 tengah hari nih. Polis dah kata penganjur (pertubuhan silat di ketuai Ali Rustam bekas Ketua Menteri Melaka) dah beri tahu Polis (re. Akta Himpunan 2012), DBKL dah beri kebenaran gunakan Padang Merbok, dan himpunan itu di benarkan.

    Aku minat ha nya dari segi nak tunjukkan depa di Bersih 4.0 jangan persendakan Melayu dengan menijak gambar gambar pemimpin Melayu, yang aku rasa di buat dek biadap Cina Bukit DAP, yng kebanyakan nya hadzir bersama Kit Siang dan Guan Eng di demo jalanan haram Bersih dulu tuh.

    ReplyDelete
  11. Macai macai Najib tertelan banyak panadol,tu yg melalak macam org sasau.Sekarang dah kepala sakit (biol),bawa bawa pi tidor dulu jgn banyak sangat jilat. ZGV

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...