Tuesday, September 1, 2015

Dr Mahathir kena siasat..



Berita

Tun Dr Mahathir akan disiasat atas pembabitannya dalam himpunan BERSIH 4 lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap kepada media hari ini, Khalid berkata, polis akan memanggil bekas perdana menteri itu kerana telah membuat ucapan dan dakwaan tertentu.


Katanya, polis mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan dibuat Dr Mahathir.

"Antaranya, beliau mendakwa pemimpin Umno mengambil rasuah. Jadi polis mahu tahu lebih lanjut.
"Semua pemimpin prominent (terkenal) yang menyertai BERSIH akan disiasat," kata Khalid di Port Klang.

Sumber MK

# Tahniah KPN, cepat benor mereka kena panggil untuk disiasat !!!


BERSIH.


1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah
memihak kepada orang Cina.

2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.

3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.

4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.

6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.

7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.

8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.

9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.

10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.

11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.

12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk 
membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.

14. Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.

15. Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihanraya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.

16. Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.

17. Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata “Cash is King” “Wang Tunai adalah Raja”. Raja inilah yang disembah oleh Najib.

18. Najib akan nafi tetapi keadaan Negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.

19. Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

20. Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.

21. Selagi Najib berkuasa semala itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.

22. Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib.

chedet

14 comments:

  1. Bersih 5.....utk pembebasan tun m, jika najib berani.

    ReplyDelete
  2. KD.......La mana dia yang aku minta kau komen sikit hal DIEG ini.....jangan la jadi double standard
    Hal TDM dan Bersih dah basi dah
    Orang tua tu dah telan balik kahak dia
    Ajibgor masih PM
    Caix kau masih melalak...'..otak dah merapu nak defend the old man
    Kalau pasal 1 MDB itu hari ,.......berjela komen
    DEIG.....Tolong la beri pencerahan sebab Tony Puaka dan Rafizi pondan dah bisu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hang nak jilat Najib , tolonglah pi jilat di blog blog prepaid dan postpaid Najib yang sememangnya sesuai untuk penjilat macam hang ni.

      Delete
    2. Anon 12:05 kalo ngko nak meroyan pasal DEIG ngko buat lar blog.ngko sendiri..ngko main mintak mintak dgn org..ngko ingat mak bapak ngko bg KD makan ker??.. KD kerja dgn ngko ker??..ngko bayar gaji KD ker??.... main mintak mintak kepala lutut ngko..nak pencerahan ..ngko ke depan berdepan azmin..gentleman lar..ini komen pun anon jer..POYOOO!!

      Delete
    3. Anon 12:05, kita kena betulkan Najib dulu..lepas dia ok, ada contoh baik, we go next, ikut turn...

      Pakat-pakat usaha dan doa cepat sikit Najib berundur, then we go next...

      Hal Asimin, isu terbaik PRU...tetapi no point nak kerja keras untuk mendesaknya sebab mati hidu balik pun, UMNO Selangor takkan cium ketusi MB lebih2 lagi kalau Najib tak turun...itu puncanya.

      Malam ni Najib letak jawatan, esok lepas subuh aku jumpa Asimin kasi dia warning...

      Ok tak?


      Delete
    4. ok kd, malam ni pegi depan umah najib soh dia berenti. kalau dia dengar ckp ko, aku belanja ko teh o ais. pagi besok jgn lupa ajak aku warning asimin pasal deig. deal!!!

      Delete
    5. Anon 2:03..tugas memujuk Najib berundur adalah tugas pecacai Najib.

      Delete
    6. Anon 2:03 tu pecacai lah..

      Delete
  3. La melalut lak........baris atas tukar DIEG kpd DEIG....Sorry

    ReplyDelete
  4. panggil tdm untuk disiasat, tapi ahjibgor belum lagi dipanggil untuk beri keterangan hal wang dermanya. lama dah kata nak panggil sampai kena tukar orang sprm yang nak panggil dan ag kena pecat. belum lagi dipanggil. patut la tdm nak pi buat demo ...

    ReplyDelete
  5. Bila anak kapal dungu seperti Khalid Abu Bakar mengikut nakhoda wayar putus seperti Najib ini maka akan tunggang langganglah negara ini, undang-undang dinodai oleh pimpin dan Ketua Polis Negara sendiri.

    Bak kata Najib:

    "Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan."

    Teruskan jadi wayar putus wahai Najib, dan kepada barua belaan Najib, teruskan membaruakan diri seperti Khalid Abu Bakar ni, teruskan berperangai bangsat selagi masih berkuasa, kelak korang dah hilang kuasa akan dipandang seperti sampah sarap sahajalah.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
  6. Dalam isu RM 2 juta dalam akaun Rosmah itu, pasal apa tak ada tindakan dari pihak polis pun? Khalid Abu Bakar ni jenis barua belaan, menjilat hingga ke lubang jubur, segala cirit dihirup dengan penuh bangsat, kerana mentaliti CASH IS KING dah menguasai dirinya.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
  7. KD....Jgn confiden sangat BN tak dapat Sgor balik
    Teliti baikx akan politik di Sgor
    Tidak mustahil PKR akan hilang kerusi
    Dap Status quo
    PAS dah split dua,dan jika original PAS jadi BN friendly.....tandax dah ada,tak payah join BN pun,PKR hancus,itu parti baru P........Ingatx ke mana perginya.
    Kalau hendak Najib turun pun dan sayangkan UMNO,takkan tak bolih komen sikit tentang DEIG ini.....tak ado tolorlah tu
    Suruh orang UMNO jatuhkankan Najib,orang UMNO buat deak aja,tak ambil pot pun
    Dari dulu lagi tengok asyik memekak minta Najib turun,tapi tak satu pun komen atau dari KD sendiri namakan pengganti........poorah

    ReplyDelete

6ANGKA