Monday, September 7, 2015

MACAI KENA SEBAT..PEDIH WIIEE...MACAI LEBIH TAHU DARI MALAIKAT..




Betul-betul buang masa saja Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias ni..

Sanggup dia menunggu hingga enam bulan untuk mendapatkan penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat dengan hutang tu..

Sepatutnya Tan Sri Dr Abdul Samad ni tanyalah macai berkenaan status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tentu tahu status itu sebab itulah mereka bermati-matian menyokong 1MDB Najib tu..

Kalau tak tahu tu maknanya macai-macai tu menyokong membabi buta lah.. main sokong saja apayang Najib buat tu tanpa usul periksa..

Samalah macam lembu yang dicucuk hidung, gembalanya tarik ke kanan, ke kanan lah ia, tarik ke kiri ke kirilah ia.. ikut saja..

Laporan berkaitan..

Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.

"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat. Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur hari ini.

Samad berkata beliau dilantik sebagai lembaga penasihat 1MDB akhir Januari lalu.

Tambahnya, walaupun sudah berulang kali meminta maklumat berkaitan kewangan namun 1MDB hanya membisu tanpa maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir Julai.

“Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan,” katanya pada satu sesi soal jawab dalam persidangan tersebut.

1MDB pada 21 Januari 2015 melantik Samad sebagai anggota lembaga penasihatnya.

Dalam satu kenyataan 1MDB berkata, lembaga itu yang dianggotai tokoh tempatan dan antarabangsa merupakan badan membimbing syarikat itu dalam mencapai matlamatnya.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat itu berbangga dengan penyertaan Samad, antara tokoh yang paling dihormati dalam komuniti kewangan Malaysia, dalam lembaga penasihatnya.

Samad mempengerusikan PIDM sejak 15 Ogos 2011 lapor The Malaysian Insider


Tapi.. kalau ahli Lembaga Pengarah sendiri yang minta sampai enam bulan pun tak dapat status kewangan tu.. macai-macai pulak.. jauh panggang dari babi lah..

Yang menghairankan ialah walaupun tak tahu menahu pasal status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tetap menyokongnya..

Ada otak tu gunalah sama.. jangan simpan!



copy and paste dari sini: http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2015/09/sepatutnya-tan-sri-bekas-penasihat-1mdb.html

# Jadi ke besok mesyuarat Majlis Tertinggi..

42 comments:

  1. Kalo ikut nasehat macai...'baca la utusan' baru la tak bodoh...alahaiiiiiii....kahkahkahkahkah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila UMNO dah berpuak pro-Najib dan pro-Muhyiddin, Utusan dah di anggap propaganda Najib. Jadi, tak berapa kesan lah kalo nak meyakinkan depa yang sokong Muhyiddin dengan menyuruh baca Utusan.

      Depa puak Najib kena beri penerangan cara lain. Beri fakta fakta dan hujah hujah berdasarkan fakta fakta tuh. Kalo tak, sampai bila bila le puak Najib tak dapat mendefend Najib dgn memuaskan.

      Memang, Najib boleh gunakan rotan, lucutkan jawatan, turkarkan pegawai sana sini, bikin orang kecut. Tapi ada yang berani, mcm Timbalan Pengarah Cawangan Khas tuh.

      Dan tindakan mcm tuh bikin rakyat lebih curiga, makin ramai yang bencikan Najib. Macai macai dia kena lebih bijak dari itu kalo nak defend Najib.

      Delete
    2. 530 najib tak nak yg bijak..dia nak yg setia buta tuli - ikon - mad maslan

      Delete
    3. Tak tau le sama ada si Samad tuh di anggap cai Ajib. Aku ingat Ajib letak dia situ nakkan rakyat tau dia berani letak orang yang boleh di cayai, jadi tak payah risaukan lagi pasal 1MDB.

      Kalo betul gitu, rancangan Ajib dah bersepai.

      Betul tak beul pun, imej Ajib semangkin menahi. Bila nak undur, Ajib?

      Delete
  2. Nak buat macam mana.....hati dah gelap, jauh dari rahmat Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang syoknya puak macai2 1MDB ni, mereka bermati2an cuba nak menerangkan benda yang mereka sendiri pun tak tahu... dah tu, siap cop kita ni nak menjatuhkan kerajaan pulak...

      Delete
  3. Akibat duduk dalam kapal layar dikembang, sauh dilabuhkan. Semua mabuk.

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah perli baik punya...betul kd kita kena tanya macai2 Jibon sebab depa ni lagi pandai dan lebih mengetahui mengenai 1mdb...

    ReplyDelete
  5. Terkelu lidah para macai pendekar kapten tongkang pecah. Mati akal x tau nk bg helah apa dh. Kahkahkahkah......

    ReplyDelete
  6. Chai2 najib ni kuat mentekedarah, tak de maruah, dibayar sampai sanggup jilat bontot lakibini tu...

    Sanggup buat apa aja berlainan pula dengan tan sri abdul samad ni yang sanggup melawan arus...bukan jenis angguk2...ada prinsip, ada maruah sayangkan alif ba ta.

    Itu majoriti rakyat marhaen mahukan!

    Kepada chai2 semua....bertaubatlah!

    ReplyDelete
  7. Hidup macai kapten tongkang pecah xde prinsip. Sanggup jilat sampai licin asal kerana wang ringgit. Serupa mcm kerja pelacur. Yg penting wang ringgit. Bukan kira sape betul sape salah yg penting org yg bagi duit ialah org yg perlu dijilat.

    Kesian hidup xde prinsip makan rezeki cara kotor. Jgn makan duit haram nanti hidup x berkat ade je masalah hidup selalu dpt penyakit, rumah kena rompak, kereta rosak, anak bini sakit, kena tipu, barang hilang dan mcm2 lagi hukuman. Ingat tu, duit berjuta pon kalo x berkat x cukup utk hidup senang.

    ReplyDelete
  8. Peguam negara - kena pecat
    Gabenor bank negara - kena silent
    Bos SB - kena tukar
    SPRM - pengawai penyiasat kena kacau
    The Edge - kena gantung
    Nothing2hide - tel*q hilang x berani dtg
    IACC - tel*q xde takot dgn pejuang anti rasuah

    Macam2 petunjuk dh terang2an terpampang dpn mata jelas lagi bersuluh tp macai masih ckp TUNGGU SIASATAN. Duit dh kena sebat bilion2, ekonomi dh jatuh, ringit merudum tp perangai nk menjilat lebih-lebih ni yg aku kesian. Degil sgt x mau terima kebenaran.

    ReplyDelete
  9. Aku tak faham ngapa 1MDB keluarkan kenyataan media tadi mengatakan depa tak terima pun permintaan Abdul Samad tuh -

    "1MDB would most definitely have been able to share these with Tan Sri Samad had such a request been made, or indeed repeatedly made, as claimed by Tan Sri Samad." kata nya. Apa pulak ngata, "Tan Sri Samad has the contact details of various 1MDB Board members, including the mobile phone number of Mr. Arul Kanda," masakan Samad minta "briefing". However, "1MDB did not receive any “repeated requests” for information as claimed by Tan Sri Samad."

    Pelik punya pelik. Samad chartered accountant. Tentu dia tahu apa dia nak. Kot depa yak berani nak brief dia, nanti kena so'al tak habis habis.

    Dah tu kata "our President & Group Executive Director, Arul Kanda, personally met Tan Sri Samad in January and March 2015 to discuss the company’s affairs." Amongst other information, Arul Kanda shared with Tan Sri Samad details of the 1MDB strategic review and rationalisation plan." Nampak nya itu aje yang pengurusan 1MDB sanggup beri - "strategic review and rationalisation plan" yang Arul cakap di sana sini. Masakan Samad nak tahu "the nitty gritty" yang menyebabkan 1MDB teryutang RM42 bilion, satu masa dulu tak cukup duit nak bayar "scheduled loan repayments" hingga Ananda Krishnan di katakan pinjamkan duit.

    Mengarut. Memang mengarut ini semua di 1MDB .

    ReplyDelete
  10. Bekas Pengerusi PAC Nur Jazlan, yang juga seorang accountant, 2-3 hari lalu di sebut dek theStar ke Mkini ke mengatakan "standard of auditing" ekaun 1MDB "on the lower end" apa yang biasa di lakukan. Dan firma odit 1MDB di tukar 2 kali dalam 5 tahun.

    Agak nya ini yang Samad nak korek dari pengurusan 1MDB. Tentu lah tak dapat jawab. Sebab dah gitu lama isu tu timbul, perkara perkara camtu tak di jawab jawab. Takda siapa yang berani jawab. Pulak nya PAC dah di saspend dek Najib. Ape nih? Tentulah rakyat curiga. Sampai buat demo jalanan.

    Aku harap macai Najib yang selalu keluar di sini boleh jawab. Kalo tak boleh jawab pun, beri lah sikit penerangan. Dan jangan asyk kata dah jawab, dah jawab. Atau suruh kita baca Utusan, baca Utusan. Kasi link le. Atau sebut tarikh nye. Sebab Utusan keluor berita hari hari.

    Takkan korang nak orang percaya apa korang ckap dengan menyuruh pembaca pergi cari bukti plak. Bodoh le kalo gitu. Itu cara DAP Red Bean. Mana nak defen Najib kalo asyik kata gitu saja.

    ReplyDelete
  11. Mana cai najib senyap ja...wakakakaka

    ReplyDelete
  12. Najib jika pecat muhyidin hanya akan melemahkan lagi sokongan rakyat terhadap umno dan bn.

    Pada masa ini reputasi najib adalah amat buruk sekali...samada najib ingin percaya beliau tidak bersalah hakikatnya dimata majoriti rakyat reputasi beliau sudah pun tercalar.

    Jika najib tidak percaya kenyataan ini, beliau boleh sahaja adakan tinjauan umum di terajui oleh badan bebas, boleh ambil dari universiti tempatan atau luar negara jepun korea dsb nya.

    Jika Najib masih lagi tidak percaya dan yakin sokongan rakyat masih berpihak kepada beliau, lakukan 'snap election' seperti mana lee hsien loong singapura lakukan.

    Lebih lama najib berada diatas, enggan berundur, yang terkena kesannya adalah umno, golongan pengampu beliau boleh lah bersara awal, kerana sayang rakyat terhadap umno bertukar menjadi marah dan benci.

    Jika Najib sayangkan dan ingin selamatkan umno, lakukan yang terbaik untuk ayahanda tun razak, lakukan untuk diri sendiri, lakukan untuk alif ba ta...

    Dato seri Najib perlu berundur, sila letak jawatan!

    ReplyDelete
  13. Fuhhh, hebat KD.. orang lain smue tak tau ape2. KD dgn geng2 ahlul syurga dia je yng tau segala galanye..

    Yng aku peliknya, klau lembaga pengarah tk tahu menahu ape2, mcm mane KD dgn geng2 taik dia blh tau, smpai da blh jatuh hukum..

    Mungkin mereka mendapat wahyu dari wali mereka..Wallahualam...

    Ape pon, tahniah KD.. Syabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaaa spinnnn jugakkkk.. spin jer la cai..ape yg nak dipelikkan, bini PM pun bole chair meeting..aper ker jadahnya...
      ..Wak Lu La caii..

      Delete
    2. Bukan saja bole chair meeting...tapi menyusahkan angota2 polis nak iring dia setiap2 masa dok berjoli sakan2 terok btoi la bini sapa la agakny...apa nak pelik ny...tanya soalan tak pelik...yang pelik nya bila tanya soalan duit dapat mana 2.6bilion tiba2 dia jawab mahathir jeles tak dapat duit mcm najib haaa ni baru pelik ya dak macai jibon?

      Delete
    3. Bro 9.45 am,
      part last TUN jeles tak dapat duit buat aku gelak sakan,mereka ni sekor sekor sengal...hehehe

      Delete
  14. Ada macai jibon kata...selagi jibon tak didakwa dan dibuktikan bersalah dimahkamah jibon tak bersalah! Dan semua tuduhan terhadap jibon adalah fitnah. Geleng kepala aku baca...macam mana nak tau jibon tak bersalah bila laporan polis yang dibuat terhadap jibon polis buat x tau ja? Adakah polis sudah menjadi barua jibon? Macam mana nak tau jibon bersalah bila tak ada angin tak ada ribut tiba2 Ex Ag dipecat? Dah la dipecat Ag tu lepas tu ditangkap pulak pegawai2 sprm? Habis siasatan semua tergangu jibon pun terselamat...dulu macai jibon kata tunggu audit! Tunggu siasatan! Aku kata kepala bapak kau macai jibon macam mana nak tunggu siasatan dan audit bila jibon sendiri lahanat p bubarkan task force lepas tu rasuah ahli2 pac dan skrg pac tergantung seperti biasa jibon terselamat lagi sekali...macai jibon fikir semua ni? Mana pikir pun...sebab macai2 jibon bodoh dan dungu...jibon sendiri kata...dia lebih pentingkan orang yang setia dari orang yang cerdik pandai....hasil nya kita boleh lihat macai2 jibon berhujah macam dungu dan bangang bangsat haram jadah2 dan sekor2(ayat jibon)

    ReplyDelete
  15. Bro KD, sejarah najib bapok ni, dia pernah bertanding ker?!.. kalo tak silap aku adelah dia tumpang sekaki team wawasan pemilihan 93..kalo tak silap aku laa..

    ReplyDelete
  16. Adik Najib, Nazir boss CIMB kata TS Samad ada lah " Respected, honest, professional appointed by the Govt and welcomed by the Chairman with fanfare. But denied access to information by management. .. what message does it send to other GLC’s/agencies?”

    Tak kisah lah motif Nazir cakap bgitu - dia memang tak suka yang di PMO keluorkan kenyataan mengata konon nya anak tiri Najib menjadi alih alih kaya raya sebab "legacy of wealth". Nazir dan adik beradik lain nya keluorkan kenyataan bertulis - dan bertanda tangan, beb - menafikan bapak nya Tun A Razak ada tinggallan "legacy of wealth", marahkan bayangan Tun Razak korap, kumpul harta dsb nya yang PMO tuh buat.

    Tapi aku rasa Nazir ambik berat keluarkan pendapat berkenaan Samad itu juga sebab dia tak tahan tengok abang dan ipar nya menjahnamkan negara. Ekonomi menjunam sekarang, mata wang Ringgi paling rendah sejak 17 tahun, Dengan kata kata Nazir tuh, imej Najib merudum lagi.

    Pahal pun, kalo MKT UMNO singkir Muhyiddin, Shafie & Mukhriz hari ini, bukan saja merudum lagi, akan porak peranda lah UMNO, selamat tinggal lah harapan menang PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKT mesyuarat hari nih, TDM pulang dari Timur Tengah hari ni jugk. Ada kaitan ke?

      Delete
    2. Tun M sudah berada di Malaysia dua hari lepas..

      Delete
    3. 541 ko tak beri bukti atau penerangan - betul ke apa ko cakap?

      Ke ko nih cai Najib nak sabotaj / kelirukan orang supaya tak ramai pergi sambut TDM?

      Mcm mcm tipu helah zaman Ajib Gor nih.

      Delete
    4. Kepala bapal si pencacai Najib tak ajor dia, jadi kurag ajor, menupu mengata TDM berada di Malaysia 2 hari lepas, masakan media bahru saja laporkan:

      Dr Mahathir Returns, Greeted By Supporters, Tells The Police To Arrest Him
      malaysiandigest.com - ‎12 minutes ago‎

      Delete
    5. SINAR HARIAN: PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.

      Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

      "Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.

      "Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.

      Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini (8/9/15)

      Delete
    6. JAGA JAGA SEMUA PEMBACA, ADA SEKOR NATE' RED BEAN DI SINI, ANARKAIS, NAK PORAK PERANDAKAN KEADAAN, SENGAJA TIPU MENGATAKAN LAPORAN YANG DI SALINKAN NYA KE SINI DI AAS ITU BERTARIKH 8/9/15.

      TARIKH (8/9/15) ITU TIDAK TERCATIT DI HUJUNG AYAT ITU. DI LETAK NYA SENDIRI TARIKH ITU MUNGKIN KERANA KEPALA NYA KENA KETOK BILA MENGATA TUN DR MAHATHIR DAH ADA DI MALAYSIA 2 HARI LALU.

      PADA HAL LAPURAN SINAR HARIAN ITU SABENAR NYA BERTARKH 9/9/15, SAPERTI SAYA SALIN TAJUK BERITA DI GOOGLE PAGE, DI BAWAH INI:

      Laporan interim MH370 pelik, sukar diterima - Sinar Harian
      www.sinarharian.com.my/.../laporan-inter...
      Translate this pageSinar Harian

      Mar 9, 2015 - PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut. Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik ...

      NYATA TDM SAMPAI DI SUBANG HARI INI 9/9/15.

      SESIAPA NAMPAK JEMBALANG PUAKA RED BEAN INI MASUK LAGI DENGAN MEMBOHONG TARIKH, TEMPAT, ATAU APA APA FAKTA, TOLONG JERITKAN DENGAN HURUF BESAR SAPERTI SAYA BUAT. SUPAYA PEMBACA LAIN TIDAK TERTIPU.

      AKU RASA INI RED BEAN NAJIB AL KUDDUS. NATE' YANG DAH TAK KELUAR DENGAN KOMEN KOMEN MENGARUT LAGI TAPI MENIPU DENGAN TERUS MENERUS SAPERTI DI ATAS NIH. BEDEBAH.

      Delete
  17. Mesyuarat MKT mesti jadi, dah jadi, tarak sacking, Najib & Co tentu dapat message yang di sampaikan dek penykong depa bertiga yg berkenaan -

    Supporters of UMNO deputy president, Tan Sri Muhyiddin Yassin, UMNO vice-president Datuk Seri Shafie Apdal and Kedah chief minister, Datuk Seri Mukhriz Mahathir is said to have arrived in Kuala Lumpur since Tuesday to express support for their leaders during the ongoing UMNO Supreme Council meeting.

    Astro AWANI’s visit to the place found that most of the supporters have been staying at budget hotels around the vicinity of PWTC solely to be with other supporters before assembling at Menara Dato Onn.

    about 200 supporters of Muhyiddin, Shafie and Mukhriz gathered in front of Menara Dato Onn to express their support for their leaders before the meeting commenced.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kata Muhyiddin dan Shafie dah janji nak perkuatkan parti utk PRU14.

      Aku masih rasa UMNO akan kalah kalau Najib terus sebagai Presiden ke PRU14.

      Delete
    2. Ramai orang dah jangka takda pecat......tapi sebut juga pasal pecat.......taknak Najib dan MKT pesong ke situ ....Di Perak pun ada pemimpin UMNO Wanita Hamidah Osman yang sanggup kena pecat..... sebab cakap nakkan Najib berundur

      Delete
    3. khairy pemuda umno pun dah kata takda pecat.....makna kalo ada pemuda tentu bising

      Delete
  18. Tun Madey kata bila balik dari luar negeri dia tau ada rasuah di UMNO. Najib tanya rasuah apa.

    Aku tunggu perkembangan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kata Bersih hipokrit tak dedahkan punca wang depa tapi suruh Najib dedahkan RM2.6 bilion. Najib kata wang itu bukan untuk faedah diri sendiri nya.

      Delete
  19. Dah lak babi. Buta lak tuh. Suruh jadi orang nak jadi lembu. MasyaAllah.

    ReplyDelete
  20. Tun kata nak tangkap dia, tangkap lah........dia cakap mcm dia kekadang nyindir...... dia dah kata dia nakkan Najib aje yang di gantikan........bukn nkkan ganti UMNO/BN........aku rasa dia ada lagi cara nak dapatkan tujuan dia tuh.........

    ReplyDelete
  21. Macai Bongok Najib Bapok..
    Mana dia penerajang bugis yg digahkan tuuu..sudahnya panglima bugis keluar masuk ikut pintu belakang..alaahaaiiii!!..

    ReplyDelete
  22. keluar masuk ikut pintu belakang.. tuh dah mcm Anwarul Al Juburi ke?

    Kot dia nak pigi cari TS Samad nak kasi kerja..............atau dia nak mintak keroja..........Samad letak jawatan, si macai nih tak reti pertahankan Najib, kena buang dek Rosmah kot.....

    ReplyDelete
  23. ASSSALAMUALAIKUUUUUM KD

    Alamak dah 2 hari KD hilang ni? biasanya berdesup2 isu??

    KD dengar2 citer nak tapis komen ya..ha ha ha jgn buat lawak penyu..

    P/s KD camna TMY dan bertaubat bersatu kuatkan UMNO..Hang bila lagi..Bersatu KD..bersatulah dan jgn nak bergaduh..Ikut dan kembali ke pangklal jalan macam TMY..

    KD......... Din penyu ni tak abis2 citer 1mdb ..tak muak ke dia ni? takda isu lain ke? Aku takut gila dia ni..kau nasihatkan la ....din penyu banyak isu lagi..aku cadangkan buat isu rosmah plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh tahan jugak otak lembu anon sekor atas ni.
      belaan jibby mmg mcm ni. Merapu meraban kini dan selamanya. Patutlah umno jahanam.

      Delete
    2. 10:01 cai bongok najib bapok ni FANTASI dia tinggi.. terlebih stim batuuu..

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...