Thursday, September 3, 2015

Mahathir Datang dan Pergi, tetapi rakyat tidak, rakyat akan tunggu kesudahan cerita Najib...

Di goreng, di spin Bersih 4.0 gagal dan tidak berkesan kepada kepimpinan Najib.

Bersih 4.0 sudah berlalu 4 hari tetapi masih diperheboh dan diperkatakan termasuk laporan polis.

Apakah itu petanda ia menjadi kudis buat UMNO !!!

Begitu juga Najib yang tidak pernah termimpi Tun akan kritiknya sebegitu hebat (?)
Adakah Najib tahu kenapa kritikan Tun lebih hebat berbanding era paklah, tentu ada sebabnya, carilah sebabnya....

Rakyat pun tahu kenapa Najib tidak berundur dan apa yang dibimbanginya. Rakyat juga tahu Najib tidak ada pilihan selain kekal PM sehingga akhir hayat, bahkan mungkin tidak akan bercuti ke luar negara lagi selepas ini..

Rakyat juga tidak menduga sama sekali anak seorang PM yang begitu besar berjasa boleh sebat duit sewenangnya dan menjadikan upside down law..

Dan jika ada lagi pendedahan selepas ini, rakyat sudah tidak terperanjat lagi once rakyat kini sudah tahu siapa Najib sebenarnya..

Mahathir datang dan pergi, tetapi rakyat tidak, rakyat akan tunggu kesudahan cerita Najib.