Showing posts with label Chua Soi Lek UMNO. Show all posts
Showing posts with label Chua Soi Lek UMNO. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Ada yang tumpang DAP....Siapa yang tidor dengan PAS..


Hari hari kita dihidangkan dengan cerita melayu dan Islam Malaysia dalam keadaan serba lemah, goyang, porak peranda dan huru hara. Malah hari hari mendatang juga melayu dan Islam sering diperingatkan dan berjaga jaga bahawa satu tsunami, satu malapetaka, satu bencana sedang menunggu mereka.

Tetapi ada juga sebahagian Melayu dan bumi lain disaji, disogok dan dijanjikan bahawa melayu dan bumi akan lebih baik jika pemimpin Melayu dan bumi yang sekarang banyak rasuah, banyak naik harga, banyak kroni, banyak menindas ini ditumbangkan. Pemimpin Melayu dan bumi ini minta diberi peluang untuk berkuasa kerana mengaku merekalah yang lebih baik, lebih bersih, lebih suci, lebih Islamik dan lebih adil, semuanya lebih... suatu tawaran istimewa yang boleh dipertimbangkan tetapi dengan syarat hidung mereka tidak dicucuk tali !!!

Berbeza pula dengan kaum kaum bukan bumi bahawa mereka diperingatkan dan terus diberi harapan bahawa hari ini dan hari hari mendatang kehidupan mereka akan lebih baik, lebih senang, lebih mudah malah lebih kaya dan bebas untuk terus tinggal di bumi Malaysia ini.

Ini menggambarkan bahawa dalam masa yang sama, hari ini dan hari mendatang di Malaysia akan ada dua keadaan dalam satu masa yang sama di mana kehidupan kaum bumi dan bukan bumi akan ada perbezaan.

Apakah sebelum ini, kaum bumi berada dalam keadaan yang lebih baik dari kaum bukan bumi? Apakah selama ini berlaku penindasan ke atas kaum bukan bumi? Apakah sebelum ini kaum bukan bumi hidup miskin dan merempat dan keadilan serta hak politik, ekonomi dan sosial mereka dinafikan oleh pemerintah?

Apa lagi yang sebenarnya mereka (bukan bumi) mahukan? Tidak lain dan tidak bukan melainkan hak keistimewaan orang Melayu Islam dan bumi dilucut, dilupus dan dimusnahkan dan sekaligus Perlembagaan dipinda.
Rakyat bukan bumi telah dipersepsikan oleh pemimpin 2 mereka bahawa Perlembagaan telah menindas dan mendiskriminasi hak mereka.. inilah senerio politik semasa yang membangkitkan undian mengikut kaum dan kerajaan sekarang dibenci.

Apakah perkara ini boleh diterima oleh kaum bumi? Apakah benar selama ini orang Melayu Islam dan bumi sekarang bergantung sepenuhnya kepada hak keistimewaan ini atau sebenarnya hak keistimewaan ini telah direbut oleh golongan bangsawan yang sepatutnya di agihkan kepada yang miskin dan berhak? Apakah orang Melayu Islam dan bumi akan terjejas jika pindaan perlembagaan dibuat pindaan?

Tidak ada pelik atau salahnya jika DAP, MCA, MIC dan Gerakan memperjuangan nasib dan hak kaumnya masing2 seperti juga UMNO yang 'memperjuangkan'(?) hak kaum bumi. Tetapi bagaimana PKR dan PAS?

Orang Melayu dan bumi perlu ingat bahawa perjuangan PAS dan PKR yang bukan berdasarkan 'kaum' merupakan satu keadaan yang cukup bahaya terutama dengan peralihan pucuk pimpinan sekarang yang malu mengaku sebagai 'Melayu' dan sudah nampak longgar dalam Islam dengan menolak golongan ulama.

Bagi orang Melayu Islam dan bumi yang menyokong kemungkinan Perlembagaan dipinda maka PAS adalah pilihan yang tepat kerana mereka mempunyai potensi untuk membuat pindaan perrlembagaan dan tidak mempertahankan Islam di dalam perlembagaan tersebut.http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/06/siapa-menang-siapa-kalah.html#more

PAS adalah satu satunya parti secara kebetulan mempunyai ramai ahli Melayu Islam tetapi perjuangan mereka tidak berdasarkan 'kaum dan ugama' secara total tetapi lebih kepada perjua ngan yang berasaskan 'kebajikan'. Situasi inilah membuatkan DAP cukup tertarik untuk terus bekerjasama dengan PAS demi cita cita mereka untuk untuk merealitikan perjuangan mereka termasuk pindaan Perlembagaan. Apakah DAP, MCA, MIC dan Gerakan mahu menafikan matlamat ini ???

Sedarkah UMNO siapa 'kawan' mereka yang tidor sebantal tetapi mimpi masing2...

** Penulis berpendapat perjuangan berasaskan kaum juga sesuatu yang sangat merbahaya tetapi Perlembagaan telah menetapkan garis panduan yang jelas tentang hak dan persamaan kaum dan ugama lain. Keadilan sosial akan menjamin kehidupan yang lebih harmoni. Perlaksanaan perlu dipantau supaya hak keistimewaan orang Melayu tidak dirompak oleh golongan bangsawan. Rasuah dan kroni akan tetap berlaku walau siapapun yang berkuasa tetapi iltizam dan undang2 boleh meminimakannya.

Wednesday, March 31, 2010

Chua dan Anwar serupa tapi tak sama..



UMNO tak terima Anwar tapi terima Chua Soi Lek.
Silap Anwar dia tak mengaku masuk ikut pintu belakang.
Kejantanan
Chua, dia mengaku masuk pintu depan.