Wednesday, January 7, 2009

Melayu lebih malang dari Palestine..

Kerajaan sekarang khususnya UMNO yang mmajoriti menang dalam PRU12 yang lalu disaran supaya lebihkan perhatian, lebihkan manja, lebihkan belaian, lebihkan peruntukkan, lebihkan segala dan semuanya kepada orang India dan china di Malaysia. Itulah yang disarankan oleh Su Kun ketika berkempen di Kuala Terengganu. Samy Vellu juga wajar datang berkempen dalam cara yang sama walaupun pengundi India ada sorang dua.

Najib telah memberi peruntukkan besar kepada masyarakat cina di Kuala Terengganu untuk merealitikan impian dan mempengaruhi undi.

Walaupun pilihanraya di kawasan majoriti Melayu, nampaknya yang mendapat dan lebih keutamaan ialah pengundi bukan melayu dan bukan Islam.

Begitulah malangnya Melayu, lebih malang dari rakyat Palestine.

..................................................................

Dekati pengundi muda kaun Cina, kata Koh
07/01/2009 11:55am


KUALA TERENGGANU 7 Jan. — Barisan Nasional (BN) perlu memberikan perhatian yang lebih kepada pengundi muda kaum Cina bagi memastikan golongan itu menyokong calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.


Berdasarkan maklum balas yang diterima, golongan berkenaan berkecenderungan menyokong pembangkang berbanding pengundi matang berusia 35 tahun ke atas, yang mampu menilai jasa dan sumbangan kerajaan BN terhadap kehidupan mereka.


Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan pemimpin pertubuhan Tionghua dan Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu di sini malam tadi, beliau berkata rasa penghargaan golongan matang bagaimanapun mungkin tidak dikongsi oleh golongan muda di kawasan parlimen berkenaan.


Ditanya punca kepada kecenderungan golongan muda memilih pembangkang itu, Koh berkata ia merupakan satu fenomena biasa.


“Secara amnya ia memang begitu, tetapi apabila mereka jadi lebih matang, mereka akan sertai BN,” katanya. - Bernama

3 comments:

  1. Kluangman,

    Dalam keadaan terdesak, macam-macam terjadi.

    Bagaimana dan siapa tertekan, yang menekan dapat.

    ReplyDelete
  2. Walaupun permintaan minoriti dilayan dan ditatang akhirnya majoriti teleh membuat keputusan - UMNO bungkus - bagi yang masih 'sayangkan' UMNO kekalahan itu adalah satu kepuasan untuk 'mengajar' pemimpin UMNO sekarang yang lupa daratan dan lupa perjuangan UMNO itu sendiri.

    Orang melayu dan Tanah Melayu dijual maruahnya begitu teruk sekali oleh pemimpin Melayu. Bagi rakyat Malaysia lain lain keturunan, anda sebenarnya rakyat malaysia yang tidak boleh dipertikaikan lagi, anda berhak menuntut sesuatu yang patut dituntut cuma pemimpin Melayu sekarang tidak bijak mengendalikannya sehingga Melayu rasa terpinggir dan keturunan lain rasa di anaktirikan.

    Yang kenyang hanyalah pemimpin Melayu, china dan India.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...