Wednesday, September 30, 2015

Mahathir Offer Trouble..

Orang lain yang tercampak ke dalam air..
Orang lain yang dah nak lemas..
Orang lain yang tercari ranting memaut..
Kenapa Tun Dr Mahathir menawar diri pula...



MAHATHIR...NEXT


Zahid So Special... (?)


Begitu juga Menteri ini...
(Masih dalam bentuk saolan)


Sebelum ini ada Menteri tunjuk bodoh sombong kemudian disahkan kurang cerdik...


Dah settle... kamceng dengan boss !!


Apa intention hang sebenaqnya, takkan suka-suka cakap (?)

Anyway..tahniah...dah terjumpa buku dengan ruas lately..



WITHOUT PREJUDICE !


Sunday, September 27, 2015

APA BENAR TUN DR MAHATHIR DI ANUGERAH STAR OF SOEKARNO... (?)

Dik annie,saya sebak melihat video ini,Thank you for uploading.InsyaAllah hujung minggu ini 27 Sept,Tun Mahathir akan Terima bintang 'Star of Soekarno' di Jakarta dan saya akan berada di hotel Borobudur Jakarta jam 7 mlm utk saksikan dan mencium tangan Tun.

Saturday, September 26, 2015

KETIKA BARAH PERINGKAT 4.5, MAMPU KE NAK HALAU DUTA CINA BALIK KAMPONG... (?)

Bila perpaduan tergugat selepas dibina kukuh, tergugat kerana kebodohan sendiri untuk dilihat lebih terbuka  dan demokrasi tulin di era Paklah dan Najib mencabut ISA untuk dilihat liberal dan transformasi kini makan diri.

Kini terjerit jerit lah pula puak proUMNO untuk sekolah satu aliran.
Sekolah satu aliran tahap  merayu untuk dilaksanakan.

Kalau tak ada keberanian dan ketika integriti tinggal myawa nyawa ikan tak perlu lah pukul kompang sekadar dalam sindrom nak alih isu.

Perlaksanaan sekolah satu aliran akan digemburkan DAP sebagai racist dan MCA terpaksa bersekongkol bersetuju dan apa yang UMNO boleh buat dalam tahap "mesti kalah" PRU....

Akhir kalam...nak tanya dah jawab ke belum saolan Mahathir di posting terbarunya. Elok kita pakat-pakat bersatu singkirkan punca segala masalah sekarang.

Umpama bisul, selagi tak dibuang ibu atau punatnya, ubat apa pun tak mujarab, masih bengkak..berdenyut denyut...

Itu hanya perumpamaan untuk mudah faham. Hakikatnya negara sudah kena barah... peringkat 4.5, ada potensi merudum 5.0

Friday, September 25, 2015

HANYA ORANG KURANG WARAS MENUDUH ZAHID RASIS... Bagaimana pula dengan Jamal dan Khairuddin...

Jika ada pihak yang menuduh Zahid bersiakap rasis memang buta sejarah. Menuduh Najib atau Muhyiddin rasis juga tidak patut.





Sejarah menunjukkan majoriti pemimpin UMNO tidak rasis atau anti cina malah mereka sangat memerlukan, mensejahterakan, menyelamatkan dan dalam beberapa kes mendahulukan orang cina.




Yang sukar dicari ialah pemimpin UMNO yang mengutamakan Melayu.

Janganlah ada pemimpin Melayu atau UMNO merasa bangga jika dituduh rasis. Tuduhan itu tidak megesahkan apa-apa pun sebagai "sangat Melayu" sedangkan hakikatnya mereka tidak.

Adakah orang seperti Jamal sekinchan yang disokong oleh pemimpin UMNO  boleh diiktiraf sebagai mewakili semangat Melayu yang tiada tolok bandingnya (?)

Adakah orang seperti Khairuddin itu tidak cintakan Melayu dan negaranya (?)

BLOG NI NAK KATUP DAH...


TERKINI:
Melantik Zahid sebagai TPM adalah umpama keadaan seperti Mahathir melantik Ghaffar Baba untuk meredakan keadaan pada masa itu. Zahid bukanlah penyelamat sebenar Najib, malah lebih merbahaya dari Muhyiddin dalam strategi politik.

Salleh Said Keruak adalah calon yang paling sesuai, ia kini seumpama seluar dalam Najib, lebih tahu lebih kenal Najib dari Rosmah.

POSTING ASAL:

Dah sampai masanya untuk blog ini ditutup sementara kerana apa yang nak diluahkan telah diluahkan dengan baik oleh Tun Dr Mahathir dalam posting terbarunya.

A to Z, lengkap sempurna tentang Najib.
Tidak ada apa yang baru, tetapi itulah pertanyaan dan persaolan yang sudah lama berlegar.
Najib bukan sahaja gagal menjawab tetapi berdolak dalik dan berbohong.

Blog ini hanya menunggu masa dan detik Najib gugur. Mustahil Najib boleh terlepas..

Jika Najib sendiri gagal menjawab, manamungkin ada orang lain yang lebih tahu darinya.
Janganlah pula ada tukang jawab yang cuba menjawab, itu sekadar menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Mohon maaf di atas sebarang kekasaran dan keterlanjuran kata tetapi kebenaran tetap diperjuangkan juga.

Wassalam

Thursday, September 24, 2015

JOM BERPANTUN: Dari kapal bugis, Pindah kapal jawa...

Apabila Presiden MCA dalam bahasa germannya "memberi amaran" atau ingatan kepada Najib supaya menghentikan segala bentuk demonstrasi jalanan, terutama ala baju merah - ianya merupakan satu tindakan biadap.

Kenapa amaran yang sama MCA tidak keluarkan pada Bersih 4.0 sedangkan majoriti pada perhimpunan tersebut juga bersifat kecinaan.

Kenapa MCA sepi apabila gambar PM Najib dipijak pijak oleh kaumnya sendiri (?)

Kenapa MCA tidak mengecam ahlinya yang hadir di Bersih 4.0 (?) Malah bersikap mempertahankan tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang berani memutuskan hubungan degan PM.

Kenapa MCA rujukan peringatan tersebut kepada PM seolah NaJib terlibat secara langsung menganjur perhimpunan Red Shirt sedangkan hakikatnya dianjurkan oleh NGO.

Tindakan melulu Presiden MCA sangat dikesalkan kerana ia memalukan PM tetapi hingga ke takat ini belum ada pemimpin atau KBU yang bangun mencela MCA dan mempertahankan Najib selaku PM.

Kj selaku Ketua Pemuda UMNO dan BN seharusnya vokal dalam isu seperti ini.

Najib seharusnya tidak ditinggalkan sendirian karam dengan kapal bugisnya walaupun semakin ramai telah berpindah ke kapal jawa.

FBI PUN KECUT DENGAN BUGIS...

Najib membuktikan dirinya bersih...
Tiada tangkapan...

Mereka yang omongan kosong..siasatan FBI dan Juri Agong ......media luar dan pemimpin tempatan tentunya terkedu dengan kemunculan Najib...

Sekadar siasatan (jika ada) dari pihak Amerika ...walaupun dicap memalukan...sudah tentu Najib terbiasa dengan tomahan tersebut.

Najib betul-betul menunjukkan semangat pahlawan bugisnya...

Layar sudah berkembang, sauh sudah berlabuh - Najib tidak berganjak walau diserang musuh.






Wednesday, September 23, 2015

PELUANG TERBAIK YANG DILEPASKAN NAJIB

Aidil Adha yang menjelang mengharapkan pengorbanan dari PM tidak kunjung tiba.

Alangkah baiknya kalau Najib berundur sebagai satu pengorbananya kepada rakyat, parti dan negara.
Mungkin tidak ada keyakinan dan kekuatan diri dan lebih mungkin ramai kroni yang menghalangnya.

Alangkah indahnya jika ada ungkapan "Saya berundur untuk terus negara berada dalam keadaan stabil dan membolehkan pengganti saya menumpukan perhatian kepada isu utama, enonomi dan mata wang ringgit yang terus merosot...

Alangklah baiknya jika ada ungkapan " Saya berundur bukan bererti saya kalah atau bersalah dan sekali lagi saya menafikan semua tuduhan tersebut, masa akan membuktikan saya berada di pihak yang benar...

Alangkah asyiknya kalau ada ungkapan.. " Dengan pengunduran saya ini, saya mencabar semua pihak yang membuat tohmahan kepada saya untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus untuk membersihkan nama saya...

Alangkah hebatnya kalau ada ungkapan " Walaupun tanpa jawatan dan kuasa, saya sekeluarga akan terus tetap setia dan menyumbang bakti kepada parti dan negara...

LEPAS NI DAH SUSAH JAMAL NAK JADI PERDANA MENTERI..



TERKINI:


Tuesday, September 22, 2015

Sudut mana nak sokong Najib...habaq mai sat

Kalau pun undang-undang digunakan untuk membisukan rakyat.
Kalau pun rakyat dah berhenti bercakap sebab terlalu muak dan mual..
Tetapi bagaimana dengan negara jiran..
Apa reaksi negara sekutu..
Polis Dunia sudah berbunyi...

Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia kita tidak akan sokong mana-mana niat jahat terutama dari negara luar yang berteraskan Yahudi..

Oleh itu apabila rakyat sendiri yang bersuara, hendaklah mengambil peduli dan menjawabnya dengan telus..

Tetapi dalam masa yang sama kita juga memerlukan kerajaan dan Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih untuk membolehkan rakyat menyokong sepenuhnya dengan jiwa dan raga...


Rakyat mahukan PM sendiri membersihkan dirinya dan bukan dari jawapan tukang-tukang jawab yang lebih kuah dari mangkuk..

Monday, September 21, 2015

BENDERA DAERAH DINAIKAN MENGGANTIKAN JALUR GEMILANG




Seperti biasa, rakyat berharap Istana Johor dapat membuat kenyataan balas...

SEGERA BAWA KE MAHKAMAH... Apakah KPN senasib dengan Zahid....







Itu pendapat KPN dan siasatan sedang dibuat.
Sudah tentu pendapat itu ada keraguan dan pertikaiannya dari pelbagai pihak.

Diharap siasatan segera dirujuk ke Peguam Negara dan segera dirujuk ke mahkamah untuk membuktikan pandangan KPN tersebut ada integriti dan kebenaran.

Rakyat mahu keputusan dikeluarkan oleh mahkamah yang setakat ini masih ada sedikit kewibawaan...

Tahanan dan siasatan itu sendiri perlu dilihat secara positif, PDRM akan lebih banyak maklumat untuk menjadi asas tindakan undang2 kepada penjenayah sebenar.

Apakah KPN akan senasib Zahid...


PENDEKAR ke atau PENDEK AKAL...



I





# Kenapa Zeti guna perkataan "skandal" bagi menggambarkan 1MDB ....
Tidakkah itu satu tuduhan dan sabotaj kepada negara (?)
...Bukankah selama ini rakyat diberitahu 1MDB bersih dan suci...

Saturday, September 19, 2015

FUNGSI KETUA WANITA DAN KETUA PEMUDA...SAMPAI BILA NAK SIMPANBEKU...





Sumber: Blog Putra Merdeka.


# Adakah kakjat masih forbia untuk bangkit dari isu lembu dan kj masih terbelengu dengan 10-0 gol dibolosi.

DAH BULAN SEP, DAH BANYAK DILAKUKAN..RAKYAT MASIH DALAM MOOD BERTANYA..TAK CUKUP ATAU KEBUNTUAN PENJELASAN..

Betulkah pemimpin negara hanya ada dan mesti datang dari UMNO sahaja (?)
Di tempat lain, tidak ada Melayu yang layak...

Betulkah kalau UMNO kalah orang Melayu akan merempat... (?)

Jawab nak ikut emosi atau realiti (?)
Musuh utama orang Melayu - UMNO atau DAP...

Melayu akan bersatu kalau Najib kekal atau undur (?)

Jawapan "yes" atau "no" di alu alukan..


# Muhyiddin pun turut risau kemana perginya laporan siasatan yang dibuat oleh PDRM., PSRM, BNM ke atas 1MDB...

# Apapun janganlah mengharapkan anak Pak Yassin ini boleh menepuk meja di mesyuarat...





Friday, September 18, 2015

HALANGAN KE LUAR NEGARA... ISU POLITIK @ KESELAMATAN (?)






# Pintu belakang selalu menjadi pilihan...

Pecacai meroyan, kerap menjenguk..gian dengan komen aku..

Kepada para blonggers yang link kan kluangdiamond ke blog mereka, terima kasih tetapi harap sambut saranan pecacai sial yang mahukan kluangdiamond digugurkan dari link tersebut.

Dan pecacai sial bangsat, samada di link atau tidak, jangan datang lagi menyalak macam anjing kurap di blog.ini.

Do i make myself clear !!!

Thursday, September 17, 2015

MELAYU MENGHALALKAN RASUAH !!!!(?)

MenceritakancMenceritakan berulangkali kegagalan baju merah dengan kehadiran yang mengecewakan bukanlah menyeronokan kerana ia masih kepada kelemahan dan kekurangan Melayu secara amnya.

Kaum bukan Melayu sedang mentertawakan segala retorik dan gempaq Baju Merah, cubit paha kiri, kita yag tidak berbaju merah pun terasa juga atas nama "Melayu".

Nasihat percuma kita kepada mereka, tolonglah jangan ulang kerja bangang.

Perhimpunan baju merah pada kaum bukan Melayu, persepsi mereka.. Segelintir Melayu sedang mempertahankan pemimpin yang terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah...

Selarikah dengan Islam.

Wednesday, September 16, 2015

TAHNIAH BAJU MERAH...

Sudah berjaya...
Masalah Melayu selesai...
Maruah Melayu meningkat...
Masalah Negara selesai...
Kaum asing dah takut..
Ekonomi orang cina lumpuh..

Satu lagi perhimpunan perlu di adakan...
Tuntut Bank lupakan hutang 1MDB..
Namakan: Perhimpunan Bijak Pandai...


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas bolehku bayar,
Dapat derma dibawa mati...

Monday, September 14, 2015

Ingatkan Semula... Kot kot lupa tahap

Betul-betul buang masa saja Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias ni..

Sanggup dia menunggu hingga enam bulan untuk mendapatkan penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat dengan hutang tu..

Sepatutnya Tan Sri Dr Abdul Samad ni tanyalah macai berkenaan status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tentu tahu status itu sebab itulah mereka bermati-matian menyokong 1MDB Najib tu..

Kalau tak tahu tu maknanya macai-macai tu menyokong membabi buta lah.. main sokong saja apayang Najib buat tu tanpa usul periksa..

Samalah macam lembu yang dicucuk hidung, gembalanya tarik ke kanan, ke kanan lah ia, tarik ke kiri ke kirilah ia.. ikut saja..

Laporan berkaitan..

Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.

"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat. Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur hari ini.

Samad berkata beliau dilantik sebagai lembaga penasihat 1MDB akhir Januari lalu.

Tambahnya, walaupun sudah berulang kali meminta maklumat berkaitan kewangan namun 1MDB hanya membisu tanpa maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir Julai.

“Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan,” katanya pada satu sesi soal jawab dalam persidangan tersebut.

1MDB pada 21 Januari 2015 melantik Samad sebagai anggota lembaga penasihatnya.

Dalam satu kenyataan 1MDB berkata, lembaga itu yang dianggotai tokoh tempatan dan antarabangsa merupakan badan membimbing syarikat itu dalam mencapai matlamatnya.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat itu berbangga dengan penyertaan Samad, antara tokoh yang paling dihormati dalam komuniti kewangan Malaysia, dalam lembaga penasihatnya.

Samad mempengerusikan PIDM sejak 15 Ogos 2011 lapor The Malaysian Insider


Tapi.. kalau ahli Lembaga Pengarah sendiri yang minta sampai enam bulan pun tak dapat status kewangan tu.. macai-macai pulak.. jauh panggang dari babi lah..

Yang menghairankan ialah walaupun tak tahu menahu pasal status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tetap menyokongnya..

Ada otak tu gunalah sama.. jangan simpan!



copy and paste dari sini: http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2015/09/sepatutnya-tan-sri-bekas-penasihat-1mdb.html

Malaysia boleh kaya kalau saman...

Memandangkan banyak penafian dibuat oleh kerajaan bagi pihak Najib berhubung isu 1MDB, Pembunuhan Wanita Monggolia, Status Derma dan yang sewaktu dengannya... kerana kebetulan Najib sebagai PM...

Penafian semata-mata tidak mendatangkan apa-apa nilai ekonomi atau sumber kewangan.

Malah penafian semata-mata bukan sahaja tidak membersihkan apa-apa tetapi menjadi negara, kerajaan dan rakyat Malaysia sudah tidak ada harga diri.

Dalam keadaan ringgit runtuh, kos sara hidup meningkat, pertambahan pengangguran, pelabur meninggalkan negara, reserved luar negara merosot dan ekonomi negara kekurangan sumber adalah wajar kerajaan mengambil tindakan saman untuk menghasilkan sumber kewangan negara...

Mulakan saman ke atas mereka yang menentang kerajaan...
Pemimpin pembangkang...
Dr Mahathir...
Sarawak Report..
AWSJ..
Bank Negara Singapura..
Al Jazera...

Lupakanlah baju merah kerana ia tidak membantu pun menaikan maruah sesiapa jua...

Mamat ini kah yang akan memartarbatkan maruah Melayu (?)

6ANGKA