Tuesday, October 30, 2018

NASIB KELANTAN HARI INI SALAH SIAPA? DARI DULU SAMPAI SEKARANG MACAM PENGEMIS.. KALAU LIM GUAN ENG PERINTAH, AGAK² KELANTAN MASIH KEMARUK KE TIDAK....

Begitu juga Kedah,  kalau Mukhriz banyak songel tentang kurang hasil negeri,  serah shj pada PKR.

Teringat satu drama tular sekarang..
Cik mukhriz,  kelantan ngok ngek

HARI² ADA CERITA "MENIPU" SANA SINI..

Samada secara langsung atau tidak langsung dengan kepimpinan dan ketajaan lama. 
Majoriti melibatkan Melayu. 

Itu agaknya yang nak dibanggakan ketuanan melayu oleh pemuda umno? 

Patutnya rakyat ada masa dan ruang untuk fokus kepada kelemahan  kerajaan baru dan menggesa mereka membangunkan rakyat,  malangnya kelemahan² itu tertutup dengan gangguan pendedahan demi pendedahan pengurusan lama. 

Rakyat jadi kenyang dengan cerita korupsi pengurusan lama. 

Lebih sadis,  ada yang masih mempertahankan denga alih tiang gol,  masih ulang cerita basi Tun,  memang mangkuk. 

BOLEH TANYA SOALAN KE TIDAK?

Kalau nak kawal soalan,  kalau nak ada syarat itu ini. Lebih baik sendiri tanya  sendiri jawab..




Untungnya di era  PH,  bertanya soalan bukan lagi satu jenayah seperti sebelum ini.

HISAHAMUDDIN TIDAK SERTAI BERSATU SEBAB ADA MARUAH..

Tok Pa tak ada maruah?

Apakah maruah duduk dalam BERSATU itu kurang berbanding duduk di dalam UMNO (?)

Ini dah macam fahaman PAS,  Islam PAS lebih hebat dari orang yang diluar PAS (?)

Apa kayu ukur maruah pada Hishamuddin (?)

Apakah Hisham ditawarkan menyertai BERSATU sehingga dia juga tersangkut dengan emosi untuk menjawab sedemikian atau sebenar,  permohonannya menganggotai BERSATU dengan syarat telah ditolak (?)

Cukuplah kalau dijawab,  saya akan berjuang di dalam umno,  dilandasan yang betul untuk diterima semula rakyat.

Jangan hangin satu badan kalau persekitaran normal (?)

Monday, October 29, 2018

KEBERGANTUNGAN HIDUP ATAS KABEL NAMPAK MEWAH TAPI PERIT..

Kepada yang mengharapkan rezeki bergolek dengan pertukaran kerajaan balik dengan tangan kosong,  kecewa.

Yang dulu,  semua projek dia punya,  kini terkulat kulat mengemis dan sanggup tukar baju.

Semua ini gara gara cari rezeki secara kabel,  ampu bodek.

Penjawat awam ada yang lupa tentang soal keberkatan,  lebih memikirkan volume.

Apakah rezeki itu hanya ada pada kerajaan?

WHO IS FORMER MINISTER OVER CLAIM HE SEXUALLY ASSAULTED 15-YEAR-OLD GIRL (?(

Apakah masih ada "bulu" di bawah kerajaan PH (?)

Sunday, October 28, 2018

NAJIB DIPENJARA LEBIH AWAL (?)

Sebelum PRU rakyat mahu Najib membersihkan dirinya di mahkamah,  peluang itu dilepaskan,  dipandang remeh dan tidak rasa tergugat kerana yakin menang,  yakin pada cash in hand, cash is king, yakin pada king in and out side... ( akhirnya kena kick offside) 

Ramai yang cuba mengheretnya ke mahkamah, gagal dan kalau ada pun sekadar satu dua yang masih dalam proses hingga kini.. .

Lebih lucu,  sendiri saman,  sendiri batal,  sendiri minta runding tepi.. 

Lari dan elak dari mahkamah undang² menjadikan rakyat tiada pilihan,  mengheretnya,  menuduhnya di mahkamah rakyat,  rakyat jadi juri,  apa keputusannya.. Juri membuat keputusan bersalah dan hukumnya dikalahkan di PRU14 ..

KINI PULUHAN TUDUHAN DI MAHKAMAH,  TIDAK KESEORANGAN,  ROSMAH DAN ZAHID IKUT RAPAT,  YANG LAIN WAITING LIST... 

Anwar dari penjara ke istana,  sebaliknya mereka?  Anwar dari penjara tunggu ke Puterajaya, sebaliknya mereka. 

Belumpun pendakwaan,  belumpun perbicaraan,  belum pun pembelaan dengan belasan  dan mungkin puluhan peguambelanya ..najib sudah kantoi dengan soalan di aljazeera..

Kini apa lagi hujahnya sudah tidak relevan,  kosong, hambar,  rakyat melihat dirinya kali ini terhukum lagi, hukuman awal,   dipenjara emosi. 

BILA KAPIR SEKOLAHKAN HADI, SUKAR JUGA UNTUK DIPERTAHANKAN...


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/10/28/guan-eng-ill-continue-helping-kelantan-despite-immoral-label-by-hadi/

Saturday, October 27, 2018

ZAHID, NAJIB, LOKMAN KOMBINASI TERBAIK MEMPERTAHAN UMNO


JOIN BERSATU TIDAK ADA JAMINAN..

Perkhabaran 40 Ahli Parlimen umno akan sertai BERSATU sangat kurang enak bagi umno sendiri,  kurang selesa bagi komponen PH dan mengganggu strategi banyak pihak.

BERSATU juga tiada pilihan terpaksa buka pintu belakang kerana umum tahu BERSATU hanya menempek di PH. Untuk kekal relevan,  mereka perlu kekuatan.

Semua ini,  penghijrahan puluhan ahli parlimen umno+(?) ke BERSATU akan berlaku sebelum Perhimpunan Tahunan BERSATU pada Disember nanti (?)
Sesuatu yang sukar dibendung kecuali ada keajaiban.

Jangan lupa teori Azmin akan pindah ke BERSATU bersama ahli parlimen PKR juga merupakan satu lagi grand master design. Tidak semestinya Azmin perlu kalah untuk berhijrah?

AKHIRNYA NAJIB TEWAS DAN EMOSI..



Berani kerana benar,  takut kerana salah,  akhirnya tewas dalam mempertahankan sesuatu, emosi yang tidak dapat dikawal...

Di dalam mahkamah dengan puluhan dan mungkin ratusan tuduhan, ke mana emosi najib jika diasak?

Panas baran dan emosi ini juga kedapatan pada Anwar dan terkini Zahid. Sudah tentu kerana soalan wartawan sangat mengganggu mereka?

Friday, October 26, 2018

UMNO DIPERBODOH DIPERALAT OLEH PEMIMPINNYA

Masalah peribadi hingga diheret ke mahkamah dijadikan alasan, andaian dan sandaran  bahawa musuh sedang menyerang umno.

Pada ahli umno,  apalagi,  hangguk je lah.  Pada Pemuda umno,  akur je lah.



# sementara itu,  seperti dijangkakan,  menteri luar arab saudi memaklumkan derma 2.6b ke akaun najib tiada kaitan dengan kerajaan arab saudi.
Malah mereka akan memberi kerjasama dalam hal siasatan 1mdb?

Nak bersemuka dengan Tun? Kikikiki
Semasa di Thailand,  Tun menggesa negara² arab  tunjuk akhlak terpuji dalam kendalikan kes pembunuhan wartawan turki. 

Wednesday, October 24, 2018

ANWAR AKAN LEBIH BAIK DARI TUN

Tun akan serahkan jawatan PM kepada Anwar sebagai gantinya apabila sampai masa,  tiada pilihan,  itu yang termeterai...

Itu yang sekurang²nya tugas terakhirnya (Tun)  tetapi rakyat yang tidak terikat dengan sebarang perjanjian boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.

Samada kita perlu berfikiran positif dan menanamkan satu harapan Anwar akan lebih baik dari Tun,  lebih baik bukan sahaja soal memajukan negara tetapu mengendalikan komponen.

Sebelum itu,  apakah Anwar lulus dalam soal kendalikan PKR itu sendiri, telus dari bersetuju atau bersekongkol dengan politik wang serta salahguna kuasa.
Pemecatan ahli tanpa surat tunjuk sebab dan pembelaan diri?
Apakah Anwar akan bersikap kebal dan tidak terjejas dengan pelbagai tuduhan dan kejian ke atasnya?

Pemantauan rakyat ke atas Anwar dalam perjalanan sebagai PM lebih kritikal dari dalam PH sendiri berbanding perjalanan Mahathir sebagai PM.
Situasi sebelum PRU,  Tun selesa mendapat sokongan tetapi tidak pada Anwar selepas PRU.

Satu situasi Anwar lebih baik dari Tun kena diujudkan.

SELAMAT DATANG ZAHID HAMIDI



Kami ahli umno,  orang Melayu memang punya banyak masa untuk politik,  sudah tak ada kerja lain dengan ini secara suci hati sedia menunggu untuk mendengar kata kata hikmat mensucikan diri.

Dah terlanjur nak buat roadshow...bawa sekali najib dan lokman adam. 


Monday, October 22, 2018

AHLI UMNO MARAH MAHATHIR, TAKKAN JOIN BERSATU..


INGATKAN BUANG NAJIB JE, UMNO KEMBALI KUAT DAN BERSIH, ROPA ROPANYA (?)

Apakah giliran Zahid pula tersingkir jika umno mengambil keputusan tidak mempertahankannya.

Dulu umno pertahan najib,  akhirnya hilang kuasa.

Once hilang kuasa,  satu demi satu pemimpinnya dilondeh,  tu pun ahli tak nampak lagi?

Belum bersalah selagi mahkamah belum buat keputusan?  Itu bukan kes curi ayam waktu malam.. Tuduhan mudah dipatahkan.

Ini curi duit,  puluhan tuduhan,  documented.

Setakat mat hassan jadi Presiden, umno akan jadi parti kelas dewasa. Parti bagi mereka yg buta huruf tentang pemimpin mereka.

Sekian terima kasih.

NAK KE KAMU NAIK TEKSI KALAU PEMANDUNYA BIADAB DAN SAMSENG?

Dunia teksi sudah makin tidak relevan dengan pembangunan internet. Mereka yang patut mengejar perubahan dan sesuaikan diri.

Cekit darah potong leher dengan harga tambang hukum rimba sudah berlalu.  Pengguna sudah celik.

Jika ada yg berhasrat gunakan "teksi" untuk kacau bilau negara, ambilalih negara,  lupakan reformasi tersebut.

Sunday, October 21, 2018

SIKAP ATAU PUNCA PADA PEMANDU TEKSI ITU SENDIRI...

Dah banyak kali aku berdepan dengan situasi pemandu teksi bodoh sombong di KL terutamanya.. .

Kali ini,  panas² lagi di Johor,  pagi tadi... 

Aku ke pusat teksi,  minta hantar,  jauh destinasi 20km... Katanya RM25..
Aku minta kurang,  dia kata tak jadi pun tak ape....
Aku blah mcm tu saja.. 

Dua minit contact grab.. .Lima minit kereta sampai,  aircond sejuk wangi mesra,  baru RM14.




Sampai destinasi aku bayar RM20, keep the change. 

MANA²PEMANDU TEKSI YG BIADAP, SILA MOGOK SEUMUR HIDUP...

Saturday, October 20, 2018

MASA UNTUK BERSANGKA BAIK

Tun akan letak jawatan dalam tempoh yang sesuai
Anwar akan ambil alih dengan lancar
Najib rosmah zahid akan suci di mahkamah
DAP semulia MCA

Friday, October 19, 2018

SEKURANG KURANGNYA SEKARANG KITA TAHU KENAPA ZAHID DAN RAKAN² TIDAK SEPERTI MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ BERANI TENTANG NAJIB KETIKA BERKUASA.. ... MEREKA ADA FILES??????

KENA TUDUH MENTEKEDARAH DUIT PUN BOLEH TERSENGEH LAGI..

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas 45 pertuduhan melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih  RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca dihadapan hakim Azura Alwi.

Ahmad Zahid yang berbaju batik merah kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang pertuduhan dibacakan oleh tiga jurubahasa selama hampir sejam.

Bagi sepuluh pertuduhan pertama, Ahmad Zahid sebagai seorang agen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi didakwa pecah amanah wang berjumlah keseluruhan RM 20, 833,132.99 antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016 di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus No. 133 Jalan Bunus off Jalan Masjid India Kuala Lumpur.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum dua puluh tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi pertuduhan ke-11 hingga ke-18 pula, Ahmad Zahid didakwa secara rasuah menerima  suapan daripada tiga syarikat berbeza iaitu Syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Syarikat Data Sonic Group Berhad, Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd.

Ahmad Zahid didakwa menerima wang bernilai RM21,250,000 melalui  29 keping cek dari Public Islamic Bank, RHB Islamic Bank, dan Maybank.

Ianya sebagai dorongan untuk beliau iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia bagi melakukan suatu transaksi untuk membantu Syarikat Mastoro, Syarikat Data Sonic dan Syarikat Profound mendapatkan projek-projek MyEG, melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia serta sebagai pengendali perkhidmatan onestop centre di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Julai 2016  dan 15 Mac 2018 di Malayan Banking Berhad cawangan Dataran Maybank aras 1 Tower A, Dataran Maybank No.1, Jalan Maarof Bangsar, Kuala Lumpur.

Dakwaan bagi kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 16(a) (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu Ahmad Zahid juga menghadapi 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM72,063,618.15.

Bagi pertuduhan pertama sehingga ke-25, beliau didakwa melakukan kesalahan itu dengan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi hasil aktiviti haram iaitu dengan memberi arahan untuk mendepositkan wang antara RM600,000.00 hingga RM9.35 juta ke dalam dua akaun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar antara 27 Mei 2016 hingga 11 April 2018.

Bagi pertuduhan ke-26, Zahid didakwa melakukan perbuatan sama dengan memberi arahan berhubung pembelian dua buah rumah banglo di Mukim Kajang, Hulu Langat bernilai RM5.9 juta, di tempat sama pada 9 Januari 2017.

Sementara itu bagi pertuduhan terakhir Zahid didakwa melakukan kesalahan serupa dengan mengarahkan Omar Abdullah, 46, untuk mengubah wang tunai berjumlah RM6,885.270.20 kepada 30 keping cek yang kemudiannya diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co. untuk pembelian Simpanan Tetap di Maybank, yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa di lakukan di Marhaba Enterprise Sdn. Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini pada 29 Mac 2016 dan 15 Julai 2016.

Pendakwaan untuk kesemua pertuduhan berkenaan adalah mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM2 juta.

Tiada bantahan berhubung jumlah jaminan oleh barisan peguam Ahmad Zahid. Bagaimanapun Hisyam Teh Poh Teik memohon jumlah jaminan itu dibayar secara ansuran.

Mahkamah kemudian membenarkan Ahmad Zahid dilepaskan dengan jaminan RM2 juta yang dibuat secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar hari ini dan bakinya dijelaskan dalam tempoh satu minggu.

Mahkamah juga memerintahkan supaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan kes ditetapkan untuk  sebutan pada 14 Disember depan.

Selain Gopal Sri Ram, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Nadia Mohd Izhar

Sementara itu peguam Kitson Foong, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh dan Syahrul Shazwan Salehin antara barisan peguam Ahmad Zahid.

Antara yang hadir mengikuti prosiding pagi ini adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Sri Mohamad Hasan  Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Khaled Nordin; Ketua Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita Umno, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

YANG DIAMPUN HUKUMAN ATAU KESALAHAN (?)

Thursday, October 18, 2018

ITU JAWATAN PM AHMAD ALBAB YANG PUNYA



Bersihkan nama secara Islam,  secara mudah,  lakukanlah tanpa dolak dalik... 

Aku cadangkan juga semua kes anwar dibicarakan semula supaya mahkamah dapat membuat keputusan sekali lagi berdasarkan fakta yang telah dikemukakan. 
Anwar boleh lantik semula peguambelanya yang sama atau yang lebih baik dari Karpal Singh di hadapan Hakim yang berbeza. 
Perundangan Malaysia dijangkan tidak membenarkan tetapi bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Bolehkan Anwar mempunyai sikap terbuka dan akur dengan keputusan itu nanti???  Atau akan ada lagi dakwaan konspirasi'2 dan reformasi'2 (?)

Wednesday, October 17, 2018

DAP TAK NAK PINGAT PUN BISING?

Bagi pengumpul pingat, ini isu besar,  tanda soal yang paling besar.. Ada yang sanggup bayar dan tertipu dengan sendikit. 

Penjawat awam kalau 4 bulan masih dalam kursus selepas melaporkan diri...  Cikgu kalau kena tukar ke pendalaman sabah,  masih terkial kial menyesuaikan diri.
Tetapi jika ada tiba tiba tanpa sengaja,  tanpa diduga atau mungkin ada yang dipaksa - 4 bulan kerja sudah dapat Datuk,  itu rezeki... Bayarlah secara bermaruah dan amanah... Tangkal semangat kerja lebih kuat!!!!?? 

DAP tak mahu pingat bukan perkara baru.  Lim Guan Eng kalau mahu pingat,  setiap bulan dia boleh dapat semasa jadi KM. 

Jangan lupa ada yang gila nak Datuk ini sanggup bayar walaupun title itu dari seberang. 
Hari ini ada seorang Datuk nak buat soladariti untuk pemimpinnya Dr. Phd di depan bangunan SPRM... 


Tuesday, October 16, 2018

AZMIN PERLU DITEWASKAN UNTUK PKR DILIHAT ADA SATU NAKHODA

Anwar double trouble jika Azmin masih Timbalan Presiden. 

Di DAP,  BERSATU, AMANAH dan PAS  tidak ada dua nakhoda, tidak ada dua puak,  tidak ada dua pengaruh... dan Anwar akan dilihat,  lemah,  tempang dan tiada kuasa mutlak jika Azmib kekal Timbalan Presiden. 

Anwar akan dilihat hilang cengkaman,  hilang kuku di akar umbi jika Azmin menang dan bukan mustahil Anwar akan disingkirkan pada pemilihan PKR akan datang atau tersingkir atas undi tidak percaya kepada Presiden. 

Umum mengetahui rafizi tidak akan terkam jawatan Timbalan Presiden jika tanpa direstui. Malah secara terang rafizi menuduh azmin jadi penghalang untuk anwar diangkat sebagai PM. 

Persepsi Azmin menyeberang ke BERSATU jika tewas merupakan pandangan nakal dan bukan satu penyelesaian terbaik. Ia akan meNgeruh lagi hUbungan BERSATU/PKR dan susana tidak selesa di PH. 




Sunday, October 14, 2018

PRESTASI KERJA MESTI LEBIH BAIK SELEPAS MENERIMA PINGAT

Belum sempat lihat jasa,  yang ada hanya kerja kerja berterabur tetapi sudah tidak menolak dengan anugerah dan pingat. 

Rakyat hanya mampu geleng kepala. 

Friday, October 12, 2018

KELIBAT SIAPA YANG PALING KURANG BERKEMPEN UNTUK ANWAR DI PRK PORT DICKSON (?)

   

Mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Merebut Jawatan Timbalan Presiden adalah perkara yang lebih utama dan penting daripada nasib Anwar di PRK yang tiada masalah besar untuk menang, di atas kertas. 

Monday, October 8, 2018

KEHADIRAN TUN DAN BEBERAPA PEMIMPIN UTAMA PH DAN SEPENTAS DENGAN ANWAR SATU PENGHORMATAN UNTUK PAS..

Calon PAS,  Hadi dan PAS wajar rasa bangga kerana mampu memberi saingan sengit kepada Anwar hingga menimbulkan kegusaran PH mampu tewas di PD.

Anwar bimbang penyokong PH tidak keluar mengundi kerana terlebih yakin dia akan menang mudah. 
Anwar mula tebar gula² pilihanraya kerana kerajaan persekutuan di pihaknya. 




Untuk PAS,  Teruskan berjuang. Istiqamah. Tawakkal. 
Kemenangan selagi kamu di jalan yang lurus, tiada keraguan.    

DRAMA ZAHID DAN LOKMAN

PENGUMUMAN RASMI
PEMBATALAN PERHIMPUNAN
#SOLIDARITY4ZAHIDHAMIDI

Atas permintaan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.  Perhimpunan #Solidariti4ZahidHamidi di hadapan Ibu Pejabat SPRM jam 9.30 pagi dan 9 malam 10hb Oktober, 2018 adalah dibatalkan sehingga proses pendakwaan dilakukan.  Tiada sebarang perhimpunan berkaitan #Solidariti4ZahidHamidi sehingga saya maklum kelak.
MAAF DIATAS SEGALA KESULITAN.

Dato’ Lokman Noor Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan
8/10/2018 - 3.10 PM

Hanya satu saluran arahan akan saya gunakan untuk mengelakkan sabotaj musuh.  Sila download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk sertai saluran tersebut kerana semua maklumat dapat saya hantar kepada berpuluh ribu orang serentak berbanding whatapp yang kini hanya menghadkan 20 groups sekali penghantaran :
https://telegram.me/lokmanadam

AYUH AHLI UMNO, BERSOLADARITI, TUNJUKAN KEKUATAN DAN SAKI BAKI KUASA KAMU.. AYUH KETUA² BAHAGIAN.. TURUN RAMAI² SASAR PULUH RIBU JANGAN ASYIK MUKA YANG SAMA 50 ORANG



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO telah diberikan notis untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM jam 10.00 pagi, 10hb Oktober, 2018 (Rabu ini).

Sehubung dengan itu, saya menyeru semua rakyat, khususnya Ahli-Ahli dan Kepimpinan UMNO untuk hadir sama sebagai tanda #Solidariti4ZahidHamidi jam 9.30 pagi dihadapan Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya.  

Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan Presiden kita yang kini menjadi sasaran regim Zalim Mahathir DAP.
Jangan biarkan Presiden kita keseorangan! Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan Maruah UMNO yang kini cuba dirobek oleh sang penguasa.  

Hadir untuk menyatakan sokongan secara aman bukan merupakan satu kesalahan, usah gentar untuk turun.  Saya akan hadir pakai baju oren LOKAP SRPM.  Terpulang kepada anda mahu pakai baju apa. Hubungi Lisa jika      perlukan tshirt yang sama 01726xx510. Terima kasih.

Dato’ Lokman Noor Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan
012x32x009

Hanya satu saluran arahan akan saya gunakan untuk mengelakkan sabotaj musuh.  Sila download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk sertai saluran tersebut kerana semua maklumat dapat saya hantar kepada berpuluh ribu orang serentak berbanding whatapp yang kini hanya menghadkan 20 groups sekali penghantaran :
https://telegram.me/lokmanadam

Sunday, October 7, 2018

KENAPA PERLU BERSUSAH PAYAH UNTUK KELUAR UNDI ANWAR

Bukankah sebelum ini pengundi PD sudah pun memberi kepercayaan kepada PH atas dasar menyokong jatuhkan regim Najib hinggakan letak calon "tunggul" pun kami tetap undi dia?? 

Tiba² kerusi ini dikosongkan. 
Inikah demokrasi yang kamu angkat dan mulia²kan dan inikah reformasi yang kamu agung²kan.. 
Adakah semua yang kamu lakukan ini mengikut sunnah dan apa² keterangan dan dalil? 
Membazir dan menyusahkan rakyat untuk kesenangan kamu? 
Dan hari ini kamu merayu untuk kami bersubahat pula mengundi kamu? Untuk menjatuhkan regim mana pula? 

Untuk membangunkan Port Dickson? 
Pengkalan Tentera Laut Terbesar Dunia? 
Projek Perlancongan 6 bintang? 
Projek Tambak Laut? 
Tauke mana pula nak diangkut dan di anugerahkan.. 
Rakyat Port Dickson dapat apa? 
Dapat tengok? 
Orang Melayu tambah warung² di tepi jalan seiring pembangunan? 
Hentikanlah cerita karut gula² pilihanraya.... 


Hari ini Tun datang berkempen.. 
Bawa cerita basi?  Cerita najib? Rakyat muak... 
Ini tidak akan mengubah untuk rakyat keluar mengundi atau memberi undi... 

Minta maaf.. 
Kami tidak nampak dari semua sudut,  anwar lebih baik atau mempunyai vissi yang jelas kepada negara? 
Vissinya tetap kepada cita² peribadi dan politiknya.. Ia sekadar mahu membersihkan namanya dan cerita susah payahnya di penjara di ulang²..untuk apa? 

Apa vissinya tentang memenuhi keperluan rakyat? 
Sanggupkan Anwar tidak popular seperti Tun yang lokek dan kedekut kerana kantung negara susut? 

Jom undi PAS.. 
Walau apa pun kelemahannya, satu undi wajib atas istiqamah perjuangannya,  bukan seperti umno yang hilang kedua dua biji...

SAMADA MUJAHID ATAU MEDIA YANG PUTAR.. MENTERI YANG TAK CERDIK

Rakyat tidak peduli samada menteri atau media yang auta, tapi rakyat peduli atas apa yang dilaporkan. 

Mujahid yang sering terpaksa membetulkan kenyataannya semula harus lebih h cerdik,  keluarkan kenyaan brrtulis dan rasmi sebelum bercakap supaya berita adalah selari. 

Dalam isu Islam dan ugama,  Mujahid hanya jaga jabatan sekangkangkera, terhad dan oleh itu wajar kenal diri supaya tidak melanggar kuasa Sultan dan  Negeri.

Setiap perubahan dasar  wajar terlebih dahulu mendapat pandangan pihak yang berkelayakan seperti Mufti² yang mewakili Sultan dan Majlis Fatwa serta Para Cendiakawan Islam,  tidak perlu terburu buru. 

Sebarang perancangan harus dilontarkan terlebih dahulu kepada rakyat dalam bentuk cadangan untuk semua pihak dapat memberi pandangan. 

Apakah selepas ini,  jika rasuah,  simpan hasil rasuah di rumah akan lebih selamat,  polis tidak akan lagi ketuk rumah??? 

Ertinya lakukan apa saja jenayah,  lakukan di rumah,  ia selamat dan dilindungi? 

RAKYat tidak perlu lagi jadi mata dan telinga pihak keselamatan,  just ignore apa yang berlaku dalam komuniti anda? 

Rogol dalam rumah.. Biarkan?
Curi dalam rumah.. Diamkan? 

Saturday, October 6, 2018

REDHUAN TEE MU LAGUMANO PULOK..

Viral tentang statement dr Mujahid yang diputar belit media.

Cuba baca balik pandangan arwah.Tok Guru Nik Aziz ni waktu beliau masih hidup, untuk kes yang SAMA.

Jangan berat sebelah dalam menilai, letak hukum di depan, bukannya Emosi mendahuli Akal dan Hujah.

Syam Ghaz

Please read carefully..

Peliharalah aib orang lain -  Nik Aziz

Harakah - [02/08/2013]


TAHASSUS (mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan tajassus (mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya ditegah oleh Islam.

_TAHASSUS (mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan tajassus (mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya *ditegah oleh Islam*._

Kecuali berlaku jenayah dalam negeri dan seseorang itu ditugaskan oleh pihak berwajib menyiasat bagi membasmi jenayah tersebut.

Pegawai khas yang ditugaskan untuk menyiasat jenayah itu mestilah melakukan tugasnya, berhak untuk bertanya sesiapa jua untuk mencari punca jenayah tersebut. Hingga jenayah dan penjenayah dapat dibasmi dalam negeri.

Bertugas menyiasat berbeza dengan orang yang mengintip dan mencari keburukan orang lain, tugas yang dipikulkan seorang pegawai penyiasat mengharuskan dia berbuat sesuatu yang melibatkan pengintipan rahsia (tajassus).

Jika tidak berbuat demikian maka jenayah tidak mungkin dapat dibasmi, rakyat sentiasa bimbang dengan meningkatnya kadar jenayah.

Ada perbezaan yang nyata antara mencungkil rahsia untuk memuaskan nafsu dengan petugas khas mencari punca rahsia untuk membasmi jenayah. Justeru pegawai berkenaan apabila menjalankan penyiasatan tidak boleh berat sebelah.

Ini kerana ia mendatangkan ketidakadilan, sedangkan tugasnya menghendaki yang didapati bersalah untuk dihukumkan salah, yang tidak bersalah segera dibebas. Jika berat sebelah dalam penyiasatan mungkin akan berlaku kezaliman. Orang yang bersikap seolah-olah tidak tahu keaiban orang secara personal, tidak menceritakan kepada pihak lain adalah tanda orang itu beragama.

Orang beragama itu bukan saja dia mempunyai banyak ilmu, tetapi berperangai murni kerana tidak mencerita dan mendedahkan keburukan orang.

Ketahuilah sesungguhnya tidak sempurna iman seserorang itu, selagi dia tidak sayang kepada kawannya apa jua perkara yang ia sayang untuk dirinya.

Inilah pedoman hidup di dunia supaya hubungan manusia jadi baik dan harmoni, iaitu lakukan sesuatu yang baik untuk orang seperti yang ia setuju dilakukan terhadap dirinya.

Umpamanya; marah apabila kawan lambat memulangkan barang yang dipinjamnya, begitulah sebaliknya segera pulangkan barang yang kita pinjam daripada orang lain, kerana mereka pun tidak setuju diperlakukan demikian.

Apa yang menyebabkan seseorang suka menceritakan keburukan orang lain, ialah disebabkan oleh penyakit hati yang telah lama tertimbus tanpa rawatan. Tubuh manusia ini terbahagi dua anasir, unsur pertama ialah jasad yang zahir (jasmani) yang dapat disentuh dan dilihat.

Unsur kedua ialah batin rohani (jiwa) yang seni, yang tidak dapat disentuh atau dipandang. Penyakitnya dua jenis juga, penyakit pada jasad yang zahir boleh dirawat oleh tabib dan doktor. 

Tetapi penyakit rohani tidak mudah dirawat kecuali oleh pakar ilmu jiwa yang mukmin iaitu ulama ahli tasauf.

Penyakit yang menyebabkan manusia gemar bercerita dan dedah keaiban orang, iaitu “dendam” dan “dengki.” Ia sukar dilihat dan dirawat, kerana penyakit tersebut ibarat telah lama tertanam, di luarnya kelihatan elok tetapi di dalam amat buruk.

Orang yang jiwanya dihinggapi penyakit tersebut, menyebabkan mata dan telinga hatinya buta dan tuli daripada menghargai kebaikan orang.

Sebaliknya hanya memandang dan mendengar keburukan orang sahaja. Manusia yang berdendam sesama Muslim atas dorongan nafsu tanda kelemahan imannya, kedudukan dirinya amat bahaya jika tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Hatinya keji dan kotor (khobais) tidak layak untuk berdepan dengan Allah SWT setelah rohnya diambil oleh malaikat maut. 

Justeru iman yang lemah pada sudut apa pun hendaklah digagahkan, sama ada lemah iman dalam urusan sesama manusia apatah lagi terhadap Allah SWT.

Antara kaedah mengawal lidah ialah jangan dedah rahsia peribadi dan hendaklah senyap daripada memperkatakan rahsia yang diamanahkan kepada kita. Ini kerana ada kalanya manusia terpaksa menceritakan kekurangan diri untuk melapangkan dada, tetapi pihak yang menerima curahan bukan untuk diceritakan kepada pihak lain.

Selain daripada mengambil sikap menyepi terhadap rahsia orang, seseorang itu berhak menidakkan jika ada orang membawa cerita rahsia seseorang itu sekalipun betul. Meskipun bercakap benar itu wajib, tetapi tidak pada semua ketika dan semua keadaan mesti bercakap benar.

Menurut Al-Ghazali sayogia tidak bercakap benar jika sesuai dengan ketikanya, iaitu ketika hendak menyelamatkan maruah kawannya daripada tercemar.

Seseorang hendaklah tutup rahsia keaiban dirinya sekalipun terpaksa tidak bercakap benar, kerana dedah rahsia diri tidak baik di sisi agama.

Begitu juga jika tidak berusaha menutup rahsia maruah kawannya, kerana kawan adalah umpama diri sendiri yang wajib dipertahankan juga. 

Seseorang dengan kawannya bagai satu anggota yang tiada beza kecuali tubuhnya sahaja, sebagaimana seseorang dianjur menutup keaiban diri, begitu juga berkewajipan menutup rahsia keaiban kawannya. Inilah hakikat persahabatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang sanggup menutup keaiban saudaranya, Allah SWT akan tutup keaiban (kecacatan) dirinya di dunia dan di akhirat.”

Lebih memalukan apabila keburukan terdedah di akhirat kelak, di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. dan para rasul yang lain. Namun Allah SWT berjanji akan menutupnya jika di dunia ini dia berusaha menutup keburukan orang lain.



Baca tulisan asal di dalam Harakah edisi Isnin ini.

02/08/2013
[Terjemahan kepada jawapan penuh Datuk Dr Mujahid ini adalah berbunyi

: “Isu perlaksanaan khalwat telah disalahguna, bukan semua tetapi ada isu-isu ada ada tempat-tempat di mana ia dieksploitasi dan disalahguna, tidak memberi keadilan kepada mereka yang melakukan dosa. Sebab itu kita sekarang sedang memperbaiki keadaan, dan adalah penting bahawa mereka menerimapakai Islam penyayang sebagai dasar mereka, dan dalam melaksanakan tugas mereka saya juga perlu sangat teliti dan berhati-hati untuk tidak mencerobohi hak-hak individu, yang saya fikir sekarang telah berkurang dalam, saya fikir, dan ada isu lain, untuk maklumat anda, bila anda bercakap mengenai perlaksanaan pencegahan khalwat, anda akan mendapati bahawa ia berada di dalam kehakiman negeri, bukan di bawah kehakiman saya, kerana kami terikat dengan undang-undang atau kuasa negeri dan kuasa persekutuan, dan kebanyakan daripada kehakiman Islam adalah berada di bawah kuasa negeri, bukan kuasa saya, tetapi kita boleh ada platform di mana kita akan berjumpa semua pengarah hal ehwal Islam negeri di mana kita boleh berbincang dan berkongsi pandangan-pandangan kerajaan persekutuan mengenai semua isu ini.”

Berdasarkan kepada kefahaman saya kepada jawapan penuh Datuk Dr Mujahid ini, maka bolehlah disimpulkan bahawa perkara-perkara ini adalah tidak tepat:

(1) Bahawa tiada lagi polis moral di Malaysia selepas ini.

(2)  Bahawa tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke atas kehidupan peribadi orang Islam.

(3) Bahawa tiada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tiada lagi pemecahan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau lain-lain kesalahan yang disyaki.

Walau apa pun perbezaan pendapat antara kita dan Datuk Dr Mujahid, kita perlu ingat bahawa kata-kata ini bukanlah kata-kata yang keluar dari mulut sendiri Datuk Dr Mujahid sendiri tetapi hanyalah kata-kata yang dimasukkan oleh akhbar The Star. 

Malah, Datuk Dr Mujahid sendiri menyebut bahawa perkara-perkara ini adalah di bawah kuasa negeri, bukan di bawah kuasa beliau, di mana apa yang boleh beliau lakukan hanyalah “berbincang dan berkongsi pandangan-pandangan kerajaan persekutuan (dengan negeri) mengenai semua isu ini.”

Saya memilih untuk menunggu sehingga perjumpaan dengan “semua pengarah hal ehwal Islam negeri” ini berlaku dahulu sebelum membuat ulasan lanjut.


Pendekatan Mujahid selaras perlembagaan negara


ULASAN | Sesiapa yang membaca temu bual The Star dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof hari ini akan nampak jelas visi dasar Pengislaman dan pembangunan Islam yang akan menjadi pendekatan kerajaan Pakatan Harapan dengan menekankan hak perseorangan dalam kepercayaan beragama yang tidak memerlukan sepenuhnya penguasaan undang-undang atau moral policing.

Di bawah polisi ini penangkapan khalwat yang tidak menganggu ketenteraman nilai awam sehingga terpaksa mengetuk pintu hotel mungkin tidak lagi akan diperlukan, seperti juga orang Islam yang minum arak di rumah sendiri, dan pemisahan lelaki perempuan di lorong bayaran di pusat-pusat beli belah.

Ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi isu-isu keterbatasan, kebebasan dan dan ketertiban termaktub dalam perlembagaan negara sejak merdeka.

Umpamanya etika berpakaian di tempat awam, polis sendiri memahaminya.

(Larangan terhadap lelaki berseluar pendek atas paras lutut pernah berlaku semasa Terengganu dikuasai oleh PAS bagi pertama kali.)

Menghayati temu bual Mujahid itu maka pada pandangan saya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membuat pilihan tepat meletakkan beliau ke jawatan menteri menjaga Islam.

Hal ini kerana beliau memahami dan mempunyai visi untuk mengekalkan cara pendekatan dalam semangat perlembagan negara yang dijuarai Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman hingga ke Dr Mahathir.

Bagaimanapun dasar itu telah dicemarkan oleh rejim Najib Razak yang mahu menggunakan agama untuk tujuan politik selain bekerjasama dengan PAS melaksanakan hukum hudud yang turut menjadi bantahah orang bukan Islam, serta menyebabkan Umno dipandang serong masyarakat bukan Islam.

Tunjukkan ada keazaman

Dengan pendedahan dirinya sebagai seorang Islamis berjiwa besar yang percaya kepada keimanan dan ketahanan diri sendiri dalam masyarakat yang terbuka kepada pelbagai anasir yang unislamic maka saya percaya Mujahid akan dapat membina masyarakat Islam yang dinamik dan progresif.

Dengan itu juga Mujahid mendedahkan beliau telah lama menjadi duri dalam daging kepada PAS, dan sekarang mahu menjalankan tugasnya untuk mencabut PAS dari terus menjadi duri dalam jasad negara.

Orang Islam boleh hidup di dunia Barat yang penuh dengan nilai-nilai kekafiran malah generasi Islam sebelum Malaya merdeka belajar di sekolah-sekolah Kristian tetapi mereka tetap beriman dan tidak menjadi kafir.

Pendekatan-pendekatan Islam yang bengis dan menakutkan menampakkan ketipisan keimanan mereka.

Terkini pendekatan Islam yang menyebabkan Islam dipandang rendah oleh bukan Islam ialah menyebat wanita lesbian di hadapan umum - termasuk lelaki - kerana melakukan kesilapan pertama kali dan menghukum wanita Islam yang miskin yang melacurkan diri di Terengganu.

Mereka juga tidak membantah perkahwinan di bawah umur dan membiarkan sekolah-sekolah tahfiz berkembang tanpa kawalan.

Semua ini menampakkan pendekatan Islam yang tiada simpati, tidak prihatian dan tanpa kemesraan dan kemanusian.

Walaupun sebagai menteri Mujahid berhasrat menyamakan langkah pendekatan Islam yang mesra di seluruh negara tetapi tidak semuanya dalam bidang kuasanya.

Bagaimanapun beliau menampakan keazaman yang kuat untuk melaksanakannya apabila beliau berkata hal itu tidak seharusnya menjadi halangan kerana beliau juga mempuyai kuasa untuk menjalankan dasar yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berada di bawah beliau maka saya percaya ia akan dapat membantu Mujahid untuk menyelaras dan melaksanakan dasar yang sama antara negeri walaupun tidak mudah dan menghadapi tentangan dalaman.


Kata Mujahid: "Awak boleh membuat interpretasi sendiri tetapi awak juga mesti menghormati dasar yang akan dijalankan oleh kerajaan sekarang".

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ialah bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd. Tulisan ini asalnya terbit di blog beliau.


Akhbar the Star adalah milik MCA parti gbngn BN yg telah memutarbelitkan jenyataan YAB Menyeri trsbt...

ADAKAH PH MENGURUSKAN NEGARA IKUT KEPALA HOTAK MEREKA ATAU MEMAHAMI DENYUT NADI KEHENDAK RAKYAT..

Mujahid antara Menteri yang membawa perubahan atau kemusnahan?

Thursday, October 4, 2018

MENGHINA PM, TUN KENA KAJI SEMULA...

Saranan Tun dia tidak terjejas dengan segala bentuk hinaan ke atasnya malah sesetengah kes Tun minta tidak diambil tindakan.. SANGAT TIDAK WAJAR..

Jika Tun dihina sebelum menjadi PM,  saranan itu wajar sebagai keputusan peribadi tetapi sebarang bentuk hinaan ke atas penjawat awam,  Perdana Menteri, ia tidak harus ada kompromi.

Jika dibiarkan,  ia akan melarat kepada penghinaan ke atas institusi lain termasuk negara,  bendera,  ugama,  istana dan sebagainya.

Think over

ADAKAH UNDANG² ZALIM UNTUK DITANGISI?




Kalau pun simpati,  kalau pun sokong aku tak faham kenapa perlu menangis? Bukankah rosmah dan najib perlu diberi peluang segera membebaskan diri mereka daripada difitnah? 

Drama murahan yang mencemar imej cool dan tidak rasa bersalah,  najib dan rosmah. 


Tuesday, October 2, 2018

MEMAAFKAN MAHATHIR KERJA PALING MULIA ANWAR TELAH BUAT...

Kerja memaafkan pihak lain samada ada atau tidak dimohon diminta adalah adalah satu kerja berat, mulia dan dituntut oleh Islam.

Kemaafan peribadi.

Tetapi jika melibatkan amanah kepada rakyat dan negara,  mahathir atau anwar perlu bersedia dan berhadapan dengan undang²..
Itulah yg sedang berlaku pada Najib Rosmah,  siapa sahaja. Rumah kecil rumah agam?

Yang berbohong, tipu cakap,  tipu perbuatan,  kencing rakyat,  tiada maaf.
Masih sedang menipu rakyat??!!!

Kita buat salah,  tapi maafkan orang lain?
Orang tak buat salah,  kita maafkan dia?

Kemaafan dari hati,  itu sahaja yang Allah tahu..
Kemaafan keluar dari mulut,  kita terima dengan prasangka baik..

Maaf dari orang politik..
Kena perhatikan..

Apa kata lawan maaf?
Tidak maaf?

Jawapan yang tepat adalah dendam kesumat. Jika berlaku,  kemaafan awal terbatal dan hipokrik.

Vedio yang sedang viral



Politik memang tidak mati dan tidak membosankan dari anwar dan mahathir,  sentiasa hidup. Untuk mengekalkan egoan penyokong masing²..Dalam masa yang sama ini membuatkan umno makin dilupakan... 

Tidak ada sebab rasmi untuk Tun minta maaf,  anwar melalui proses undang² dengan berbelas lawyer (secara percuma???) dan bertahun lamanya...  Tidak ada sebab untuk polis, mahkamah dan ag minta maaf pada anwar,  dia sudah diampunkan oleh Istana atas permohonan keluarga,  bukan dari anwar. 

Hanya yang matang,  menerima kenyataan secara berlapang dada. 

Kita tengok siapa yang tahan kena cuit... Wartawan tanya,  jawablah. 

Tanggungjawab moral saya untuk beritahu Anwar dibayar RM15 juta

  https://www.malaysiakini.com/news/659708