Sunday, March 31, 2019

MASA DEPAN NAJIB LEBIH CERAH BERBANDING TUN


https://akhbarrakyat.blogspot.com/2019/03/najib-bergembiralah-sebelum-masuk.html

SEMUA kena perlu disegerakan, juga kerja kuat demi masanya yang sangat singkat, masa terhad, tiada upaya dan akhirnya mati.

Lebih kurang itulah gambarannya yang Tun nyatakan perihal Negara ini yang perlu Dan mahu diuruskannya sebelum masanya tiba.

Sesuatu yang masih ingin disumbangkannnya.
Logiknya kalau longgok billions RM didepannya pun untuk peribadi, sudah tiada nilai.
Missi Dan vissinya hanya untuk rakyat Negara.

Jika penerusan itu ADA khilaf Dan salah, ia sekadar perbezaan nilai Dan keutamaan, kelemahan PENGURUSAN, ketidakupayaan perlaksanaan, kekurangan kemahiran dan cekapan serta rintangan dan halangan.

Tidak ada istilah kecurangan dan korup.

KRITIKAN dari musuh, pembangkang dan segelintir bekas penyokong sekadar boleh mengelirukan rakyat tetapi tidak boleh merubah peralihan kuasa sehinggalah PRU15.

Lain² teori peralihan kuasa boleh berlaku tetapi BUKAN penyelesaian terbaik untuk menggantikan kerajaan yang sedang berkuasa.

DALAM usaha dan ikrar yang dibuat oleh Tun, 3 dan 4 tahun lagi mampu membuahkan sesuatu yang lebih baik dari sekarang, sekaligus kerajaan sedia ADA kekal selepas PRU15.

Bolehkah umno Dan pas jadi pembangkang yang baik sebelum berangan menjadi kerajaan?






Saturday, March 30, 2019

APAKAH SATU LAGI PEMBAHARUAN DI ERA PH?




# Kalau banyak sangat komen membodek komen bersetuju, komen menyokong, dah lama aku tutup blog ini.

# Blog ini hidup atas KRITIKAN, Makin ramai yang panas itu petanda tulisan aku sampai ke tulang hitam mereka, tupasal meroyan...
Dari SEGI psikologi aku dah menang.

# dan blog ini terus hidup kerana ramai sangat bangang yg  keliru menilai, yang disanjungnya lanun penyamun..

Friday, March 29, 2019

KEJAMNYA PUTRAJAYA

Inikah yang dimaksudkan MAHATHIR masih lagi DIKTATOR.. baby cry.




Thursday, March 28, 2019

LEPASKAN NEGARA KEPADA NURUL DAN HATIZI..

Blog in pernah sarankan Anwar dan Azizah berundur setapak ke belakang dengan MENOLAK Nurul ke depan, bimbing Dan gilap.

Hari ini jika SARANAN itu diterima akal, Nurul sudah SEORANG Timbalan Perdana Menteri sekarang ini.

Tetapi apakan daya ketiga tiga mereka bersaing sesama sendiri.

Bercakap soal Negara, MALANG, di parti sendiri tidak mampu berdiri lebih tinggi dari Azmin.

Kena ukur baju di badan sendiri.

BACALAH HARAKAH, PAS SEDIKIT RASIONAL DALAM BERPOLITIK TETAPI MASIH STATUS LEBAI² CARI MAKAN..

Wednesday, March 27, 2019

KENAPA HANTAR AYAM BETINA MASUK GELANGGANG..

Ayam² jantannya mana?
Tak wajar berkokok dan bersilat sekadar di tepi GELANGGANG.

Lebih² lagi ayam BETINA tidak bertaji, tidak mampu membina dan meraih pengaruh menggulingkan sesiapa pun.

Lama² jadi ayam penyet.

Tuesday, March 26, 2019

MANIFESTO PUN BELUM TUNAI, NURUL IZZAH MASIH NAK KENCING RAKYAT...I

Masih bermadah yang sekarang ini reformasi perlahan di era MAHATHIR, tanpa MAHATHIR, laju dan pecut? Pooraahh..

Hakikatnya ditawar jawatan tetapi tolak dan lari.. kerana cakap memang mudah, melaksana tunggang langgang..

APA pengalaman yang DIA ADA? Sekadar angkat kain di reformasi?

APA perjuangannya untuk orang yang kena liwat? Mangsa jantan durjana?

Kritik Tun DIKTATOR bukanlah satu kesalahan tetapi kerana DIKTATOR lah Malaysia selamat dari tangan jantan durjana.

Bagi Nurul, kuman sebarang laut nampak sebesar gajah.
Tetapi dia Cuba tutup DENGAN nyiru SI bangkai gajah depan matanya? 





Negara di selamatkan lagi sekali dari jantan lanun.



Dua rekod terbaik.

Monday, March 25, 2019

DIA BUKAN NAK POPULAR, DIA TAK BAGI GULA²...



Walau dikecam, difitnah, kerajaan KALAH bebetapa PRK tetapi semua itu tidak menghalangnya untuk bercakap benar walau pahit..

Ketika rakyat marah pasal kos hidup, MAHATHIR tak bagi ikan, dia bagi Tali, Tali boleh buat pancing atau ikat perut...

Pemimpin yang korup takkan berani buat keputusan yang tidak menghiburkan rakyat...

Pemimpin otak singkat..akan urus negara melalui sentiment perkauman..

Pemimpin yang mahu beli title iman akan jual kunci syurga.

Jangan amal politik gersang, burukan atok, merengek sekadar nak papa jadi PM.





APA YANG NURUL ARAHKAN PADA SEORANG DIKTATOR?

Gambar - Begitu tekun SEORANG DIKTATOR merendahkan dirinya (?) untuk mendengar arahan dari SEORANG wanita anak kepada SI xx..



Apakah tuduhan terbaru dari wanita kecewa ini sebagai satu suntikan provokasi usaha menggulingkan Mahathir melalui undi tidak percaya ketika Parlimen sedang bersidang (?)

Kelebihan MAHATHIR, setiap kali tuduhan semborono dan liar dilemparkan kepadanya oleh musuh dalam lipatan, posisinya semakin mantap.

Pembangkang (PAS) dari AWAL lagi sudah menyatakan pendirian MENOLAK sebarang cubaan menggulingkan MAHATHIR (?)

Anwar wajar segera menangkis serangan Nurul jika BENAR mahu menduduki kerusi PM secara peralihan kuasa teratur.


# APA sudah jadi dengan dakwaan MAHATHIR tunduk kepada DAP?
Apakah MAHATHIR sudah tidak DIKTATOR?
# Pengampunan DiRaja mesti atas restu PM mengikut Perlembagaan, apakah MAHATHIR sudah tidak DIKTATOR melepaskan anjing tersepit.
# OKT berkeliaran tanpa malu di setiap lorong sunyi berselfie, kenapa DIKTATOR patuh kepada rule of laws?


Menentang KORUP antara punca sesetengah pemimpin Melayu dan  Pegawai Kerajaan hilang sumber pendapatan.

Jika ditanya, apakah golongan ini akan sokong MAHATHIR, jawapannya mereka tidak sokong lagi MAHATHIR disebabkan dia tidak tunai janji manifesto.

Begitu mudah manusia hipokrik mencabang lidah mereka.



Friday, March 22, 2019

MANIFESTO YANG BELUM TERTUNAI, ITU CABARAN PH SEBELUM PRU15

Betul ke Najib itu suci sepanjang memegang kuasa sehingga puluhan duduhan ke atasnya dianggap olok olok.

Kalau betul tiada asas, najib paling happy di dunia, duduk je di rumah makan kuaci, main dengan cucu, dengan kucing....dulu rosmah komplain 
tak cukup tidor pikir pasal rakyat.

Kalau suci, tak le perlu penyokong baran macam lokman adam atau papa gomo.

Mahathir kena fitnah dah puluhan tahun, tak ada pun dia sebok ke hulu ke hilir jual muka. Dicabarnya heret dirinya ke mahkamah, sampai sekarang, sifar.

Yang rasa diri suci, masuk mahkamah berbelit belit minta tangguh.




# Rakyat akan lebih mudah menyedari dan menghayati situasi negara jika kes OKT cepat diperdengarkan.

Sepandai mana pun melengahkan, masa akan terus menghimpit memuntahkan segala najis dan lendir..




Thursday, March 21, 2019

KAYA RAYA..

Najib dapat keadilan sepenuhnya di mahkamah...


Wednesday, March 20, 2019

WALAUPUN NAMANYA UMNO, TAPI KALAU BERSIH TETAP DIKENANG, DIHORMATI..

WALAUPUN NAMANYA umno, TETAPI yang tunjukan hormat kepadanya sedikitpun tidak menjejaskan imej dan moralnya.

http://lifeofaannie.blogspot.com/2019/03/ghani-and-osman.html

Keahlian dan sokong umno tidak eksklusif TETAPI terbuka. Penyokong taksub Najib bukanlah bermaksud mereka penyokong umno yang bagus kerana lebih sayang pemimpin dari parti, mempertahankan pemimpin tidak bertempat.

Lebih tepat, penyokong Najib menjahanamkan umno itu sendiri. Mereka tidak malu malah bersyubahah cuba menutup bangkai dengan nyiru.

Tuduhan berasaskan dokumentasi, forensik akaun yang bakal dibentangkan BUKAN cerita awak nampak atau tidak lubang dubur itu ditusuk, IA BUKAN imaginasi atau hearsay TETAPI fakta hingga ke koma dan noktah.

Alhamdulillah, Najib KEMBALI menjadi hero rakyat WALAUPUN dalam keadaan "sakit" TETAPI penyokongnya masih di takok lama.
(INI AYAT ULANG SEPERTI DI POST LALU)

Pakai akai le sikit bro.

Tuesday, March 19, 2019

AKU PENING NAK SOKONG PAS KE UMNO

UMNO tanpa Najib, tanpa Zahid, dah cantik.
PAS bersama dengan UMNO, dah cantik..
Cuma Hadi nak bersekedudukan dengan umno, tak mungkin kahwin..
kalau kahwin pun, kahwin olok olok?

Monday, March 18, 2019

NAJIB KINI JADI HERO RAKYAT..BAGUS SEKALI

Yang lepas biar mahkamah adili..

KINI Najib jadi hero rakyat!

Pemimpin yang terpaksa atau disingkir menjadi hero rakyat bukan perkara baru...
Muhyiddin bangkit..
Mukhriz bangkit.
Shafie bangkit..
Musa Hitam cuba bangkit..
Ku Li Cuba bangkit..
Zahid Tak terbangkit..
Anwar lagi hebat, hero rakyat sampai masuk penjara pun masih bangkit, sampai sekarang..
TETAPI sejarah tidak pernah lupa merekodkan.

Apakah PH sudah sampai TAHAP menzalimi rakyat?
Menteri PH kaki bangku?
Cakap Tak Serupa Bikin¿

Bukankah lebih sesuai Najib jadi Ketua Pembangkang kerana partinya hanya KALAH PRU dan dia belum pun didapati bersalah?

BN sendiri sudah menghukumnya lebih awal.. (?)

Hutang Negara meningkat?
Lebih Besar dari kerajaan BN..
https://bankami.blogspot.com/2019/03/rm16396-bilion-bukan-jumlah-yang-kecil.html

APA jasa PH setakat ini?
Hapuskan GST.. (12%)
Kaji semula projek berunsur ahlong dan rasuah..
Menteri berhenti makan rasuah..
Jasa PH ciput
Dosa sebesar gunung (?)

Yang bestnya, penyokongnya PH kritik PH dan nampak kelemahan PH..
Malah MAHATHIR yang tiada sebaris ayat pun didakwa di mahkamah turut dikecam dalam pelbagai ISU.


( Lagi best, perumpamaan penyokong syaitan tetap puja dan mempertahan raja iblis mereka..
Tak ADA langsung cacat celanya. Tak BERANI sebut pun..)

Pernah dengar suharli masrop kritik Najib Dan Zahid? Semua simpan dalam kain..

Itulah bezanya, ketika Najib bangkit menjadi hero rakyat, penyokongnya masih kekal jadi mangkuk hayun..

Logiknya jika Najib belajar menyamun dari MAHATHIR, apakah MAHATHIR belajar menyamun dari Tun Razak.. (?)




Sunday, March 17, 2019

WHAT THE HELL..INI BUKAN ISU KAPIR HINA ORANG ISLAM..TETAPI ISU FAKTA PERBUATAN MAT BUGIS...





Cubaan mempertahankan diri makan tuan.
Sendiri jolok sarang tebuan.

Rasionalnya orang Bugis pun sudah tahu dan kenal...
ISU Dan masalah peribadi jangan seret Dan jerumuskan BANGSA, UGAMA, parti Dan negara...


Saturday, March 16, 2019

SEBOK DENGAN KAPIR SENDIRI TIPIS IMAN..

Puluhan yang tewas dan yang cedera dalam serangan di sebuah Masjid Christcurch New Zealand.
Alhamdulillah mereka mati di Rumah Allah, di tempat yang sering diidamkan, kita di mana belum tahu...

Semua itu harus memberi kesedaran bahawa maut boleh menjemput bila-bila masa.. bagaimana ia berlaku, bukan sangat perkara pokok.



.......

Sebelum saya dan isteri berangkat ke luar negara untuk menyambungkan pelajaran, kami sering ke ceramah-ceramah agama.

Saya masih ingat diakhir satu ceramah, seorang daripada pendengar menanyakan soalan

"Ustaz, kalau kita dengar orang menghina nabi, apakah yang sewajarnya kita lakukan pada dia?"

Lalu ustaz itu tersenyum dan berseloroh

"Kalau macam tu saya tak boleh jawab, kamu kene tanya Nabi Muhammad, sebab orang hina dia, bukan hina saya"

Kedengaran ketawa yang perlahan di seluruh dewan.

"Saya gurau je" ustaz itu menjawab.

"Nabi dihina bukanlah perkara baru, benda ni perkara lama sejak zaman baginda berdakwah lagi"

"Tapi masa tu zaman permulaan Islam memanglah orang tak terima Islam. Sebab tak pernah dengar" tanya seorang dari mereka

"Betul, zaman Nabi zaman permulaan Islam, tetapi sejak dulu hingga kini Nabi kita tetap dihina. Dari awal-awal perkembangan hinggalah kiamat, ejekan kepada baginda akan berterusan"

"Macam mana kita nak hentikan mereka. Kalau mereka tak hina terang-terangan, mereka hina Nabi kita bersama anak-anak mereka, dan anak mereka akan sampaikan kepada cucu-cucu mereka dan seluruh generasi mereka. Perkara ini takkan berhenti"

"Habis tu nak buat macam mane ustaz" seorang dari mereka bertanya lagi.

Semakin seronok pula isu ini. Saya terus fokus kepada semua jawapan ustaz ini.

"Kita memang tak boleh hentikan orang hina Nabi kita, tapi kita boleh hentikan nafsu amarah kita"

"Kalau kita dengar orang ejek Nabi kita, kita tanya baginda, ya Rasulullah jika kamu masih hidup apa yang kamu ingin lakukan pada orang yang menghina kamu?"

"Sebenarnya Rasulullah dah jawab soalan ni. Kamu ingatkan peristiwa Nabi Muhammad berdakwah di Tha'if?"

Semua menggelengkan kepala termasuk saya. Saya memang tak baca pun kebanyakkan kisah baginda.

"Semasa baginda berdakwah disana bersama Zaid, baginda dihina, dibaling batu hingga berdarah dan lebam badan baginda. Lalu baginda mengadu kepada Allah"

"Tidak berapa lama kemudian, malaikat Jibril datang dan beritahu Allah offer untuk himpitkan 2 gunung di antara kota Tha'if untuk hancurkan orang yang menghina kekasih Allah itu"

"Kamu tahu Nabi Muhammad jawab ape? Ini Tuhan offer tau. Bukan kita. Allah offer. Tau tak Nabi jawab ape?"

Ustaz tu pandang keliling jika ada yang ingin menjawab.

"Nabi Muhammad s.a.w menjawab, jangan, mana tahu Allah melahirkan generasi Islam yang hebat dikalangan kaum mereka"

"Kamu tengok. Allah offer untuk hancurkan orang yang hina dia. Untuk hapuskan orang hina dia, himpitkan dengan 2 gunung. Nabi kita rileks je tolak sebab dia fikir kalau bukan sekarang dia peluk Islam, mungkin anak-anak dia cucu cucu dia akan peluk Islam"

"Nabi kita pikir panjang bukan macam kita tahu nak belasah je"

Semua senyap sebentar. Tergamam dengan jawapan Nabi Muhammad.

"Cuba kamu bayangkan kalau kamu belasah orang yang hina Islam, dia ada anak pula. Kamu rasa anak dia tak marah dengan Islam sebab bapak dia kena belasah? Bapak kamu kene belasah kamu marah tak? Silap-silap 7 keturunan dia benci Islam"

"Salah siapa yang buatkan orang benci Islam?"

"Apa perasaan kamu apabila kamu dimaafkan oleh seseorang yang kamu buat salah? Kita hormat orang tu, kita junjung orang tu malah kita lindung orang itu"

"Tapi ustaz itu membuatkan umat Islam lemah?!" Seorang dari pendengar beri soalan dengan rasa tak puas hati.

"Kita memang manusia lemah. Tu sebab kita dilahirkan dalam zaman ini. Zaman ini untuk manusia yang lemah. Orang yang kuat wujud zaman Nabi je. Kuat mental" sambil ustaz menunjukkan kepalanya.

"Sebab zaman dulu kene seksa macam-macam suruh tinggalkan Allah, tapi dia masih lagi berpegang kuat pada Allah dan RasulNya"

"Zaman sekarang orang 'seksa' sikit je. Orang bagi rasuah kita ambik, orang bagi arak kita minum, orang 'babi'kan orang ikut pun ikut 'babi'kan orang, orang mencarut kita ikut mencarut, orang hisap rokok kita pun hisap rokok"

"Tanya balik diri kita tang mane kita kuat sebenarnya?"

"Jadi macam mane nak jadi kuat ustaz?" Giliran saya bertanya

"Rasulullah dah jawab orang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam pergaduhan, mereka adalah orang yang sentiasa menahan amarahnya"

Saya pun tersentak kerana saya pun belum boleh menahan amarah saya. Kalau saya marah semua saya tengking.

Tetapi Nabi saya dibaling batu dan dihina masih lagi menahan sabarnya walaupun Tuhan sendiri yang menawarkan untuk menghapuskan kaum itu.

Kalau kita offer nak belasah orang hina dia, saya yakin baginda pun tak bagi sedangkan Tuhan tawarkan untuk himpitkan 2 gunung pun Nabi tak mahu

Orang kata sabar ada had.

Entahlah, kalau Nabi kata orang yang kuat adalah orang yang sentiasa menahan amarahnya (sabar) maksudnya betullah kita ni umat dia yang paling lemah.

Sebab kita suka berpegang kepada perkataan. 'Sabar ada hadnya'

Orang jentik sikit pecah habis had kesabaran kita. Nipis rupanya had kita tu. Tak tebal mane pun termasuk saya

Entahlah.

Fadhli Sahar


SELEPAS NAJIB DIUNDURKAN - POLITIK KEMBALI NORMAL...

Jika Najib didapati bersalah Dan Di penjara, berakhirlah sebuah politik cash is King...

UNTUK menyatakan sekarang politik berbeza kerana berlainan parti sangat tidak jelas.

Apakah politik DAP berbeza dengan politik PKR (?)

Apakah boleh dianggap politik AMANAH lebih baik dari politik BERSATU (?)

Satu jawapn yang pasti, politik umno Dan politik pas sudah tidak ADA beza, sudah boleh duduk semeja.

Oleh itu kemasukan bekas pemimpin² umno ke BERSATU akan membawa roh Dan style umno sangat tidak tepat.

Politik umno Dan BERSATU tidak banyak beza.

Malah politik umno Dan dap sama sahaja, racial.

Yang ditolak Adalah cash is King Dan tamak haloba yang melampau. Episode itu sudah Di penghujung Dan setimpal.

KINI politik kepartian KEMBALI rancak dengan satu kualiti yang tidak banyak beza.


Wednesday, March 13, 2019

MANA KAUM SUHARLI MASROP..

Kalau nak mahir KORUP Dan menyamun belajar dengan pemimpin² umno, TAHAP pakar.

Kalau berjanji setebal bibir mat afrika tapi akhirnya mungkir, belajar dari PH, Lim GUAN eng.

Nak masuk syurga kena jadi ahli parti, Tanya pemimpin pas. Berbohong menipu dibenarkan, Tanya Nik beduh.

Tapi paling sengkek ngong bab fitnah putar belit memang dari kalangan suharli masrop.

Bila KALAH, suharli masrop menghilang...

Monday, March 11, 2019

NAJIB MENYUSURI JALAN YANG SAMA ANWAR LALUI?

http://feedproxy.google.com/~r/TukarTiub/~3/yyGLx9AhSQg/woit-apa-ni.html

Tidak pernah menang jika politiknya rakus, tamak dan haloba.

Tidak ADA sukacita jika selfie, kumpul dan tawa riang jika sekadar mahu menutup bangkai gajah.

Akhirnya setiap dahi kita tetap sujud menyembah bumi, tidak ADA siapa yang lebih tinggi dari siapa kecuali akhlaknya.


# insiden serangan seekor anjing ke atas tuannya sendiri yang selalu bersifat setia secara kebetulan sekadar SATU Tanda yang kurang enak.

KITA BUKAN NAK TONGKAT DUNIA, KALAU TAK BUAT SALAH APA NAK TAKUT, NAK BISING..


Sunday, March 10, 2019

RANTAU: HARAPAN KEPADA PERCATURAN ANWAR SEKALIGUS MENUNJUKAN KEPIMPINAN SEBAGAI PM IN WAITING...



Penyatuan PAS UMNO mempercepatkan lagi pengukuhan BERSATU di Sabah dan akan berlaku di tempat² lain..





Friday, March 8, 2019

DAP WAJAR DITENDANG KEKUAR DARI PH

Siapa yang BERANI lakukan?
MAHATHIR atau Anwar?

Sesiapapun dari PH yang BERANI melakukanya, wajar disokong.

Sesiapapun dari PH yang BERANI melakukanya sudah tentu mendapat sokongan PAS Dan UMNO.

Thursday, March 7, 2019

APA TAKUT BOSSKU..

Sepandai pandai tupai melompat, takut juga jatuh ke tanah...




Wednesday, March 6, 2019

MELAYU MASIH KETINGGALAN KALAU SEKADAR GHAIRAH DENGAN KUASA POLITIK

BANGSA Melayu mampu ternganga kalau sebut penyatuan Islam Dan Melayu. Mampu terpedaya.

Atas nganga itulah mereka sokong kerana katanya itulah penyatuan BANGSA, KEPALA bana mereka tidak dapat menilai antara penyatuan BANGSA Dan UGAMA dengan penyatuan pemimpin politik Cari makan.

Penyatuan kosmetik, wayang dua buah parti yang sedang melingkup dan hilang integriti.

Kenapa tidak dari dulu?!

Orang Melayu yang mudah ternganga dengan penyatuan politik um no-pas akan kena tipu lagi, Tak cukup 60 tahun, sanggup kena tipu puluhan tahun lagi... (?)

MASIH lagi mahu bersandar pada kuasa politik sahaja, kaya kerana KORUP, samun adalah asas yang lemah dan hina.

Kuasa sekarang bukan lagi pada polis, pihak berkuasa, parti atau kerajaan..IA bergantung sepenuhnya KEPADA siapa dan golongan mana yang menguasai ekonomi.

ADA kuasa politik bukan jaminan kuasai ekonomi, umno 60 tahun jadi kerajaan, Mana kuasa ekonomi Melayu?

PAS laung Islam 60 tahun, Mana kuasa Islam?

Semuanya tiada, sebab semuanya tin kosong!?
Yang Kaya kaum kerabat dan kroni, tidak terkecuali MAHATHIR dan Anwar, contoh buruk juga ADA  pada Najib Dan Zahid..

Sedangkan yang tidak menguasai kerajaan, kaum cina Dan India bina asas Dan KINI kuasai ekonomi..

Kalau Hari ini mereka segelintir yang kurang ajar Dan lupa daratan, itu kerana mereka sedar mereka lebih berkuasa kerana ADA Wang.
Salah siapa?

Antara Najib Dan Jho low siapa yang lebih pintar?

Tuesday, March 5, 2019

NO TO PAS

UMNO dan PAS semakin erat, semakin sedar diri tentang buruknya rasuah kalau diamalkan dan buruknya Islam jika diperalatkan.

Berapa ramai yang sudah KORUP sanggup pulangkan semula KEPADA rakyat atau masih BERLAGAK suci.


Sunday, March 3, 2019

SILAP JIKA KATAKAN MAHATHIR MAKIN LEMAH KERANA PH KALAH DI SEMENYIH..

MAHATHIR makin diperlukan lebih dari sebelumnya pada PH.

DAP dan BERSATU tewas di CH dan Semenyih kelak giliran calon PKR di Rantau.

Jika pun perlu perubahan, Anwar perlu DILANTIK segera sebagai TPM.