Friday, May 10, 2019

MAHATHIR KATA TIGA TAHUN PULA?

Kikikiki..

Politik MAHATHIR bukan setakat dengan pembangkang dan kaki bangkang tetapi juga dengan penyokong PH yang berpuak-puak.
Sokong PH tapi sokong SI anu sahaja..
Sokong PH tapi sokong kalau aku DAPAT jawatan..
Sokong PH tapi tapi dengan syarat..

Kenyataan MAHATHIR itu sengaja atau tidak, aku kurang pasti tetapi bontot yang relevan memang berasap..

Aku sendiri mengharapkan Tun hanya 6 bulan sahaja, Disember 2018 serahkan pada Anwar..tetapi itu tidak menjadi kenyataan..
Dari setahun jadi dua KINI jadi tiga.. Lebih tepat Bagi aku bukan tempoh tetapi Masa yang sesuai untiuk berundur..

Tun berundur apabila semua projeknya sedang rancak berjalan..
Tun tidak akan Ulang lagi kes Jambatan Bengkok..dikhianati oleh penggantinya secara bacul.

Kenapa PERLU tergesa saran Tun berundur?
APA hujah bernas..
Jika ADA pemimpin yang berhajat..PERLU JANTAN ke DEPAN berhujah..

Aku sendiri suka Tun berundur SEGERA tetapi siapa pengganti yang lebih baik darinya..itu sahaja yang aku mahu tahu..

Dan lebih penting APA PERANCANGAN yg boleh dilihat logik Dan berkesan..

Sekadar sebut nak kurangkan Kos saraan atau banyakan peluang pekerjaan Tanpa ADA plan TINDAKAN.. IA belum cukup kuat hujah untuk Tun berundur.


Negarawan bukan sahaja mengkritik tetapi ... Sedia dikritik


Thursday, May 9, 2019

SUDAHKAH KERJA² PEMBERSIHAN DI UMNO DAN PAS SELESAI?

Apakah ada tanda² pemimpin umno sekarang anti rasuah jijik rasuah jika diberi peluang semula memerintah?
itu persoalan pokok?

Soal umno akan menjaga kepentingan melayu dan Islam hanyalah retorik.
Apa yang mereka mampu kalau sendiri pun susah nak berenggang dengan rasuah, kroni dan salahguna kuasa?

SPRM belum kutip habis pemimpin umno yang boleh dikaitkan dengan korup, terbaru hanya bung mokhtar..apakah lain²nya sudah bersih?
Apakah sudah SPRM declare pemimpin umno lain bebas korup?
Atau SPRM tangguh dulu kerana terbeban dengan kes² yang sedia ada?

Kalau lihat kepada lokman adam, nyata umno masih jauh perjalannya untuk suci diri..

PAS lebih wajar menjadi sandaran kepada orang Islam dan melayu berasaskan kepada akhlak dan amanah mereka sangat jauh dari korup.
Kelemahan dari segi pengurusan, lebih cakap dari kerja, lebih celupar dari otak adalah kelemahan yang boleh dibaiki.

Di harap Kerajaan Negeri Terengganu akan melahirkan pemimpin² yang ada kualiti nasional dan international untuk dijadikan contoh kepada pengurusan negara akan datang.

Pemimpin² Melayu dan Islam selepas Mahathir ada potensi untuk porak peranda dan bertelingkah sesama mereka.

SINGAPURA DAN US PULANGKAN DUIT?


Duit APA?
Dari mana sumbernya?
Kenapa dipulangkan?

Tok arab gila derma lagi ke?



SOALAN atok untuk cucu² bengong...








BERSATU JOHOR WAJAR BUBAR DAN SERAH PADA UMNO UNTUK TADBIR NEGERI..

Baru PADAN muka semua..
Perangai pun dah lebih teruk dari umno..


HIBURAN


https://www.amenoworld.org/2019/05/najib-nafi-curi-rm4b-dana-kwap-melalui.html


# Raikan perbezaan pendapat dan bagi sesetengah orang itu cerita kayangan@bunian@maharajalawak.

Ini pun hiburan juga..

http://feedproxy.google.com/~r/TukarTiub/~3/5A4lp8gYMmI/rakyat-gumbira.html

# Bagi yang biasa tengok drama Melayu atau Hindustan, tengok awal sikit je dah cukup..Kita tahu happy ending, penjahat pasti mati kena tembak atau masuk penjara.

Wednesday, May 8, 2019

RENTETAN SKANDAL 1MDB

Sudah ADA yang MENGAKU salah..
Sudah ADA yang dijatuhkan HUKUMAN bersalah..
Sudah ADA yang MENGAKU tidak bersalah..
Sudah ADA yang sedang dalam prose's perbicaraan..
Masih ADA dungus yang mempertahankan..

Cuma yang tiada setakat ini..
Tiada yang dilepaskan dan dihukum tidak bersalah..

Skandal 1MDB, (Satu Malaysia Di Bodohkan) kini bukan lagi fitnah.


RAKYAT MENANG

Pertamanya rakyat MENANG di PRU14, singkir lanun.
Kemenangan terbesar, PH hanya tumpang kemenangan tersebut.

Keduanya rakyat MENANG di PRK, menangkan umno untuk memberi peringatan kepada PH yang lembab.

PH mungkin seterusnya kalah di Sandakan kerana ISU tempatan. Batu apinya Sarawak.

Kerajaan dari segi TINDAKAN digambarkan 5/10 tetapi Tun sendiri mengetuai kerajaan telah menyuarakan suara rakyat dengan jelas 8/10.

Rule of laws benar² mula mencengkam mencari SI pelaku dan kerajaan sedang heading ke arah yang rakyat mahu.

Keberanian dan ketegasan Tun yang disifatkan cari gaduh memang tepat pada masanya, cukup cukuplah rakyat dibuli.


Masa untuk rakyat MENANG sudah tiba melalui Pakatan Harapan. 






Tuesday, May 7, 2019

RINDU ERA PEMIMPIN JADI PENCURI..

Rosak iman dan rosak Ramadhan kamu tahun ini..

Wallahua'alam..


Yang baik tetap baik, ganjarannya di jannah. Yang buruk Dan mungkar selalunya Allah bagi advance cash di dunia untuk peringatan Kita semua.

ANWAR MEMPERKUKUHKAN MAHATHIR, INI MACAMLAH RAKYAT NAK TENGOK..



PANDANGAN RAIS YATIM

Tidaklah merapu macam LOKMAN Adam..




RULE OF LAWS, TERLALU BANYAK DAN TINGGI HARAPAN KEPADA IGP PH




HARI RAYA BERGELAP

sedikit detail


Satu lagi projek, PH.. ( :

Ada 1001 lagi perubahan baik yang boleh dibuat oleh kerajaan tanpa tambahan kos dan peruntukan untuk keselesaan rakyat di samping cukai tambahan kepada golongan mewah.

Bagaimana dengan plate nombor kenderaan, sewajarnya juga sedikit kelonggaran dan cukai dikenakan.


Monday, May 6, 2019

PRESTASI KABINET HANYA 5/10

Report card Tahun 1 dari 5 tahun..
Lulus..
Semua B Dan C, tak ada A

Subject Moral 0
Subjek Rasuah 0

Report card akan datang, Tahun 2, KALAU masih headmaster yang sama, SATU dua tiga akan kena buang..
KALAU headmaster baru, unpredictable.

Kenapa 5/10
Tenggelam disebabkan kebebasan bersuara di era PH adalah 8/10..boleh speed maksima 80/km/h

Belum lagi ADA kes yang lapor kena siasat, kena lokap, kena dakwa, masuk penjara...
Di Parlimen belum lagi ADA SOALAN yang tidak boleh ditanya.
Parlimen bebas dari pendekar jamban.

Soal BANGSA Dan ugama..
Sendiri jaga.


KENAPA NAK LEBIH² GANGGU PM?

Setakat nak cakap kerajaan Tak Bantu Melayu..
Setakat nak cakap DAP hina Islam..
Setakat nak cakap kos Sara hidup tinggi..

Memang boleh pun cakap..
Tapi Perlu ke tanam permusuhan benci?
Boleh ke sampai tahap berbohong Dan menipu kononnya kerajaan abai Melayu Dan Islam..

Tulin sangat ke jati diri hingga menghayati nasib petani, nelayan Dan miskin bandar.
Hakikatnya sendiri masih berumah besar, kereta besar, Wang besar..

Berlebihan gelisah, panas, rimas, melenting ini Tak masuk akal..
Tentu ADA sebab lain.

PH baru setahun, Kita tunggu lagi 2 tahun, PAKAT² balun...

Sunday, May 5, 2019

TRAGEDI PEMIKIRAN MELAYU



KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.




Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.




Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.




Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?




Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.




Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.




Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggung jawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.



Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walau pun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahu pun PAS, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.


#Tidak DAPAT dikesan tarikh sebenar tulisan ini

BANTUAN SAMARATA KEPADA SEMUA NETIZEN YANG LAYAK



Itu saranan limguaneng atas kapasiti SEBAGAI setiausaha agung DAP.

80% Melayu adalah layak Dan selebihnya Dari kaum lain.

SEBAGAI Melayu yang mendabik dada KETUANAN Melayu, peratus itu sangat MEMALUKAN.

Lebih jijik, jika kita bersikap menghalang bantuan kerajaan kepada kaum lain yang senasib.

JANGAN seperti sebelum ini, bantuan berbentuk pinjaman bukan pada yang tulin layak Dan salahguna kuasa.



DI AMBANG RAMADHAN

Balik beramadhan..
Sarapan..
Makan tengahari...
InsyaAllah..makan malam..terawih..mentong/cholek

Siapa selepas MAHATHIR?
Siapa yang semampunya?
Itu ANTARA yang terpacul Dari mulut mereka-mereka-mereka bangsa JOHOR.

Uuhhh...ingatkan MAHATHIR sudah disalaherti, tidak diharhagai..
Alhamdulillah


Ramadhan..istiqamah menegakan kebenaran.

DI AMBANG RAMADHAN

Siapa yang ADA link blog budin, boleh Tak siarkan.

Hampir setahun Tak jenguk, katanya meriah, katanya aku popular Di Sana kikikiki .....katanya ADA nangoi DANGOI Dan penyokong boboi nak ajak aku berdebat di Sana...

Takut la sangat..

Nak ke Sana jenguk²..agar Tak meriah dengan fitnah, maki hamun sempena RAMADHAN ..Dan berkekalan.


Saturday, May 4, 2019

BACA SAMPAI MUNTAH..

Duit rakyat jadi duit mak bapak mereka..

Mak bapak pun takkan bagi pada anak kaki KENCING....


Dengar sampai PEKAK. Salahguna kuasa.
https://www.amenoworld.org/2019/05/penjelasan-kenapa-epu-tolak-permohonan.html

PEEBEZAAN PENDAPAT ISTANA DAN KERAJAAN SERTA KECEMAN ATAU KENYATAAN TERBUKA WAJAR DIHENTIKAN

Jika berterusan ia akan melukakan kedua dua pihak dan rakyat akan kecewa.

Jika berterusan, IA boleh menjurus kepada sesuatu yang lebih dukacita dan di luar jangkaan.

Rule of laws applied to all.


Friday, May 3, 2019

KHALED NORDIN THE BEST PERSON TO ANSWER..


https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/03/dr-m-govt-will-try-to-claim-rts-land-will-buy-it-back-if-johor-sultan-paid-for-property/

Tidak dimaklumkan..


Itu Tanah Persekutuan..


PEMIMPIN MELAYU DI PH HANYA PERLU AMALKAN RASUAH UNTUK DAPAT SOKONGAN UNDI MELAYU DAN MENANG PRK..

Sekarang ini pun kerajaan yang mengamalkan anti rasuah dilihat suka bergaduh dan bertelagah dengan pihak tertentu? Apakah ini kerana mereka rasa terganggu?

Jika amalkan rasuah boleh meredakan keadaan, kenapa tidak pemimpin Melayu PH khususnya, amalkan?







AKU NAK TANYA SATU SOALAN KEPADA NAJIB BIAR DIA KOYAK RABAK?

Sepuluh SOALAN ditanya Najib kepada Mujahid berhubung LUTH(?)

https://www.amenoworld.org/2019/05/10-soalan-ini-akan-buat-mujahid-koyak.html

Pertamanya, yang patut Tanya Mujahid bukannya Najib tetapi yang setaraf dengan Mujahid seperti Azeez Rahim atau mantan Menteri Ugama, Menteri di JPM.

Oleh kerana Najib adalah mantan PM dan mantan Menteri Kewangan kenapa tidak dia bertanya SOALAN kepada Tun Dr MAHATHIR Dan Lim GUAN Eng supaya mereka juga turut koyak?

Wednesday, May 1, 2019

4MEI NAK KUMPUL DEPAN SOGO?

Maaf le, aku ADA mesyuarat PIBG..
Majlis ilmu..
Majlis mempertingkatkan kemajuan anak BANGSA...
Membawa usul dengan adab, dengan ilmu..bukan EMOSI.

Lebih penting PIBG tidak campurtangan urusan pengurusan dan pentadbiran sekolah..
Tidak ganggu perlantikan guru kanan guru kiri.
Sebaliknya menyokong dan membantu.
Pelajar dan murid²  tidak diracuni untuk mempersenda Pengetua Dan guru²...

Prinsip asasnya...
APA yang anda tanam, itulah yang anda tuai..











SEBAB PENYINGKIRAN PERLU KUAT...


http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/perlembagaan-benarkan-agong-singkir-pm.html

Sekuat mana kebangkitan rakyat menyokong penyingkiran seorang PM perlu diambilkira dan sekuat mana pula penggantinya dapat mengawal keadaan sangat² penting.

Tiada pengganti yang sesuai dan layak setakat ini......menjadikan PM sekarang dikira selamat.

Dalam masa yang sama perlu juga diambilkira kuasa seorang PM yang boleh menghalang semasa proses penyingkiran dibuat.
Melantik TT adalah strategi MAHATHIR yang tepat.

Yes or no juga perlu ambilkira kesan dan akibat penyingkitan PM tanpa melalui proses pilihanraya atau peralihan kuasa yang lancar.


BENCANA YANG MENANTI

https://vt.tiktok.com/ZS8LHd23a/ Ada duit setinggi gunung sekalipun ia akan susut dengan cepat ditelan inflasi.  Ada harta seperti rumah, ta...