Sunday, May 31, 2020

BERSAMA DAN MENYOKONG MAHATHIR TIDAK MENJADIKAN KAMU KAYA..

Dengan ini aku tarik balik sokongan ke atas Mahathir..

No lubang..
No jawatan..
Cannot sapu..
cannot song..
cannot lap..
Where got road..

JANGAN PERCAYA...


EMAS KOREA



ttps://msomelayu.blogspot.com/2020/05/keterujaan-kepada-muhyiddin-macam.html


Saturday, May 30, 2020

BOLEH PERCAYA KE SI HAMZAH TU..

Hamzah once labelled Muhyiddin as 'power hungry', claims Syed Saddiq: The former youth and sports minister says Muhyiddin Yassin needs to know who his friends and foes are.

PERLU KE PERTAHAN TUN?




# Sebenarnya tak perlu pun pertahan Tun sebab semua gerak dan keputusannya benar belaka.
Dia boleh berdiri sendiri.
Penyokong tersebar luas, tak perlu kerumun.

Yang perlu dilakukan adalah sokong soal kebenaran dalam mencari keadilan.

Tak perlu ampu bossku bossku, jilat dan cium tangan.

Paling pelik di sesetengah parti, penyamun pun dipelihara keahliannya.





Thursday, May 28, 2020

NAK PERTAHAN NAK BEREBUT JAWATAN PM INI UNTUK APA YE?

Orang kita masih dlm "honey moon" mood dan mood festival. Masih seronok cuti lama.

Kita tengok lepas 6 bulan ni, macamana keadaan yang dibuang kerja, yang freelance..great depression diseluruh dunia akan sampai awal tahun depan. 

Sektor pelancungan dah mula terkesan, airlines rugi USD500 billion di seluruh dunia, hotel dah mula tutup, Air BNB pun dah mula di lelong, Lepas 6 bulan, kereta, rumah, akan mula dilelong.  *Ramai yang akan muflis.

Sektor perumahan, "sejuk" sangat skrg. Kereta motor sales jatuh teruk dalam 2 bulan lepas.

SME banyak yang tak boleh nak sambung meniaga. Restoren income separuh atau kurang separuh.

Di China, kilang dah dibuka, order tak ada, di US 32 juta hilang pekerjaan.

Hutang isi rumah orang Malaysia, tinggi dan simpanan rendah.

Orang Malaysia masih dalam mood happy.. lagi lama PKP ,lagi ramai akan dibuang kerja. Kerajaan nak buat apa? Kalau SME memang dah tak berupaya sambung meniaga.

Genting Berhad pun dah mula buang pekerja, (konglomerat besar tu) di panggil MSS, bukan sektor perhotelan dan gaming sahaja, sektor hartanah pun di buang (MSS)

Jadi, berjimat cermat lah...jangan kerap sangat serbu IKEA, Poh Kong, AEON bila bantuan RM1600 di beri...belanja utk keperluan asas dulu.

Reality great depression  ini akan menjurus kepada jenayah, merompak, pecah rumah ,ragut dan lain lain.

Brace for it...bukan sekadar penyakit Covid-19, the aftermath is far greater than we think.

KERJA YANG PALING BODOH IALAH MEMECAT MAHATHIR..

Muhyiddin dipungut Mahathir di tepi jalan setelah dipecat Najib...

Dibersihkan, diletak jadi Presiden.

Sekarang dipecatnya Mahathir.


#Seorang wira yg sudah nak bersara, kenapalah di baginya senjata tajam dan kuda gagah perkasa..




PH AKAN PILIH TUN M LAGI SEKALI SEBAGAI PM?

aku tak suruh percaya..

tetapi itu sahajalah logik akal kalau khalid samad dan anwar ibrahim tidak mabuk..

itu sahajalah yang mampu membuatkan penyamun gigil semula..

itu sahajalah logik akal kenapa BERSATU belum pecat Mukhriz Mahathir Maszlee

aku tak suruh percaya kecualilah kau orang percaya dan mula dengan maki hamun fitnah..

kalau tak percaya tentu tenang² sahaja.

Wednesday, May 27, 2020

YANG BELUM

Yang mengharapkan Muhyiddin tewas di parlimen belum kesampaian..
Yang mengharapkan Najib dibebaskan..cerita digembur mendahului mahkamah..

Kedudukan Muhyiddin makin goyah jika Najib terbebas??



Monday, May 25, 2020

SIAPA SEDANG BUAT CERITA SEKARANG SUPAYA TAMPAK RELEVAN DIBEBASKAN DAN TIDAK BERSALAH?

MAJORITI MP PKR AKAN MENYOKONG AZMIN

Kalau Muhyiddin sedang menguasai MP BERSATU dengan pelbagai cara,.
Sudah tentu Azmin Menteri Kanan yang Kanan mampu berbuat demikian.
Malah MP UMNO pun mampu ditarik secara "sokongan" kalaupun tidak secara terangan.

Jika Tun mampu ditinggalkan, whats so special about Anwar tidak akan menerima nasib yang sama?

Azmin juga dikhabarkan belum menyerah borang keahlian kepada BERSATU dan satu penubuhan parti baru atau GERAKAN ada asasnya !!

BERSATU dan PKR akan ditinggalkan kepada pengasasnya dengan keahlian tinggal sebutir dua?

APAKAH MUHYIDDIN AKAN BERLEMBUT DENGAN KES RASUAH SEKARANG DAN SEBELUMNYA??

Apakah era PH ada yang dilepaskan akan turut berlaku di era Muhyiddin?
Whats so special ia tidak akan berlaku?

Atau kembali ke era Cash Is King dan derma tok arab..

Saturday, May 23, 2020

UMNO TAK PERLU MALU MALU UNTUK MEMIMPIN KERAJAAN SEKARANG DAN MENABALKAN SEMULA NAJIB SEBAGAI PM

Tun akan kemukakan usul undi tidak percaya kepada PM di Parlimen dan UMNO perlu sambut dengan mencadangkan Najib atau Zahid sebagai calon PM.
Gerakerja boleh dimulakan sekarang.

Muhyiddin akan berlari kepada Anwar jika ini berlaku dan ada lebih baiknya Anwar sebaagai PM berbanding Zahid@Najib.

StayHomeMakanKetupat

http://kedahlaniie.blogspot.com/2020/05/adakah-umno-sudah-berlagak-jadi-abang.html

UMNO SEKARANG PERLU MEMIMPIN DAN AMBIL ALIH KERAJAAN DARI MUHYIDDIN...

ALANG ALANG BIARLAH NAIIB PM SEKALI LAGI..



𝐍𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍- 𝗚𝗼𝗽𝗮𝗹 𝗥𝗮𝗷 𝗞𝘂𝗺𝗮𝗿

Pendakwan terhadap DSN dijangka akan digugurkan tidak lama lagi. 

Antaranya adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Amerika, kekurangan bahan bukti amat ketara pihak pendakwaan yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan. Juga kerana pihak pendakwaan manjadikan hampir keseluruhan asas kes mereka berdasarkan bukti-bukti tidak diterima mahkamah, cakap dengar, sangkaan, dan dakwaan tidak berasas pengubahan wang haram, kecurian dan penyalahgunaan dana kerajaan. 

Peguam Negara juga telah memulakan proses menggulung hujah pendakwaan dan saki bakinya jika ada yang akan pada akhirnya membebaskan DSN secara terhormat. 

Pentadbiran Trump juga sedang meneliti tingkah laku Loretta Lynch yang sedang disiasat dengan sangat dahsyat atas aktiviti-aktiviti dan peranannya di dalam beberapa skandal sebagai Peguam Negara Amerika era Obama. 

Dan antara dari banyak salah laku sebagai Peguam Negara US yang telah ditemui Amerika adalah bukti subahat Loretta untuk mengenakan DSN dan beberapa individu lagi bagi pihak NGO-NGO yang dibiayai oleh NED, Open Society milik Soros dan Clinton Global Foundation. 

Kesemua ini adalah kesalahan-kesalahan serius yang membawa hukuman mandatori penjara untuk tempoh yang lama di Amerika. 

Terdapat cakap-cakap bahawa Loretta telah bersetuju untuk beri kerjasama kepada pihak penyiasat sehingga ke tahap Amerika dan Malaysia tidak lagi dapat mempertahankan dakwaan terhadap DSN dan ahli keluarganya.  (kerana terbukti bohong dan ada konspirasi)

Kami sentiasa konsisten mengatakan bahawa DSN tidak bersalah dan telah diperangkap; bertentangan dengan pandangan puak-puak yang beriman bahawa Najib bersalah. 
Kami kekal dengan pendirian tegas kami. 

Diterjemah dari penulisan asal berbahasa Inggeris oleh Uncle Gopal Raj Kumar. 

Link asal: https://www.facebook.com/100002331003663/posts/3134997183254618/?d=n






Friday, May 22, 2020

FASA PERJUANGAN PERIBADI ANWAR SUDAH DI BAKI PENGHUJUNGG TETAPI NAJIB BARU BERMULA..

Anwar dari awal lagi disokong 100% tetapi di pusingan akhir... Azmin overtake di selekoh tajam.




Politik Najib - Mahathir bukan lagi halangan..
Tetapi kenapa masih terkial-kial...takkan dengan Muhyiddin pun dah alah malu.
Takkanlah UMNO yang dikenali parti keramat dan hebat masih mahu membontoti Muhyiddin yang parti sendiri tidak 100% menyokongnya.

Segeralah ambilalih kerajaan..

.......

Kita rakyat, kita penyokong kena tahu garis panduan dalam mencari kebenaran..

Itu je nasihat..
Ikut garisan, no entry jangan masuk, jangan ratib siang malam cuba overtake di double line...berhenti di lampu isyarat merah..jangan masuk longkang.

PKP....jangan rentas negeri rebut kerusi, singkir dan pecat sana sini..

Bila diberi laluan, jangan khianat.
Kalau Ramadhan lebai tak kuarantin nafsu - apalagi lepas raya!!!

SIAPA MELAYU² DAN MELAYU² BERSATU YG IKUT MUHYIDDIN..

Kita setuju mereka cuba menyelamatkan Melayu dari kerakusan DAP tetapi bukan dengan menjadi Melayu murahan, Melayu yang mungkir janji. Melayu yang bersekongkol dengan korup etika dan korup harta.

Jika benar mereka mahu Melayu hidup bermaruah adalah dengan meninggalkan pemimpin mereka yang korup dan menyatukan diri dengan BERSATU yang sedang dipimpin negarawan.

Malangnya Muhyiddin Azmin hanya mahu mencuri peluang untuk menempatkan diri dan memberi  dan membeli peluang untuk menghidupkan semula Melayu korup.

Apa yang nak dibangakan dengan Melayu BERSATU Muhyiddin walau majoriti, walau berkuasa, walau berpangkat tapi nilai²nya diketawakan DAP.

Kalau pemimpin kau jenis pelahap, apa yang kau nak tunjukkan dan gayakan kepada DAP?

Menangkah itu?

Thursday, May 21, 2020

SETAKAT INI AKU MASIH SOKONG LANGKAH POLITIK TUN WALAUPUN TIDAK POPULAR..

Sekadar langkah politik yang berbeza bukanlah satu dosa..
Tiada sebab kuat untuk aku tidak sokong..


Dia bukan peliwat penyamun dan pengkhianat...

Jangan pakai topeng kononnya covid19 tetapi kau sebok jual pangkat jual jawatan, singkir dan pecat dengan tangan ghaib..

Jangan jadi bacol dan bahalol bahawa perjuangan Tun untuk dirinya, guna akai jangan jadi pandir ...
Menyatakan sesuatu yang difikirnya benar walau sampai ke liang lahad bukan lagi perjuangan peribadi tetapi pada bangsa dan ugamanya,,

Perjuangannya bukan untuk melepas tengkok dari disumbat ke dalam penjara..
Bukan perlu tunduk untuk diampun sandiwara dunia..
Tak perlu tebuk..Tun nyatakan secara berdepan..
Bukan berlindung dengan status dan rumah agam atau di padang yang tidak rata, tetapi di Parlimen..

Kau punya idola ada??

TUN BUKAN LAGI PENGERUSI BERSATU 2017- 2019 TETAPI MENANG TANPA BERTANDING JAWATAN PENGERUSI BERSATU UNTUK PENGGAL 2019 - 2022

Itu je nak bagitau..

Masih ada masa untuk politik kotor menafikan atau membatalkannya, cubalah..

Wednesday, May 20, 2020

PADU - MUHYIDDIN WARNING PENYAMUN PELAHAB PENYENDAL


https://malaysiagazette.com/2020/05/19/tiada-ada-maaf-bagimu-kata-muhyiddin/

Ungkapan padu ini sangat lumrah..
Buat halwa telinga.

Kita tidak perlu tunggu lama samada bikin serupa cakap atau cakap tak serupa bikin..

Politik kotor sedang dipercaturan..

Tuesday, May 19, 2020

SANGAT NIKMATNYA ALLAH BAGI PADA TUN

Ketakutan MEREKA yang melebihi lubang kubur.

Tak perlu jadi penyamun, tak perlu liwat, tak perlu jadi penipu pendusta, tak perlu jual ugama, tak perlu ada skandal dunia, tak perlu rasuah, tak perlu jadi pengkhianat, tak perlu duduk bangku beku di mahkamah, tak perlu keputusan mahkamah....anda boleh disingkirkan.

Kehebatan itu tidak mungkin ada pada orang lain.

BERADA DALAM POSISI YANG PALING BAWAH DAN SEDANG RAMAI RAMAI MENGHINA TETAPI PALING DITAKUTI - SATU SEJARAH DAN PERISTIWA DI RAMADHAN YANG SUNGGUH MULIA.

PANGKAT DAN JAWATAN BUKANLAH YG DIKEJARNYA

Monday, May 18, 2020

MAJORITI ORANG UMNO SANGGUP JILAT LUDAH SENDIRI?

Masa Mahathir PM berduyun juga menyeberang..

Masa Muhyiddin PM berduyun mempertahankan..

Kalau Anwar PM, aku yakin ramai membontoti..

Dulu Muhyiddin dipecat..sekarang terpaksalah cowteam..

DAH NAK CUTI, NAK BEREHAT. BALIK KAMPONG .


PERSIDANGAN PARLIMENN - NO KOMEN





Sunday, May 17, 2020

BOLEH PERCAYA KE PUAK NI TERMAKAN NASIHAT..



selepas Mahathir, tommy thomas adalah figure yang sangat dibenci oleh puak ini dan tertiba mengaku makan nasihat, atas nasihat..

aku nak tergelak tapi tak jadi..



di afrika, quote ini selalu digunapakai..
"brilliant idea always come from otak penipu*

Saturday, May 16, 2020

SELEPAS TEBUK ATAP APA PULA FATWA PAS YANG TERBAHARU?



Apabila disebut Kerajaan Kedah Buah Gugur  jangan pula fitnahkan aku yang rekacipta.

Sepertima kerajaan tebuk atap - itu kebijaksanaan Hadi.

SOALAN MAHATHIR BUAT KEPALA MEREKA KOYAK RABAK.



menyamunlah banyak²dan kalau kena tangkap, setuju pulangkan sebahagian dan kemudian dibebaskan.

kalau tak kena tangkap cash is king.

kalau diseret ke mahkamah meroyanlah kononnya itu konspirasi politik... ada harapan dibebaskan

jangan tanya..
ini memang jenis melayu bacol tak tahu malu..

Friday, May 15, 2020

BILA NAK BEBASKAN MEREKA YANG DIDAKWA ATAS KONSPIRASI POLITIK?

Soalan ini sudah lama, cuma tidak terilham, takut mempertikaikan mahkamah..

Akhirnya muncul juga soalan yang sebenarnya sudah ramai jangka..
Ada yang berselindung, mahkamah belum membuat keputusan..
Masa menyamun (contoh!) Tak pula dia tanya mahkamah ..

Sejak bila seluruh hidup kita tunggu mahkamah baru nak bertindak?
Sejak tak kena batang hidung sendiri...
Bila kena batang hidung.. bersilat. Apa malu????

Dalam situasi politik jual beli, bisik.. janganlah ragu²..labelkan sahaja dakwaan atas konspirasi politik.. bebaskan, selesai..

Melayu yang dikategorikan bacul, no harm, boleh terima.

Satu lagi soalan yang aku nak Tanya..
Ada Tak pemimpin politik Melayu, Pegawai Tinggi kerajaan  yang kaya raya mewah tanpa bersekedudukan dengan cina DAP?

Bab politik..benci sungguh..
Bab ekonomi..makan babi panggang bersama..

Betulkan, kalau aku tersalah..







PILIH DAN SOKONGLAH UMNO BERSATU DAN PAS - SUDAH TIADA BEZA

Tolak maszlee, mukhriz, mahathir..

Melayu terus mercu dan makin hebat di mata dunia?
Dah Tak segan silu, dah Tak rasa bacol untuk mengaku Melayu Malaysia di luar negara?

Bangga..

PARLIMEN DIBUKA BEBERAPA JAM UNTUK PERASMIAN/TUTUP

Itu yang aku faham..

Apakah Ahli Parlimen Pembangkang akan hadir?

Ucapan Tuanku jadi perhiasan? Tiada perbahasan dan menjunjung kasih?


Thursday, May 14, 2020

ASAS YG KUAT UNTUK TURUN KE JALANAN..

Korang Nak Join Ker Mat Sabu Ajak Turun Jalanan? Hahahahaha


Tidak penting berapa ramai yang nak turun dan yang akan turun tetapi mesejnya nak politik kotor atau nak politik bersih..


Wednesday, May 13, 2020

APAKAH MUHYIDDIN SEDANG BERUSAHA KERAS MENJADI PM YANG LEBIH WORST DARI NAJIB?

https://shahbudindotcom.net/2020/05/14/muhyiddin-terbukti-penakut-sudah-tiga-kali-mengelak-dan-mengubah-peraturan-parlimen.html

Mukhriz sedang disingkir..
Proses pemecatan Tun dan Mukhriz dikatakan sedang berlaku..
Berlori lori fitnah ke atas Tun berterusan...
Berkapal kapal kononnya orang Melayu marah kepada pandangan terbaru Tun..
Tidak ada satu cerita baik pun tentang Mahathir..

Yet, mereka scared of Mahathir macam takut malaikat maut.

Aku bagi contoh yang paling senang, Bantu otak kau orang yang lambat berkembang..

Kalaulah usul undi tidak percaya itu dibawa oleh Anwar, aku jangka Muhyiddin lanjutkan sidang parlimen  seminggu..

Kalaulah usul undi tidak percaya itu dibawa oleh Najib, aku jangka Muhyiddin lanjutkan sidang parlimen sebulan..

PANDANGAN TERBARU TUN MENEPATI SASARAN..

Jika ramai Melayu yang marah, ia sekadar membenarkan pandangan Tun ..
Malah pandangan itu sangat bernilai di peringkat antarabangsa..

Orang Jepun dan Korea misalnya membuktikan diri mereka hebat kerana sukses..
Bukan kerana mereka mengaku ketuanan tetapi mundur, haprak dan sokong penyamun..

Sesimple itu je untuk memahami pandangan Tun..

Ramai pemimpin Melayu sangat terkesan, gentar dalam kebenaran kata Tun tetapi merasa lapang dan legaa bila orang Melayu marah..
Itulah politik cari makan mereka..

Majority orang Melayu tidak akan marah jika mereka disuap, disuap, disuap walaupun dikaldaikan..

Kalau ada yg marah pada aku, tanda betullah pandangan aku ini sebab aku tak dodoikan mereka dengan angguk setuju yes..

#BERSATU MAKIN HAMPEH DI BAWAH PRESIDEN YANG KHIANTI PENGERUSI


# pecacai penyamun dan penebuk patut rasa malu kesipuan apabila dengan tenang Mukhriz nyatakan dia masih MB dan menguasai kerajaan negeri kerana sebarang peralihan kuasa bukan melalui sidang media. bukan melalui tepuk suara lebai dan bukan melalui tebuk lubang.

Is mesti melalui beberapa prose's undang² dan yang terbaik melalui dewan undangan negeri.


Tuesday, May 12, 2020

PAS KEDAH MACAM TAK PANDANG MUHYIDDIN DI PUSAT

Seperti katanya sebelum ini, dipecat dan tumpas bukan tak besa...

Dan kalau aku duduk di tempat Mukhriz pun, tiada apa sangat nak dikesalkan dengan politik kotor dan politik takut..

Mukhriz tak ada rekod menyamun dan tebuk atap..Tak ada video blurr..
Yang ada pun masih, apa malu??

Fakta ini memang tidak mampu dijawab oleh Muhyiddin, UMNO dan PAS.

Jika Mukhriz berundur dari politik pun, ia lebih tepat.
Rugi kah dia?
Atau kita hilang satu lagi permata walaupun ia kurang berjasa tetapi kekal tinggi etika dan nilai.

Muhyiddin tidak akan terlepas dari sandiwara ini.

Monday, May 11, 2020

MUKHRIZ TIMBALAN PERDANA MENTERI / SELESAI MASALAH MUHYIDDIN

Cadangan sahaja.

Kehebatan Mukhriz sebagai pemimpin pusat memang belum ketara tetapi bukan tidak ada.

Anwar sendiri boleh ambil peluang tawarkan Mukhriz sebagai TPM bagi tambah kekuatan dan jalinan untuk prose's undi tidak  percaya Muhyiddin di parlimen dan PRU15.



# bila aku bagi tajuk advance, komenlah secara advance..
Jangan nak kopi teh komen berkarat basi longkang...boringlah.

Sunday, May 10, 2020

ADA YG TANYA KENAPA ANWAR TAK TEBUK ATAP UNTUK JADI PM?

Otai tentu kata kesabaran Anwar tahap dewa..
Kahkahkah..

Sebenarnya Anwar Tak jumpa lubang tu.. dia dok jaga pintu belakang. Takut azmin serbu..

Hakikatnya mereka termasuk hadi,  najib Dan zahid tidak mampu lakukan apa pun selagi Tun masih PM..

Selepas Tun letak jawatan..barulah Muhyiddin kerabat atas bumbung Cari lubang...rupanya Hadi Dan zahid dah tunggu atas bumbung cuma Tak berani tebuk..
Nasib baik muhyiddin bawa azmin..pakar tebuk..
Kahkahkah

Baca cepat²sebelum aku delete
Kikikiki..

Saturday, May 9, 2020

BOLEH TAHAN MUHYIDDIN DAN MENTERI KEWANGAN TEMBERANG..

No one left behind..

Makcik kiah dah mula tepuk dahi..

https://malaysiagazette.com/2020/05/09/netizen-kecewa-rayuan-bpn-ditolak-gara-gara-ssm/


Harap sangat PRU15 dipercepatkan  sikit ...

https://mhdaily.net/makcik-kiah-tertipu-lagi-tak-dapat-bpn-sebab-berdaftar-ssm/#.XrgIA3I_suE.whatsapp

NASIB BAIK ADA BLOGGER MCM AKU DAN RAKAN² AKHIRNYA MUHYIDDIN RESPONDED...

KALAU HARAP MACAI YG MEMPERTAHAN MENJILAT MEMBODEK.. MEMANG MUSNAH POLITIK MUHYIDDIN

Friday, May 8, 2020

USUL TUN TIDAK BERUNSUR PERIBADI MALAH PLATFORM TERBAIK PM UNTUK MENGESAHKAN KERAJAANYA BERWIBAWA

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Dalam satu kenyataannya yang didedahkan oleh Bernama Radio melalui twitternya itu, Mohamad Ariff berkata, usul [...]

# Semasa najib dituduh terlibat dalam skandal 1mdb ia dicabar untuk membersihkan dirinya di mahkamah pada masa itu, tetapi tidak mengambil peluang sedemikian.
Hari ini dia sedang bergelut.

Muhyiddin wajar menunjukan keberanian untuk menghadapi usul tersebut bagi membersihkan dirinya sebagai pengkhianat dan kerajaannya sebagai tebuk atap.
Muhyiddin berada dalam kedudukan terbaik dan  disokong  kekal sebagai PM..

Jika berjaya..ancaman dari Mahathir, Anwar, PH dan umno dengan sendirinya cair..

Thursday, May 7, 2020

PRU15 PENYELESAIAN KEPADA MELAYU YANG GILA BERPOLITIK..

Ia juga mungkin membantu mengujudkan parlimen yang lebih demokrasi, terbuka dan rasional.

Penyelesaian sesuatu isu bukan di tangan Speaker sebelum Ahli-Ahli Parlimen memberi pandangan, hujah dan undian.


SALAM JUMAAT DAKWAH YANG HEBAT


Wednesday, May 6, 2020

APA YG UMNO CUBA NAK SAMPAIKAN?

https://www.amenoworld.org/2020/05/mt-umno-sebulat-suara-tolak-cadangan.html

Apakah hanya umno yg terbaik untiuk memerintah Malaysia khusus yg paling bagus dari mereka hanyalah najib dan zahid?

Kita pun terpaksa telan itu kalau PH dan PN memang betul haprak.

Tuesday, May 5, 2020

MUHYIDDIN DI AJAK MASUK KANDANG HARIMAU??

Sertai Umno Muhyiddin boleh kekal jadi PM, kata Tajuddin: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempelawa Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyertai Umno dengan masih boleh kekal sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Umno dan Bersatu tidak perlu lagi bersaing sesama sendiri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang melalui pendekatan tersebut. Beliau turut mempersoalkan kewujudan Bersatu yang [...]

Monday, May 4, 2020

YES AKU SETUJU LIM KIT SISAG TUNAI JANJI BERSARA TETAPI ..

Yang lain pun berjanji juga..

janji juga..




PKPB ditolak: Khaled Nordin salahkan Azmin gagal bincang dengan kerajaan negeri

PKPB ditolak: Khaled Nordin salahkan Azmin gagal bincang dengan kerajaan negeri: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal berbincang dengan kerajaan negeri sebelum membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan. Bekas Menteri Besar Johor dari 2013 hingga 2018 itu berkata, persetujuan dengan kerajaan negeri berhubung strategi pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) [...]

TUN PM SEPARUH PENGGAL MUHYIDDIN BAKAL SEPARUH PENGGAL JUGA

Tun kuburkan umno.
Muhyiddin hidupkan semula.

Kritikan Mukhriz ke atas Muhyiddin dan lebih cenderong kepada PH tidak  mampu membantunya mendapat sokongan MP BERSATU dan akar umbi untuk menang Presiden.






Saturday, May 2, 2020

ANWAR WAJAR DIBERI PELUANG ONCE SEBAGAI PM UNTUK KITA MENILAINYA... SEKADAR PRESTASI TINGKAT4 PAKLAH, SKANDAL NAJIB? DAN MUHYIDDIN TEBUK ATAP, KENAPA TIDAK ANWAR DIBERI PELUANG..

Anwar: Saya tidak kagum dengan Menteri Kewangan ketika itu: انور: ساي تيدق كاڬوم دڠن منتري كواڠن كيت Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) dan menteri-menteri ekonomi gagal melihat isu-isu kebajikan dan kesejahteraan membabitkan rakyat biasa. Menurutnya, BNM perlu mengambil kira aspek kebajikan terutamanya melibatkan go

KUAT BENAR MENGHASUT

CUBAAN BIADAB UNTUK MENGGANGGU TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG: APAKAH MELAYU ISLAM TIDAK LAGI KISAH BILA RAJA-RAJA DIHINA?: Kamarul Yusoff Maklumat yang berwibawa telah diperolehi mengenai perancangan pihak tertentu untuk mengganggu titah perasmian Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14, oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 18 Mei. Tujuan gangguan

Sekali lagi Islam dan Melayu cuba diperalatkan untuk tangani isu.

Parlimen dan Raja Perlembagaan sudah cukup kebal untuk mempertahan dan dipertahan.

Jika ada cubaan disebaliknya khususnya di parlimen biarlah ia ditangani secara perundangan dan bijaksana oleh ahli parlimen sendiri dan bukan secara hasut bodoh.

Hasutan akan memberi bayangan Perlembagaan begitu mudah diceroboh Dan salahguna.

Friday, May 1, 2020

JOM TUNJUK PRIHATIN, PROTES


http://chng.it/qvdYKTC8


KELONGGARAN YANG TERGESA GESA DAN BOLEH BACKFIRE.

Pengorbanan front line yg dulu di agung²kan sudah di status mana sekarang?

Apakah politikus sudah tidak sabar untuk  keluar merebut jawatan yang sedang hangat dibahagi bahagikan sesama mereka.

Lambat keluar merebut, takut melepas pula..

https://bankami.blogspot.com/2020/05/najib-kenapa-gelojoh-sangat-kes.html