Bukanlah sesuatu yang pelik jika ada sedikit pergolakan dalaman dalm mana2 parti yang sedang bergerak maju, mungkin antara sebabnya ialah ketidakfahaman golongan itu atas dasar dan perancangan pemimoin, tidak terkecuali UMNO.
Tetapi yang pelik dan aneh ialah terburu buru menafikan atau cuba berdalih dan menuding jari ke pihak lain bukanlah sesuatu yang bijak, ia sekadar menambah kesangsian dan membenarkan memang ujud pergolakan.
Yang penting pihak yang tidak berpuashati didekati, diberi penerangan dan sedia menerima cadangan mereka secara terbuka. Sudah tentu mereka menzahirkan kelemahan yang ada pada UMNO dan Najib? Dan sudah tentu Najib juga melakukan kesilapan dan kelemahan.
Menafikan atau memekakan telinga dari suara golongan pelbagai peringkat bererti menafikan hak kebebasan bersuara di dalam UMNO dan sekaligus mengorek lubang kubur pada UMNO itu sendiri.
Sejarah telah melihat betapa saranan yang berbentuk kritikan terbuka Mukhriz kepada Paklah telah menimbulkan impak dan kecoh seketika dan berleretan hingga ke peralihan kuasa. Apakah sejarah itu mahu diulangi semula di era Najib? Bukankah tidak manis dan elok jika tiba2 ada menteri kabinet Najib tiba2 meletus rasa yang sama?
Dalam ketika musuh di sekeliling pinggang sedang menggasak, 1001 kemungkinan boleh berlaku untuk melemahkan UMNO dan jika kebetulan memang ada api kecil di dalaman ia hanya memerlukan 'spark' untuk satu letupan....
Bagaimana nanti ada suara nakal dalaman yang meminta Najib berundur dan digantikan dengan Muhyiddin dan bagaimana selepas itu beberapa bahagian UMNO menyuarakan sokongan? Bukankah itu akan menimbulkan satu peperangan????
Jika UMNO menganggap itu sesuatu yang sangat mustahil, ok lah, relaxlah, angaplah itu omongan kosong, niat jahat pembangkang, bla bla bla bla...
Pas ketandusan isu hingga fitnah Najib dan UMNO
04/08/2011 5:39pm
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Dakwaan Pas kononnya wujud gerakan dalam UMNO untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tuduhan tidak benar dan membuktikan Pas sudah ketandusan isu, kata Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin.
Beliau berkata, dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dibuatnya pada satu sidang akhbar di sini hari ini menunjukkan parti itu sengaja mengadakan isu itu bagi mewujudkan suasana berpecah-belah dalam kalangan anggota UMNO yang kini mantap menyokong Najib.
“Bagaimana seorang presiden parti (Najib) boleh menjadi liabiliti kepada parti yang semakin bagus prestasinya?” kata Badruddin kepada Bernama di sini hari ini bagi mengulas dakwaan Mustafa kononnya UMNO menimbulkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang untuk menutup isu dalaman UMNO dan wujudnya gerakan serius dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti. - Bernama
Khamis, 4 Ogos 2011
Rosmah, masalah baru Najib
PETALING JA
YA:  Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat  Perdana  Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah  yang   ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping    timbunan masalah lain. 
YA:  Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat  Perdana  Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah  yang   ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping    timbunan masalah lain. Prof Datuk  Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai  lebih  menonjol  dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima  isteri  seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh  Rosmah.
Beliau  berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang    menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno  sendiri.
Persatuan  Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan   jawatan  kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara   Malaysia.
Setiausaha  Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan  pimpinan  Umno yang  mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum  pilihan raya  umum.
Mengulas  lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang  cuba   membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno    tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno    tidak membela mereka.
“Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman,” tambahnya.
Para  pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka    ‘raja’ dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan    Najib.
Beliau berkata, Najib  terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki   kelemahan yang berlaku  sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah   semangat walau pun ada  tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan.FMT