Di kenyataan akhbar Pakatan hari ini, kedudukan ranking adalah seperti dibawah, ini penanda baik bahawa di dalam Pakatan, PAS atau DS Hadi lebih kanan dari Lim dan jika diambilkira dalam status kerajaan Sep19 - Hadi Awang layak sebagai Timbalan Perdana Menteri atau sekurang kurangnya Timbalan Perdana Menteri 1 dan layak lagi untuk menuntut Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan diberikan kepada PAS.
Berstatuskan Presiden PAS yang tidak ditandingini pada muktmar terdekat, kita berharap status ini kekal selepas pRU13.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Abdul Hadi
Lim Kit Siang
Thursday, May 14, 2009
Wednesday, May 13, 2009
1Malaysia Najib senasib Hadhari Paklah..mana kuburnya
UMNO tidak perlu berubah sebaliknya hanya perlu kembali kepada perjuangan asal. Jika UMNO disarankan berubah ia hanya satu saranan yang akan membuatkan UMNO bukan sahaja tergelincir malah terus terhumban ke gaung.Ahli dan pemimpin UMNO sebenarnya masih tercari dan bingung apa yang nak di ubahkan dan sebab itulah hari ini masing2 jadi burung tiong kepada Najib sedangkan sendiripun tidak faham.
1Malaysia gagasan Najib akan terima nasib yang sama seperti Hadhari paklah kerana auranya berbelah bagi, songsang, kosmetik dan lebih kepada propaganda yang agak mustahil.
1Malaysia hanya pemanis bibir sedangkan hakikatnya Melayu masih terpinggir kerana pemimpinnya menyeleweng dari perjuangan asal.
UMNO sudah tiada pemimpin, tiada pelapis pemimpin, tiada pelapis ahli yang setia dan ikhlas, hanya nasib sahaja yang mungkin menyebelahi mereka sekarang.
Kembalilah kepada perjuangan asal sebelum dimatikan di penghujung jalan yang sesat.
Monday, May 11, 2009
Kerajaan atas pokok..
Sunday, May 10, 2009
Saturday, May 9, 2009
Monday, May 4, 2009
PAS kalut cari peneraju!
Apakah Hadi Awang tidak cukup ulamak dan tidak cukup profesional untuk digantikan dengan yang lebih ulamak dan lebih profesional - siapa dia yang layak di kalangan PAS?“Jawatan nombor satu dan dua ini mesti patuh kepada Islam. Yang penting beriman dan takwa kepada Allah.” - Nik Aziz.
"Dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama, maka kedua-dua jawatan tersebut (Presiden dan Timbalan Presiden) terbuka kepada mana-mana pimpinan Pas, sama ada ulama atau profesional, untuk menyandang tanpa kekhuatiran tersebut (tersasar daripada perjuangan)," - Khalid Samad.
"Saya sekarang berpuasa. Saya bernazar supaya tidak bercakap-cakap untuk beberapa masa kerana lebih banyak dibincangkan dalam akhbar, lagi menimbulkan keresahan pada ahli-ahli Pas." - Husam
"Saya merupakan pengasas kepimpinan ulama bersama-sama Datuk Mustafa Ali, Subky Latif dan Datuk Wan Mutalib Embong sewaktu zaman Pemuda.
"Saya tidak akan berkompromi, sama ada anda bersama saya atau menentang saya," - Mat Sabu
Subscribe to:
Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
-
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
-
Memang le berok² ni terkejut sebab selalu diberi dedak..disuap. dicucuk hidung Apakah menderma untuk tabung bagi tujuan membayar huta...
-
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...










