Saturday, June 27, 2009

Sah!! NIK Aziz terdesak yang amat sangat..


Kemaskini: 28Jun
Nik Aziz mahu perdebatan atas tajuk pilihannya: Debat embah dia atas tajuk dia yang bagi - kenapa UMNO tolak Islam.

Kenapa tidak atas tajuk - Siapa khianati Islam?

Semakin terserlah Nik Aziz adalah ulamak palsu bertopengkan serban, PAS sudah hilang kredebiliti Islamnya dengan tindak tanduk Nik Aziz yang lebih kuah dari nasi.


Nasa wajar minta Nik Aziz berundur dari kerusi Mursidul yang sepatutnya berperanan di belakang tabir membetulkan kepimpinan PAS dan bukannya berada di barisan hadapan menganggu tugas panglima sebenar, Hadi.


Nik Aziz mungkin sudah gila glamour, atau nak sama glamour macam Rosmah - hari hari ada je laporan di media untuk mereka.
Ahli kedua dua parti dah mula geleng kepala - apa sudah jadi?

Catitan asal: 27jun

Hadi Awang ditawar dan dijanjikan sebagai PM oleh Pakatan Pembangkang selepas PRU13 menyebabkan Hadi buat pusingan 'U' dan menolak kerajaan perpaduan bersama UMNO? - satu perancangan licik Anwar apabila dirinya juga tersepit dengan kes mahkamah dan memungkinkan dia juga tidak layak menjadi PM, malah DAP sendiri tidak mahu berperdanamenterikan sesaorang yang begitu banyak tuduhan jenayah dan calar balarnya?

Dan kini Nik Aziz tanpa segan silu mengangkat dirinya setaraf dengan Perdana Menteri dengan mengajak Najib untuk berdebat dengannya bertujuan menutup segala kesilapan kesilapannya yang lalu dengan alasan permsalahan politik semasa tidak boleh diselesaikan melalui media.

Siapa yang buat masalah? Siapa yang memberi berbagai hukum dan fatwa mengocak perpaduan orang Islam dan Melayu di Malaysia sekarang. Jika UMNO umpama Chin Peng dan ajaran sesat Ayahpin kenapa pula Nik Aziz teruja sangat nak berdebat? Nak cari populariti atau TERDESAK YANG AMAT SANGAT untuk menyelamatkan Manek Urai.

UMNO jangan terperangkap sekali lagi, jangan bodoh dua kali untuk menerima pelawaan yang penuh tipu muslihat ini. Berhati hati dengan Nik Aziz yang bersahabat dengan jin dan syaitan.

Friday, June 26, 2009

PRK lagi di Perak - ADUN Aulong, Perak sakit mental dan murung?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Yew Tian Hoe memfailkan saman terhadap Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong yang didakwa menyerangnya dengan semburan lada semasa sidang DUN 7 Mei lalu.

Yew memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di Ipoh pada pukul 11.15 pagi tadi.

Yew mendakwa, berikutan serangan itu, beliau mendapat kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan.

Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat betapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.

Monday, June 22, 2009

Ularrr dalam semak


Kurang jelas siapa yang mulakan... apa apapun PAS menolak cinta UMNO kerana embah dan pak pak menakan tiri depa tak setuju...


Peringatan pada UMNO: Jangan bercinta dengan anak pak imam dalam semak dan gelap, banyak ularr..... alamak !!

Istiqamah..



"Saya tak kata saya puas hati, saya tak kata saya tak puas hati...

Sunday, June 21, 2009

Penat tengok Melayu bergaduh...tengok filem Tamil pula








IPOH 21 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mendakwa Datuk M. Kayveas tidak hormati pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) kerana mahu mengemukakan calon untuk menggantikan beliau.

Saturday, June 20, 2009

Siapa bapa anda..


Selamat Hari Bapa kepada bapa bapa.
Apakah bapa bapa ayam pun turut sama meraikannya dengan bangga.

Apakah haruan haruan yang makan anak pun turut ceria pada hari ini.

Bagaimanapula ibu ibu ayam yang bagi anak ayamnya kepada bapa bapa , mereka turut menyumbang ke pada hari bapa ini..

Bagaimana pula bapa yang makan belakang..

Bagaimana pula dengan bapa bapa yang berkawan dengan syaitan
Banggakah anak anak bangsa dengan bapa yang isteri dan jiran didahulukan, anak bangsa dikemudian kemudiankan..

Bagaimana pula anak anak yang melihat bapa bapa mereka yang sebangsa dan seugama sedang bercakaran di atas sana.

AKHIR KALAM - RASULULLAH ITU CONTOH DAN BAPA YANG TERBAIK SEMESTA ALAM.

Petronas dapat pengerusi baru?


Mahathir tidak pasti pelantikan pengerusi baru Petronas.

Kenapa ada perlantikan baru? - baguslah kalau untuk satu paradigma.

Atau kerana individu yang dicadangkan tidak disokong Lembaga Pengarah Petronas baru baru ini?

Atau ada yang 'gatal' nak cari nahas kemarahan dan tanda soal rakyat !!!!

6ANGKA