Monday, August 17, 2009

Shukri - Penjawat Awam Gunting Dalam Lipatan..


SPRM perlu membuat siasatan ke atas Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdul kerana pecah amanahnya ke atas rakyat yang membuat arahan yang salah dari sumpah setianya sebagai penjawat awam.
Siasat juga kenapa dia memberi arahan tersebut, apakah ada suapan material atau moral berlaku dari orang politik ke atassya.

Siasat juga samada dia terlibat secara langsung atau tidak langsung ke atas kes kes rasuah politik sebelum ini terutama 'yang terlepas' dari didakwa.

Kerajaan tidak boleh menyimpan penjawat awam yang bersikap gunting dalam lipatan, cukuplah kita sudah ada masalah kepala pengkhianat bangsa dan ugama di luar sana !!
Kerajaan perlu bertindak atau semuanya sudah terlambat.

Saturday, August 15, 2009

Harapan bodoh tapi mungkin lebih bagus...



Alangkah bagusnya kalau semua pemimpin dan penyokong Pakatan Rosak kena H1n1 - Malaysia mungkin lebih aman....

5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1

15/08/2009 7:37pm

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

- BERNAMA

Wednesday, August 12, 2009

Abang beca..



Kalau Tok Guru kata gitu, saya marah sungguh!
Labels:
, ,
Tok Guru Nik Abdul Aziz dipetik oleh
Bernama sebagai berkata: "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam".Pada masa yang sama, beliau dilaporkan oleh agensi berita sebagai "tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam".Tak palah. Tak kisah apa yang dilaporkan. Saya ambil apa yang Bernama lapor itu sebagai memang betul apa yang sebijik-sebijik diucapkan oleh Tok Guru.Kalau benar Tok Guru berkata begitu, saya berbeza pendapat dengan sekeras-kerasnya dengan beliau.Kalau benar Tok Guru kata seperti yang Bernama lapor dia kata, saya marah sungguh kepada Tok Guru.Apabila Islam dihina, tak kira oleh sesiapa pun, kita wajib membantah. Kita bantah akhbar Denmark dan NST menyiarkan kartun menghina Islam.Kita tak kata kita "tidak membantah tindakan akhbar Jyllands-Posten menghina Islam kerana akhbar itu bukan akhbar Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam".Kefahaman yang tidak mendalam terhadap Islam bukan lesen untuk menghina Islam.Persoalannya, Tok Guru kata apa sebenarnya? Bagaimana pula soalan yang menyebabkan beliau menjawab begitu?Tu yang kena cari dulu. Saya benci ayat ahli-ahli politik yang berkata "saya disalah petik". Ia seburuk pengarang yang spin perkataan orang sehingga menggambarkan maksud yang lain.Saya tak akan reject komen sebelum dapat fakta sebenar yang mengecam Tok Guru dari orang-orang Umno - sama seperti saya tak akan reject komen sebelum dapat fakta sebenar yang mengecam Bernama dari orang-orang PAS.


Bakaq, hang cari lah sungguh2 alasan yang boleh menterbalikkan ucapan nick ajis yang memalukan tu.

Carilah alasan2 kukuh yang boleh diterjemahkan semula atau dikempen untuk menyatakan bahawa reporter itu orang umno, budak suruhan umno, konspirasi umno dan utusan khas najib nak memperlingkup nick ajis.

Kalau hang kurang mahir, pi jumpa al jub - tanya macamana nak spin semua dan segala benda sebagai konspirasi.
Bakaq, selamat berjaya di atas missi yang cukup besar, menyelamatkan muka nick ajis dan paih.

Friday, August 7, 2009

Hassan Ali terkencing dalam seluar - Khalid kata NO !!!




Jual arak atas kesedaran peniaga - Khalid Ibrahim




Kaedah perlaksanaan berikut mungkin juga sesuai dilaksanakan di Selangor:

1. Pelacuran - tengok ada tak permintaan masyarakat setempat, kalau ada - teruskan, galakan juga perzinaan dan duduk serumah sebelum nikah.

2. Perjudian, nombor ekor haram - tengok ada tak permintaan masyarakat setempat, kalau ada teruskan - nombor ekor berlesen kalau tak ada permintaan boleh tutup - biar nombor ekor haram berleluasa kerana itu permintaan masayarakat setempat.

3. Elok juga kerajaan Selangor meluluskan penjualan senjata api secara bebas - tengok ada tak masyarakat memerlukan atau tidak.

Apa sahaja 'alasan' Khalid dalam meluluskan penjualan arak ada logiknya, ada baiknya, hebat dan genius kerana cara ini akan mengekalkan kuasa di pilihanraya akan datang.
Tentulah soal soal makan babi, dadah, cetak rompak, perjudian bola juga boleh diberi kebebasan dan pilihan kepda rakyat Selangor?!


Pada Melayu Melayu yang menyokong Pakatan Pembangkang - teruskan sokongan mulia anda !!!

Thursday, August 6, 2009

Islam dipersenda...Hisham takut atau tak berani????


Apa guna simpan ISA jika tidak digunakan ??? Hishamudin takut atau tidak berani??? Islam telah dipersenda begitu teruk sekali !!!!!


http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.



Loke Siew Fook,

Parti
DAP
Parlimen
P130
Kawasan
Rasah
No. Telefon
06-7634525
No. Fax
06-7646610
E-Mail
rasah@parlimen.gov.my, siewfook@gmail.com
Alamat Surat-menyurat
Tingkat 1, 169,
Jalan Tuanku Munawir,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan.

Monday, August 3, 2009

Najib cadang tempat demonstrasi...mana yang agaknya sesuai???






















Kemana Anwar, DAP dan PAS akan heret Melayu Melayu mereka untuk berdemonstrasi di masa akan datang... lokasi yang mungkin kita boleh cadangkan supaya peniaga2 di Kuala Lumpur tidak diganggu periuk nasi mereka dan harta awam tidak musnah serta polis boleh fokus kepada kes yang lebih penting seperti jenayah...

Saturday, August 1, 2009

Giliran PAS Kelantan pula dibuai mimpi..


Nik Aziz terima saranan jaga hati orang UMNO.

Royalti minyak RM1 bilion untuk Kelantan sedang dikaji
01/08/2009 4:24pm
KOTA BAHARU 1 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion, masih di peringkat kajian.

Kini giliran pemimpin PAS Kelantan pula untuk dibuai mimpi jika benar kerajaan pusat akan membayar RM1b royalti minyak.

Bagaimanapun Najib harus mengetahui kesan dan risikonya jika harapan itu tidak tertunai, entah berapa lori pula maki hamun yang akan terpacul dari PAS Kelantan.
p/s Atau Nik Aziz sebenarnya tidak faham bahawa royalti tersebut adalah umpan terbaik Najib yang begitu optimis Kelantan akan ditawan UMNO pada PRU13 nanti dan royalti minyak hanya akan tertunai jika Kelantan dikuasai UMNO.

6ANGKA