Monday, May 31, 2010

Kj sumbang 100j kepada Anwar


Umno Youth chief Khairy Jamaluddin today failed to set aside the judgment in default which was entered against him following a RM100 million suit by Opposition Leader Anwar Ibrahim.

A judgment in default was entered against Khairy in Dec 4, 2008, after he failed to enter appearance. Khairy filed the application in February 2009.

Saturday, May 29, 2010

Anwar perlekeh cina cina di Malaysia..



Kalau Anwar jadi PM, dia kata TPM boleh ada dua, tak salah...satu bagi kat Cina. Orang India melapas lagi...agaknya orang India memang bernasib malang selalu, yang untung hanya Samy dan anaknya.

Benggali tak boleh dipertimbangkan jadi TPM ke, sementara Karpal masih hidup, elok dipertimbangkan, dia banyak berjasa terutama kepada Anwar, TPM boleh diwariskan kepada anaknya.

Apapula cerita orang Asli, takkan di anaktirikan pula, mereka pun layak dipertimbangkan juga, untuk Anwar tidak bermasalah untuk dia tambah 3 atau 4 lagi jawatan TPM asalkan dia jadi PM.

Sekarang ini Anwar bergantung nyawa kepada DAP ke atau DAP yang nazak tanpa Anwar??? Dan di mana pula keudukan PAS, apakah memadai Hadi jadi TPM1, kecik hati Nik Aziz, nak lantik jadi Mursidul Am Pakatan, larat ke lagi orang tua tu nak mentelaah kitab lain sebab dia jadi Mursidul pada semua ugama.

Kalau perhitungan politik, macamana boneka (Anwar) pula yang mengatur mati hidup mentornya (DAP). Dari segi kekuatan politik Melayu, Anwar tak punya harapan ke Putrajaya kalau tidak dibantu oleh undi Cina dan India. Ini bukan rahsia lagi tetapi suatu kenyataan umum.

Pengumuman Anwar orang Cina hanya layak jadi TPM memang tak patut, suatu yang menolak logik, satu penghinaan kepada kuasa undi Cina sedangkan undi Cina bukan sahaja datang dari Cina DAP tetapi undi Cina MCA dan Cina Gerakan kepada DAP secara diam diam.

Perjuangan politik orang Cina kalau sekadar untuk jadi TPM, sekarang pun MCA boleh dapatkan dari Najibowel, bukan setakat TPM2, Muhyiddin pun boleh bila bila masa berundur untuk memberi laluan untuk TPM1. Ini selera UMNO sekarang, buka jalan, selak kain, londeh seluar baju, semua akan dibagi kepada kawan kawan. Tak cukup dalam negeri, depa bagi bagi kat kawan kawan jiran kononnya win win situation, lebih kurang halal, lagipun negara ni depa memang pewaris takhta dari mak bapak depa dulu.

Perjuangan politik orang Cina sekarang ialah untuk menguasai politik secara mutlak, tidak ada sebab untuk orang Cina tidak boleh jadi PM 100%, pindaan perlembagaan boleh dibuat bila bila masa, sekarang atau akan datang melalui parlimen. Kalau pada masa itu TPM masih diberi kepada Melayu pun dah kira cukup baik, model kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah model yang paling ideal dan adil.

Bukan setakat politik, ekonomi tentulah lebih bebas dan terbuka kepada 'hukum rimba' dan begitu juga kebebasan berugama dan kebebasan menyebar dan memperkembangkannya. Itu adalah matlamat DAP khususnya samada bersama atau tanpa Anwar. PAS sekadar parti kudis yang tidak mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari UMNO selagi PAS jadi sekutu Pembangkang.

Jelas, perjuangan orang Cina di Malaysia untuk menguasai negara secara mutlak bukan lagi satu mimpi dan tidak juga menyalahi Perlembagaan, tawaran Anwar untuk jawatan TPM kepada orang Cina lebih kepada penghinaan dan memperbudak2kan impian DAP.

Saturday, May 22, 2010

DAP yang terbaik?

Apa ukuran nilai kita untuk memperkatakan sesuatu parti atau pemimpin di dalam parti itu baik atau tidak?

Apakah DAP yang terbaik kalau berdasarkan tidak banyak berlaku pergeseran dalaman. Mereka juga telah mara jauh dengan menawan Pulau Pinang dan berjaya membonekakan PAS dan PKR?

Kalau macam tu, DAP lah yang patut jadi Kerajaan dan mana mana Lim jadi Perdana Menteri.

'And Muslims should join DAP too'

May 24, 10 7:35am

'The participation of non-Muslims in PAS - and by Muslims in DAP - will be a catalytic process which can bring unity and better understanding.'

20,000 non-Muslims now full PAS members


Paklah baru sedar dari tidor..

posted by null at Malaysiakini - 1 hour ago
'The party that approved the licence should consider the views carefully,' urges former premier Abdullah Ahmad Badawi.

Friday, May 21, 2010

Kenapa biarkan UMNO diterajui orang bukan Melayu.


Sudah sampai masanya UMNO diterajui oleh orang "Melayu" !

Judi - apahal kita sebok


Kalau judi itu dipercayai tidak pernah kayakan orang malah memberi kepapaan atau kemiskinan kepada penjudinya.

Kenapa harus kita menyekat hasrat Kerajaan Malaysia untuk 'memiskinkan' penjudi - yang kelak akan miskin dan papa ialah Cina dan India (why worry!?!)

Kalau kita takut orang Islam berjudi, kenapa tidak sahaja menggesa kerajaan mengetatkan lagi undang2 dengan mengenakan hukuman yang lebih berat jika terdapat orang Islam berjudi.

Kita sebok membantah seolah olah macam kitalah (Orang Islam) yang nak main?? Kenapa perlu buruksangka kepada orang kita sendiri..

Thursday, May 20, 2010

Kuala Terengganu: Ada Musang dalam Sime Darby..

Prime Minister Najib Abdul Razak, on the issue of Musa's resignation said Sime Darby should determine the cause of its RM964 million losses first before the issue of responsibility.

"We need to investigate the cause of the losses first. We can't do anything about the question of responsibility, at this point of time," he added.

Najib was speaking to reporters after the groundbreaking ceremony of Utusan Malaysia's new headquarters building in Kuala Lumpur earlier today.

6ANGKA