Thursday, July 22, 2010

Samy pukul gendang ...Menteri India bekerja untuk kaum India sahaja.

Murugiah Diterima Sebagai Anggota MIC - Samy Vellu

Ketika ditanya mengenai kemungkinan reaksi balas daripada PPP berhubung keputusan itu, Samy Vellu berkata: "Apabila kita buat keputusan, kita tidak bimbang tentang apa-apa perkara. Bila kamu pergi berperang, kamu tidak akan berpatah balik".

Sekali lagi Samy memukul gendang perang dan menunjukkan kehebatannya dalam tindakan yang menguntungkan MIC ketika terdesak dan kemaruk dengan jawatan dalam kabinet untuk kaum India.

Samy sanggup tikam dari belakang parti komponen BN lain semata mata untuk kuota kabinet dan sikap lantang Kayveas selama ini nampaknya memakan diri.

Sudah pasti Najib restui sebagai jalan penyelesaian memandangkan Murugiah tetap kekal di kabinet walaupun dipecat oleh PPP dua tahun lalu.

Apakah kemungkinan PPP kan keluar dari BN untuk bersama pembangkang sebagai jalan menyelamatkan maruah parti yang diperbudakkan oleh MIC dan Pengerusi BN???

"Saya suka mengumumkan kita telah menerima beliau sebagai ahli dalam MIC. Keputusan telah dibuat dan saya mengucapkan selamat datang kepada beliau. Saya berharap beliau dapat menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Menteri demi kebaikan masyarakat India," katanya kepada pemberita.

Mentaliti Samy ialah Menteri India hanya bekerja untuk kaum India, bukan untuk Rakyat Malaysia bertentangan dengan kehendak Najib, 1Malaysia.

Agaknya lah kalau ada Menteri Melayu yang cakap macam tu..demi kebaikan masyarakat Melayu..aku rasa bertalu talu dikatakan 'racist'...tetapi satu hal lagi, mungkin Samy ni dah jatuh kelas politik bankrap maka kata2nya sudah tidak ada diperdulikan lagi, kesian.

Wednesday, July 21, 2010

Kalau Najib tak risau, kenapa harus kita??????

21/07/2010 8:33pm

KUALA LUMPUR 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini apabila jumlah terkini ahli berdaftar selepas proses pemutihan dijalankan menjangkau 3.2 juta orang.

Sehubungan itu Perdana Menteri tidak dapat menerima sebarang dakwaan yang menyatakan bahawa orang Melayu `meluat’ dan enggan menyertai UMNO kerana jumlah itu membuktikan sokongan padu orang Melayu terhadap parti tersebut. - Utusan


Patut le penat kita bercakap di sini dan di sana, rupanya matematik Najib simple dan mudah sahaja, UMNO ada lebih 3 juta ahli menunjukkan UMNO disayangi dan disokong, dakwaan orang Melayu meluat pada UMNO adalah karut semata mata.

Katakanlah pendapat Najib itu benar, tapi cukup ke 3 juta ahli itu untuk UMNO membawa BN menang di PRU13 nanti.

Bagaimana pula dengan pendapat 300 atau 3000 bloggers yang menyokong UMNO selama ini, pendapat mereka pun hampeh???

KALAU NAJIB TAK RISAU, KENAPA HARUS KITA?????

Penyelarasan subsidi yang berbaloi baloi baloi..

Prime Minister Najib Abdul Razak has refused to divulge the total cost for bringing his wife Rosmah Mansor to New York in April despite being asked to do so in Parliament.
http://www.malaysiakini.com/news/136109
Jul 21, 10 6:34pm
Rosmah Mansor said that Hollywood megastar Robert De Niro will be visiting Malaysia after accepting her invitation when the two met during her trip to New York in April.

Rakyat yang terlibat dengan penyelarasan subsidi baru baru ini boleh datang beramai ramai jumpa De Niro untuk legakan dada...


Two In One..

SPRM tutup 3 kertas siasatan berprofil tinggi

21/07/2010 2:20pm

KUALA LUMPUR 21 Julai - Panel Penilaian Operasi SPRM bersetuju dengan cadangan SPRM untuk menutup tiga kertas siasatan kes berprofil tinggi dan tidak ambil tindakan lanjut.

Tiga kes itu adalah kes melibatkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ( isu pembelian Alphard), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (isu jamuan Aidilfitri 2008) dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (RM10 juta oleh Kuala Dimensi).

Panel bersetuju kertas siasatan berkenaan ditutup kerana faktor-faktor tertentu, antaranya tiada saksi. - Utusan


Dua untuk Barisan Nasional.

Satu untuk Pakatan Pembangkang.


Adil dan saksama untuk tidak perlu ada sesiapa pun nak pertikaikan. Zaman serba canggih ni memang saksi sukar nak didapatkan.

Tuesday, July 20, 2010

Perak Pengeluar Boneka utama di Malaysia..











Perak setakat ini telah menghasilkan DUA boneka utama diikuti dengan Selangor, SATU boneka.

Apa kaitan KJ dengan Rozita Che Wan..






Rozita Che Wan dah bertekad untuk tidak terlibat dengan seni hiburan menjelang tahun hadapan, berkemungkinan atas faktor dia akan mendirikan rumahtangga dan menafikannya atas faktor merajuk.
Satu perancangan yang baik.

Kj juga sudah umumkan tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO akan datang, tak tahu pula ia bertekad atau tidak dan tak tahu pula atas faktor apa, takkan dia nak kahwin lagi kot..
atau memang merajuk sakan sebab tak dapat jawatan dalam kabinet. Wait and see.

Monday, July 19, 2010

UMNO and PAS - do not hurry scurry

posted by null at Malaysiakini - 8 hours ago
The boat to cooperation between the two parties will be missed if both are lackadaisical about the issue, warns Hishmmuddin.


UMNO should expect a friendly approach and good friends with PAS prior to and develop a cooperation.
Beliefs that are remote from the PAS against UMNO is a barrier at the moment. For PAS, UMNO has not been sincere, for PAS, UMNO just want to ride on the strength of the existing PAS phase.

PAS actually have their own weapons and strengths that have not been fully utilized and is necessary in a strong and stable party spurred Malays and Islam as PAS to be in the opposition alliance to seek the experience and refine the heart of political DAP wisdom.

Never before in history, the Malay and Islamic-based parties can sit down with a close-DAP and this is the opportunity to pick the strategy of DAP secrecy and as well as their weaknesses.

PAS will not be long in the opposition alliance in view of the DAP is a party-based struggle for racial nation that is not consistently with the policy of PAS. Sooner or later they will break up as well.

PAS can be considered the eyes and ears for the UMNO strategic plan for the future of Malaysian politics.

We do not have to worry so.

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...