Kita kena bersetuju bahawa UMNO sedang lemah dengan ditadbirkan oleh Najib dan Rosmah walaupun berahli lebih 3juta, mungkin dari segi kuantiti? bagaimana kualiti? PAS memang perlu berhati hati untuk tidak turut karam bersama UMNO jika terlibat dengan bekerjasama.
Sebagai sebuah parti Islam terbesar di Malaysia dan mahu menggantikan UMNO sebagai parti utama wadah perjuangan Islam dan Melayu kenapa UMNO yang dikatakan lemah itu sangat 'ditakuti' untuk PAS berunding dan menjuarai perundingan itu. Kalau dah kuat, telanlah UMNO itu...
Kenapa Nik Aziz yang dikagumi dan dicap ulamak oleh ahli PAS awal awal lagi cabut lari dan mengelak untuk berjumpa UMNO. Takut? Pengecut? atau memang telor telah disimpan DAP?
Orang Melayu dan Islam bukan mengharap sangat PAS dan UMNO bersatu dalam masa terdekat ini, mereka tidak dapat bersatu bukan disebabkan dasar yang berbeza (alasan jahil Nik Aziz) tetapi lebih kepada sikap keras kepala kedua dua pemimpin, jadi memadailah jika dapat duduk semeja menyingkirkan perbezaan pendapat yang remeh temeh dan cuba eratkan pemahaman dan tahu membezakan antara agenda peribadi politik dunia dan menegakkan syiar ugama Islam adalah dua perkara yang berbeza.
Kenapa MCA, DAP dan Gerakan boleh seiring dan senada dalam soal kabajikan dan kepentingan kaum mereka manakala PAS dan UMNO bercakaran tak tentu hala.