Monday, April 18, 2011

Si Bengong bagitahu kepada pengikutnya yang bangang...

bacalah kalau belum baca kenyataan rasmi si bengong kepada pengikutnya yang bangang..


Saolan saya: Sudahkah polis mendakwa Anwar berkaitan isu video seks? Kenapa si bengong kata akan dakwa Anwar sedangkan polis belum bagi tahu siapa pelaku tersebut. Nampaknya si bengong cukup yakin pelaku dalam videop seks tersebut ialah Anwar.


Kedua: Kes liwat Anwar yg pertama dilepaskan bukan pasal tak liwat, tapi s0al teknikal - kes dikaitkan juga dengan Paklah dan KJ yang campurtangan untuk 'melepaskan'..

Kes liwat yang kedua masih dalam perbicaraan.

Si bengong nampaknya mendahului dan menghina mahkamah.





Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.

Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011

Sunday, April 17, 2011

Undi dan Pilih Ikut Kaum

Mulai 17hb April, wajar kaum Melayu dan pribumi termasuk kaum India untuk mengikut jejak langkah kaum Cina untuk mengundi berdasarkan kaum atau lebih tepat menyokong parti yang fanatik perkauman. Di Semenanjung Melayu dan Mamak pilih UMNO atau PAS, Cina pilih DAP dan India dan Sinkh pilih MIC.. tolak MCA, Gerakan, PPP, PKR.... BN wajar dibubarkan. Selepas tamat pilihanraya jika tiada parti yang dapat majoriti memerintah maka kerajaan gabungan boleh dibentuk berdasarkan kesesuaian. Perpaduan? Harmoni? - kenapa orang Melayu sahaja perlu memikir hal tersebut?

Melayu melampau..

Rata rata Melayu atas pagar, Melayu akar umbi UMNO cukup marah dengan pemimpin UMNO (siapa lagi kalau bukan Najib...) yang gemar bermurah hati menghulur beberapa projek mee segera dan peruntukan demi peruntukan yang mencecah puluhan juta ringgit khususnya kepada SRJKC khususnya menjelang setiap kali pilihanraya kecil atau besar. Bagi mereka semua ini kerja bodoh umpama mencurah air di daun keladi... Yang dikejar tak dapat, yang kendung keciciran, anak kera dihutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan..

Sakit hati dan marah ini tidak pula timbul di kalangan Melayu PKR dan Melayu PAS, tidak pula tahu samada mereka ini menikmati keuntungan berganda atas apa yang Najib lakukan, mungkin mereka lebih berpuashati dan padan muka pada UMNO/BN yang kena 'kencing' berkali kali setiap kali pilihanraya.

Yang pasti untung tentulah DAP dan NGO Pendidikan China, tumpang duakaki ialah MCA dan tumpang sekaki ialah Gerakan.,

Najib tentunya lebih arif kenapa umpan dan gula gula ini tidak pernah serik serik dihulurkan setiap kali pilihanraya, tak mungkin tidak ada yang membisikkan padanya suara hati akar umbi Melayu UMNO dan Melayu atas pagar. Najib tetap berdegil dan memilih pendekatan yang sama. Sudah pasti MCA jadi batu api dan pendesak utama menjadikannya realiti.

Dalam hal sebegini orang Melayu sendiri yang wajar dipersalahkan, tidak pandai meminta minta, tidak pandai mengugut dan tidak pandai memberontak pada hak, lebih kepada merayu dan mudah percaya kepada janji2 manis tanpa sebarang 'wang pendahuluan/peruntukan awal'

Tanpa semua itu, bagi UMNO, jalan raya api letrik sudah cukup untuk membeli undi Melayu. Bagi PAS Kelantan, laungan Allah Akhbar dan slogan Membangun Bersama Islam sudah berjaya memerangkap undi dan bagi Melayu PKR, konspirasi dan reformasi adalah bekalan perjuangan mereka.

Atas kecukupan itu, meminta lebih dari itu di anggap Melayu melampau!! Menghalang dan menyuarakan bantahan akan dianggap Melayu perkauman!! Bantuan dan subsidi kepada Melayu dianggap diskriminasi!!..Peruntukan kepada SRJKC di anggap hak!!

Saturday, April 16, 2011

Taib tunjuk jantan...DAP hilang mood


Taib angkat sumpah KM sejam selepas pengumuman BN menang..

Inilah gaya, cara dan pendekatan yang terbaik perlu dicontohi Najib dan UMNO...
Cepat, tepat, bijak, tegas dalam tangani situasi dan keputusan supaya jangan ada yang perlekeh, naik muka, pijak kepala ketika kuasa kembali di tangan.

DAP walaupun menang lebih kerusi kali ini tentu terguris, kecewa dan sudah tidak ada mood untuk merayakan kemenangan bila Taib bijak dan pantas.

Presiden BN kena 'kencing'...






Permainan mudah DAP memerangkap BN untuk kepentingan kaum Cina.... Mereka masih sokong DAP. Soi Lek turut tersenyum...
Cukup cukup cukup lah tu...buat habis boreh je.

Elok sangat BN tumpu, tingkatkan, hebat dan gandakan pembangunan ketara kepada kawasan dan kaum yang menyokong BN. Kalau jutaan itu digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi mereka, sampai 7 keturunan pun mereka tetap hargai dan sokong BN.

UMNO jangan jadi tanggang...

Bloggers lagi kecewa...


Keputusan sudah diketahui.. kekecewaan bukan sahaja kepada calon dan parti yang tewas tetapi kecewa yang amat sangat pada bloggers yang beria ia mahu BN tewas dan suka sangat kalau faktor kalah itu pada Taib...

Kepada bloggers sewaktu dengannya termasuk bloggers tersohor dan ternama,. elok le tulis pulak sebab sebab kekalahan tersebut, antara sebabnya ialah BN tabur duit, dakwat palsu, pengundi hantu, SPR tak adil, undi pos, undi popular BN jatuh bla bla bla.. sekurang kurangnya itu dapat mengubat kekecewaan.

Thursday, April 14, 2011

...sama jantan dengan Taib


Rakyat Sarawak khususnya penyokong BN wajar mendesak sebulat suara Karpal, Lims, Hadi, Nik dan Anwar untuk melepaskan jawatan selepas pilihanraya Sarawak tanpa kira siapa yang menang atau kalah.



Mampukah mereka membuat pengakuan itu sama jantannya dengan Taib..




p/s Anwar dah umum Pakatan akan menang melebihi jangkauan dengan syarat BN 'taktipu di saat akhir dengan menabur wang'. Ertinya Anwar dah tahu akan kalah dan awal awal lagi meletakkan alasan kalah. SATU KENYATAAN YANG MELEGAKAN.....

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...