Wednesday, April 20, 2011
Betul ke Najib seperti Allahyarham THARazak
PM berkata, dari segi prinsip, matlamat serta semangat perjuangan antara beliau dan bapanya adalah sama dan tiada beza samasekali.
"Sebab itulah dari segi perjuangan, saya anggap perjuangan saya ini sebagai menyambung perjuangan yang telah dimulakan oleh Allahyarham ayahanda saya. Ia merupakan satu penerusan"
Allahyarham TARazak selamatkan Melayu dalam 13Mei dan penubuhan Felda untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Melayu, penubuhan MARA dan banyak lagi untuk orang Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan luar bandar.
Usaha ini diteruskan oleh Allahyarham THO dan TunDRM...
Datang Paklah..semuanya jadi reverse, gostan,hampeh...
Agaknya apa, di mana nak diletakkan Najib yang dikatakan meneruskan perjuangan Allahyarhaam Ayahandanya?
Apa sumbangannya pada orang Melayu?
Apa yang dikekalkan? Apa yang ditiadakan? Apa yang ditambah? Apa perancangan meganya terhadap orang Melayu? Melayu yang macamana 2020 nanti?
Yang pandai tolong jawab. Jangan sampai Anwar perlekeh dan ketawakan Najib di PRU13 nanti
Tuesday, April 19, 2011
Siapa lagi yang nak pergi Ka'abah...
MAS dan Air Asia mungkin sedia bermurah hati nak bagi diskaun harga penerbangan pergi dan balik... (Rafidah pun boleh ikut serta sebagai Pengerusi XAir Asia)
Siapa lagi yang perlu ikut, khususnya yang kena fitnah dan buat tuduhan..Ka'abahlah tempat yang paling sesuai.. tak semestinya nak buat sumpah laknat, memadai buat cermin diri, buat penafian kalau berani...
Nama nama seperti Ku Li, Nik Aziz, Saiful, Khalid, Nizar, Razak Baginda, Ummi, Azmin, Shamsidar, Rosmah, Najib, Anwar, Rais, Rahim TC , Shuib, Kol Azmi, RPK, Din Merican, Nurul, Azizah... antara yang relevan.
Monday, April 18, 2011
Anwar wajar berwajah baru..
Mulakan kempen membeli di kedai orang Islam sahaja..
Sambil menunggu jawapan mereka, elok kita orang Melayu tidak kiralah UMNO atau PAS secara individu, atas kesedaran, atas keikhlasan, kapasiti peribadi moh kita mulakan kempen membeli di kedai orang Islam sahaja kerana itu adalah wajib...
Itupun kalau masih berjiwa Melayu le...
Si Bengong bagitahu kepada pengikutnya yang bangang...
bacalah kalau belum baca kenyataan rasmi si bengong kepada pengikutnya yang bangang..
Saolan saya: Sudahkah polis mendakwa Anwar berkaitan isu video seks? Kenapa si bengong kata akan dakwa Anwar sedangkan polis belum bagi tahu siapa pelaku tersebut. Nampaknya si bengong cukup yakin pelaku dalam videop seks tersebut ialah Anwar.
Kedua: Kes liwat Anwar yg pertama dilepaskan bukan pasal tak liwat, tapi s0al teknikal - kes dikaitkan juga dengan Paklah dan KJ yang campurtangan untuk 'melepaskan'..
Kes liwat yang kedua masih dalam perbicaraan.
Si bengong nampaknya mendahului dan menghina mahkamah.
Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.
Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.
Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.
Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.
Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011
Sunday, April 17, 2011
Undi dan Pilih Ikut Kaum
Melayu melampau..
Sakit hati dan marah ini tidak pula timbul di kalangan Melayu PKR dan Melayu PAS, tidak pula tahu samada mereka ini menikmati keuntungan berganda atas apa yang Najib lakukan, mungkin mereka lebih berpuashati dan padan muka pada UMNO/BN yang kena 'kencing' berkali kali setiap kali pilihanraya.
Yang pasti untung tentulah DAP dan NGO Pendidikan China, tumpang duakaki ialah MCA dan tumpang sekaki ialah Gerakan.,
Najib tentunya lebih arif kenapa umpan dan gula gula ini tidak pernah serik serik dihulurkan setiap kali pilihanraya, tak mungkin tidak ada yang membisikkan padanya suara hati akar umbi Melayu UMNO dan Melayu atas pagar. Najib tetap berdegil dan memilih pendekatan yang sama. Sudah pasti MCA jadi batu api dan pendesak utama menjadikannya realiti.
Dalam hal sebegini orang Melayu sendiri yang wajar dipersalahkan, tidak pandai meminta minta, tidak pandai mengugut dan tidak pandai memberontak pada hak, lebih kepada merayu dan mudah percaya kepada janji2 manis tanpa sebarang 'wang pendahuluan/peruntukan awal'
Tanpa semua itu, bagi UMNO, jalan raya api letrik sudah cukup untuk membeli undi Melayu. Bagi PAS Kelantan, laungan Allah Akhbar dan slogan Membangun Bersama Islam sudah berjaya memerangkap undi dan bagi Melayu PKR, konspirasi dan reformasi adalah bekalan perjuangan mereka.
Atas kecukupan itu, meminta lebih dari itu di anggap Melayu melampau!! Menghalang dan menyuarakan bantahan akan dianggap Melayu perkauman!! Bantuan dan subsidi kepada Melayu dianggap diskriminasi!!..Peruntukan kepada SRJKC di anggap hak!!
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...