Tuesday, August 16, 2011

Subhanallah... 76 Kristian Filipina Ucap Dua Kalimat Syahadat


Senin, 15 Agustus 2011 13:32 WIB
REPUBLIKA.CO.ID, DUBAI - Rodelito, seorang warga negara Filipina yang merupakan penganut Kristen, mengenakan pakaian terbaiknya untuk menyaksikan perubahan hidupnya sendiri yang telah membulatkan tekad masuk Islam. Rodelito merupakan salah satu dari 76 warga Kristen Filipina yang masuk Islam.

Peristiwa besar tersebut berlangsung dalam acara Forum Ramadhan yang digagas Departemen Pariwisata dan Bagian Pemasaran Dubai pada Sabtu (13/8) pekan lalu. Dengan nada yang agak gugup, Rodelito dengan tegas mengucap dua kalimat syahadat, yang menjadi pembuka seorang menjadi Muslim, di atas panggung.

Ia pun langsung berganti nama menjadi Omar Penalber. Tak lama, seorang penceramah Filipina menuju ke arah mikrophone dan meneriakkan 'takbir'. Mendengar ajakan tersebut, para saksi yang hadir dalam acara tersebut merespon teriakan tersebut dengan mengucap 'Allahu Akbar.'

Banyak dari para Mualaf bertanya-tanya terkait isu-isu sosial seperti kenapa seorang Muslimah harus mengenakan Jilbab. Bagi mereka yang telah memeluk Islam juga mendapat sedikit bingkisan berupa, sebuah jam yang dapat mengumandangkan adzan saat shalat lima waktu tiba, sejadah dan parfume.

Rodelito mengatakan bahwa dirinya telah berpikir panjang atas keputusannya untuk masuk Islam. "Saya merasakan sangat baik," ujarnya dengan meantap seraya menaruh tangannya di dadanya.
Redaktur: Djibril Muhammad
Sumber: www.abna.ir

Nazri sertai DAP...

Nazri: Saya tak pelawa DAP - Apakah DAP ada pelawa Nazri???

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri (gambar) berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.

“Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP,” katanya sambil menambah, “MCA mesti bekerja keras” apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.

Jawapan Nazri mengundang kepada persepsi dia mempelawa DAP untuk menyertai BN juga sekaligus mengundang pula kepada persepsi Nazri kini tertarik dengan DAP yang berjaya mengaut undi dan sokongan kaum Cina dan faktor ini tidak ada pada MCA.

Jawapan sengaja Nazri yang teknikal dan taktikal itu membayangkan dalam politik segala keberangkalian boleh berlaku, tidak terkecuali kepada Nazri.

Atas faktor ini adalah lebih baik Nazri yang menyertai DAP dan kemudiannya boleh cuba membawa DAP untuk menyertai BN adalah jalan yang lebih praktikal. 
Malahan dalam ketika pembangkang sedang ketandusan pemimpin peneraju menggantikan Anwar, Nazri dilihat mampu mengisi kekosongan itu dan memeriahkan lagi pertambahan sokongan Melayu kepada DAP + PAS + PKR  lewat kebelakangan ini.

Bukankah sebahagian ahli UMNO sudah lama mendesak Najib singkirkan Nazri kerana dilihat liabiliti kepada UMNO sebelum ini?






Monday, August 15, 2011

Gerakan sabotaj UMNO bermula di PP


Tsu Koon kalah dalam pilihanraya dan Gerakan parti yang dipimpinnya juga tewas teruk hingga memberi kesan kepada BN - hilang penguasaan di PP.


Tetapi masih berdegil dan bercita cita untuk menjadi KM semula?


Bagaimana dengan janji Najib, calon yang berpotensi menang sahaja akan dipilih, apakah pengecualian kepada apek yang jadi Presiden kepada asoh asoh ini ???

Dia ingat PP bapak dia punya untuk diwarisi. Perangai2 macam ni memang petanda awal PP tak akan berjaya ditawan semula kerana sikap busuk hati dan berkepentingan peribadi seperti ini. 

Juga ini perangai Gerakan untuk sabotaj UMNO dari menuntut kerusi KM jika BN menang kelak di PP.  Gerakan dan sekaligus MCA memang tidak berpotensi untuk menang banyak kerusi di PP kecuali UMNO yang mampu mengekalkan semua kerusinya. 

Jika ini berlaku sudah pasti orng melayu akan bangkit untuk mendapatkan kerusi KM kepada UMNO. Daripada ini terjadi adalah lebih baik PP dan KM dikekalkan kepada DAP demi kepentingan kaum Cina?

Sokongan MCA dan Gerakan kepada DAP secara senyap bukan sesuatu yang asing lagi?

Sejurus selepas kalah PRU12, Pemimpin Gerakan salahkan UMNO dengan menuduh pemimpin UMNO bongkak dan sombong sehingga pengundi cina lari dari mengundi mereka sedangkan hakikatnya mereka sendiri yang lalai untuk dan tiada kualiti kepimpinan. 


Apa jasa Koh di PP untuk dibanggakan?
 http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/08/koh-tsu-koon-terus-dibelasah-lidah.html

Gerakan sudah semakin tidak relevan dalam dunia politik Malaysia.  Nasib yang sama akan menimpa PKR dan PPP di kalangan pengundi Melayu.


Alang2 mengambilalih PAS, alih sekali UMNO...

‘‘Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.
“Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
...........

PAS dah kena borong dek DAP, UMNO ada Najib tetapi pun dah susut nilainya, kalau nak dijual, dilelong dah boleh kira timbang 'kati'. 

PERKASA wajar secara moralnya mengambilalih peranan PAS dan UMNO untuk memimpin, memperjuang dan mempertahankan  umat Melayu dan Islam yang sedang digasak bertubu tubi.

Hampir tepat untuk dikatakan PAS jadi boneka dan kuda DAP - tapi masih dihargai dan diperlukan oleh Pakatan Pembangkang.

Hampir tepat untuk dikatakan UMNO tidak menjadi boneka dan kuda kepada MCA, MIC dan Gerakan - tetapi menjadi tuan yang makin ikut telunjuk kepada komponen BN yang lain?

Kalau BN kalah PRU13 nanti:


MIC boleh bertukar menjadi  kekasih gelap Pakatan - satu sen pun tak rugi.
MCA ada DAP untuk mewakili kaum cina di Pakatan - lebih kuat
Gerakan ada PKR untuk bergerak di Pakatan - cari makan
UMNO ada PAS untuk jadi pak lawak di Pakatan - sekadar standard pegang Menteri Hal Ehwal Khawarij (Husam) dan Kebajikan (Mat Sabu)

Inilah mat arip (UMNO) dan badigol (PAS) yang perlu diselamatkan oleh PERKASA, itupun kalau-kalau masih perkasa.











Apa lagi idea papaku nak tangguhkan ???



 

Dengan 10 sen..Malaysia huruhara

Taiwan bina peluru berpandu berkelajuan supersonik


15/08/2011 2:56am

TAIPEI 15 Ogos - Taiwan sedang membina peluru berpandu berkelajuan supersonik versi baru untuk memusnahkan kapal pengangkut pesawat, ekoran China mencetuskan kebimbangan mengenai pertikaian....................

Berbanding dengan Taiwan, ketenteraan Thailand, Indonesia dan Singapura sebagai negara jiran terdekat Malaysia atau hatta Negara2 Afrika sekalipun tidak perlu berbelanja besar untuk melengkapkan ketenteraan masing2 jika mempunyai niat untuk mengancam Malaysia atau mempunyai perasaan bimbang kepada ancaman Malaysia dari segi ketenteraan.

Untuk menjadikan politik dan ekonomi Malaysia lumpuh, huru hara dan mudah ditawan, tidak sebutir bom pun perlu digugurkan, tidak sebiji jet pejuang pun perlu diterbangkan dan tidak seorang askar pun perlu menyusup masuk.

Memadailah sekadar seposen doposen  untuk menggerakkan golongan dan pihak tertentu di Malaysia dengan saban hari membangkitkan isu2 sensitif ugama dan kaum.

Lambat laun akan berlakulah bantahan, perhimpunan, perarakan dan akhirnya rusuhan rakyat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang semakin lemah dan rapuh.


Itulah realiti Malaysia hari ini. Malaysia pun ada NATO - No Action Talk Only.

Sunday, August 14, 2011

NAJIB, berundur lebih baik...



PERKASA telah mempertikai dengan begitu teruk sekali kepimpinan gemalai Najib dengan sepupunya Hishammudin dalam beberapa isu kebelakangan ini yang tidak perlu disenaraikan di sini kerana sudah terlalu banyak dan saban hari dikupas dalam semua media dan sangat hebat di internet.


Semua isu melibatkan perlanggaran perlembagaan dengan jelas ditambahi tuntutan dan arahan kurang ajar, biadap, bangsat dan sial dari sesetengah pihak secara terang2an dengan hanya tindakan seperti melepaskan batuk ditangga dan peluk tubuh kerajaan Najib.


Pemerintahan kerajaan Najib sudah melepasi sempadan yang lebih buruk, lemah dari kerajaan paklah sebelum ini dan jika kegagalan dahulunya lebih kepada anak menantu dan kabinet separuh masak tapi kini kelemahan itu lebih kepada tubuh batang Najib itu sendiri 100% untuk dipertanggungjawabkan.

Walaupun saranan PERKASA lebih kepada ugutan dan menyatakan hilang keprcayaan tetapi sebenarnya dengan lebih tepat ialah Najib sudah sepatutnya berundur dengan sendiri. Walaupun masa sangat suntuk menjelang PRU13 tetapi lebih baik berundur sekarang, pasti ada pemimpin yang lebih baik dari Najib kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang tegas.

Kalau Najib tidak berundur sekarang untuk menyelamatkan keadaan, BN tetap tewas dengan malunya di PRU13 nanti. Rakyat yang atas pagar dan yang menyokong kerajaan akan bertindak sebagai 'silent majority' yang tidak akan menyebelahi BN.

Golongan pelampau sedang merancang dan bertindak ke arah mencetuskan rusuhan, reformasi dan huru hara untuk membolehkan pihak luar campurtangan. Matlamat ini akan berjaya jika banyak isu sensitif digembar gembur dan dipanaskan hingga berlaku permusuhan kaum dan ugama. Setakat manalah kerajaan gemalai Najib mampu memadam api kecil yang marak jika berlaku. Perhimpunan sekecil BERSIH pun pihak keselamatan sudah gabra.

Suara2 meminta Najib berundur wajar digerakkan.





6ANGKA