Sunday, August 14, 2011
NAJIB, berundur lebih baik...
PERKASA telah mempertikai dengan begitu teruk sekali kepimpinan gemalai Najib dengan sepupunya Hishammudin dalam beberapa isu kebelakangan ini yang tidak perlu disenaraikan di sini kerana sudah terlalu banyak dan saban hari dikupas dalam semua media dan sangat hebat di internet.
Semua isu melibatkan perlanggaran perlembagaan dengan jelas ditambahi tuntutan dan arahan kurang ajar, biadap, bangsat dan sial dari sesetengah pihak secara terang2an dengan hanya tindakan seperti melepaskan batuk ditangga dan peluk tubuh kerajaan Najib.
Pemerintahan kerajaan Najib sudah melepasi sempadan yang lebih buruk, lemah dari kerajaan paklah sebelum ini dan jika kegagalan dahulunya lebih kepada anak menantu dan kabinet separuh masak tapi kini kelemahan itu lebih kepada tubuh batang Najib itu sendiri 100% untuk dipertanggungjawabkan.
Walaupun saranan PERKASA lebih kepada ugutan dan menyatakan hilang keprcayaan tetapi sebenarnya dengan lebih tepat ialah Najib sudah sepatutnya berundur dengan sendiri. Walaupun masa sangat suntuk menjelang PRU13 tetapi lebih baik berundur sekarang, pasti ada pemimpin yang lebih baik dari Najib kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang tegas.
Kalau Najib tidak berundur sekarang untuk menyelamatkan keadaan, BN tetap tewas dengan malunya di PRU13 nanti. Rakyat yang atas pagar dan yang menyokong kerajaan akan bertindak sebagai 'silent majority' yang tidak akan menyebelahi BN.
Golongan pelampau sedang merancang dan bertindak ke arah mencetuskan rusuhan, reformasi dan huru hara untuk membolehkan pihak luar campurtangan. Matlamat ini akan berjaya jika banyak isu sensitif digembar gembur dan dipanaskan hingga berlaku permusuhan kaum dan ugama. Setakat manalah kerajaan gemalai Najib mampu memadam api kecil yang marak jika berlaku. Perhimpunan sekecil BERSIH pun pihak keselamatan sudah gabra.
Suara2 meminta Najib berundur wajar digerakkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Sokong, Najib menjadikan UMNO susut nilai untuk dipertahankan
ReplyDeleteNajib berundur? selesaikah masalah? DAP yang untung?
ReplyDeleteTaiwan sedang bina peluru berpandu berkelajuan supersonik untuk bersaing dengan Negara Cina..
ReplyDeleteMalaysia sedang bina apa sekarang
Najib buta mata, saya pun dah mula meluat dengan Najib kerana simpan menteri-menteri yang bodoh tak boleh buat kerja.
ReplyDeleteSetuju berundur sahajalah,kalau tak blh selesai masalah.masalahnya najib ni,masalah besar dipandang nya kecik,sebab tulah keadaan jadi lebih teruk.puak2 pelampau ni dah sampai tahap tak heran pada sapa2 lagi dah.kami nak pm yg lebih melayu pada lebih pada 1malaysia.ni semua mengarut!stop 1 malaysia.tak de faedah langsung.
ReplyDeleteya.. kita gantikan dgn pemimpin kita yg kaki liwat & dan kaki tibai china doll...hidup pr!!!
ReplyDeleteBro, didalam UMNO masih ada pemimpin yang lebih baik dari Najib, dalam situasi sekarang tak perlu yang terlalu bijak untuk diletakkan harapan tinggi, memadai yang tegas mengajar puak pelampau.
ReplyDeleteKalau tidak ada yang bijak secara individu, bijak secara kumpulan. Majlis Tertinggi UMNO perlu main peranan membuat keputusan dan tanggungjawab bersama. PM harus lead kabinet bukan ikut telunjuk. Kalau tak ada wibawa, letak jawatan je.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Saifuddin Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO sokong BERSIH dan Anwar, Najib tak berani buat apa2 pun..
ReplyDeleteLembu dalam kandang sendiri pun dia tak berani tegur dan ikat apalagi lembu betina hitam yang garang...