Sunday, September 25, 2011

Najib kena jual di Penang...DAP bijak

Padan muka UMNO. Presiden hampa...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/09/najib-berbasikal-pula.html

Saturday, September 24, 2011

Mengalih semua isu..tindakan kamikaze

Bagi mengalih semua isu untuk kembali dilihat relevan dan terus mendapat sokongan dari penyokong masing2 yang mula longgar dan goyah, mereka terpaksa melakukan satu 'kamikaze' menyelamatkan keadaan.


PAS hanya akan dilihat menarik jika "Islam diperjuangkan' dan bukannya 'kebajikan' dan DAP perlu dilihat mantap dalam memperjuangkan hak kaum bukan bumiputera dan Anwar akan dilihat bersih dan suci dan PKR terus mendapat sokongan padu dari pengundi PAS jika Anwar menunjukkan cenderong kepada perjuangan Islam dan Melayu.


UMNO tersepit dan dilema, UMNO akan dilihat tidak Islamik kerana menghalang hudud dikalangan kacamata Melayu dan Islam atau komponen BN akan beralih arah jika UMNO sokong perlaksanaan hudud.

PAS malukan UMNO dengan pukulan T.K.O

Hujah PAS yang menghalangnya melaksanakan hudud ialah Mahathir dan kini Najib dan Muhyiddin sewajarnya diterima.


Hujah 'kebodohan' PAS tidak meneruskan atau membuat permohonan supaya arahan larangan itu ditarik balik juga wajar diterima.


Samada PAS bersandiwara dengan Karpal dalam soal 'hudud' juga hanya satu persepsi di kalangan UMNO dan bila Najib sound, itu hanya gimmik PAS untuk mendapat perhatian juga ada kebenaran terutama sokongan kepada PAS kini agak merosot dalam isu peralihan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan bertambah parah atas keceluparan Mat Sabu mewirakan komunis.


Sebenarnya orang Melayu dan Islam di Malaysia memang tercari-cari parti alternatif selain UMNO untuk pergantungan kepada sistem yang boleh memajukan Melayu, Islam dan Negara.

Kini PAS berpeluang tetapi perlulah secara bayangan menunjukkan dan membuktikan keupayaan mereka untuk memerintgah negara dan langkah melaksanakan hudud adalah satu permulaan yang baik.

PAS perlu laksanakan Hudud sebelum pilihanraya ini bagi membuktikan keupayaan dan kesungguhan mereka sekaligus membuktikan PAS tidak pernah kena buli atau jadi boneka DAP malahan DAP sememangnya sudah jinak kena tarbiyah PAS. 

Sanggahan karpal singh adalah remeh dan perkara kecil bagi PAS, biar Pemuda PAS berhadapan dan selesaikannya dengan Karpal, bukan sekadar cabaran langkah mayat karpal, bulu dadanya pun boleh dicabut hidup-hidup.

Lebih penting perlaksanaan membuktikan PAS bikin serupa cakap. Inilah peluang PAS memalukan UMNO dengan pukulan T.K.O....


Tetapi jangan pula jawapan selanjutnya PAS memerlukan masa untuk membuat 'kajian mendalam'. Apakah 20 tahun belum cukup2 Tok Garu membuat kajian atau sebenarnya PAS memang tidak pernah membuatt persediaan rapi (bukan sekadar skrip ringan)...dan lebih teruk lagi mereka tidak punya kepakaran dan selama ini hanya berbohong kepada rakyat....


Terpulanglah kepada apa tindakan PAS sekarang untuk dinilai rakyat...

"sebuah negara Islam tidak boleh ditubuhkan dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana tidak dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan" - Karpal Singh

Friday, September 23, 2011

DAP redakan rahsia mereka..

Kerana keceluparan mulut Manoharan mendedahkan lebih awal antara beberapa impian Pembangkang terutama DAP jika berjaya tawan Putrajaya, dia kini digantung 6 bulan sebagai lakonan untuk menutup dan meredakan isu.

Kebijaksanaan DAP dalam berpolitik ini mengatasi PAS yang tidak mengenakan apa2 tindakan ke atas Mat Sabu yang mewirakan komunis. 

Tidak hairanlah jika PAS dan PKR selalu menjadi pak turut dan mainan DAP dalam politik Malaysia hari ini atas kebijaksanaan mereka.




Kenyataan biadab: Manoharan digantung enam bulan

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan digantung selama enam bulan oleh partinya, DAP berhubung satu kenyataan kontroversinya dalam laman sosial Facebook minggu lalu.
Malaysiakini melaporkan keputusan itu diambil selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Disiplin parti itu yang dipengerusikan, Tan Kok Wai di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.
Manoharan sebelum ini berkata, pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang dan tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak dan laporan polis telah dibuat.
Beliau menulis kenyataan berbunyi: "I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan Dewan Undangan Negeri saya. Saya enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).
Sementara itu, The Star Online melaporkan Manoharan telah menerima surat penggantungan dan akan membuat rayuan.

Thursday, September 22, 2011

Mahathir terselak kain poknik..

Sudah tentu Tok Garu marah dengan DAP pasal hal lain sehinggalah mendapat peluang untuk membelasah DAP dalam isu hudud sebagai galang ganti dan peluang keemasan terbaik.

“Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah,” kata beliau. “Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata ‘bye-bye’ tak apa.
“Sekarang dia (DAP) masuk balik ... itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar),” kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Tentulah Tok Garu mengamuk sebab DAP demand kerusi lebih dan mahu meletakkan calon Melayu DAP untuk menggantikan calon Melayu PAS di beberapa kawasan terutama di Perak dalam persediaan menawan Perak dan MB nya kelak Melayu DAP dan bukan lagi Nizar.

Tindakan Tok Garu untuk meneruskan hudud bertujuan sebagai ugutan kepada DAP untuk lebih bertolak ansur terhadap pembahagian kerusi dan jika DAP tidak memujuk tetapi sebelaiknya untuk mendesak, jawapan Tok Garu ' dia punya pasallah '

Begitulah juga anu-war yang tergesa-gesa dan secara tiba-tiba bersetuju hudud dilaksanakan di Kelantan semata mata keperluan untuknya memastikan ehsan pemimpin PAS untuk terus menyokongnya terutama dalam memberi 'support' di kalangan ahli PAS kalau demosntrasi jalanan diperlukan lagi.

Saksi luar negara yang dianggap pakar rupanya badot sarkas  makin menghilangkan keyakinan ahli2 PAS terhadap Anu-war dan bergantung kepada 'yes' or 'no' dari Tok Garu sahaja untuk mereka menyisihkan diri dari PKR dan Pakatan Pembangkang.


PAS sudah melihat 'kerugian' jika terus bersama Pakatan Pembangkang sedangkan kalau kembali ke jalan asal, bersendirian, akan lebih menguntungkan dan mudah berkempen untuk mereka tidak terbeban dengan masalah DAP dan Anu-war yang kini liabiliti kepada Pakatan. 

Tok Garu juga terkilan dengan Mat Sabu yang lebih berkiblatkan Anu-war dan DAP dari partinya sendiri.


Ketika mereka saling menyelak kain sesama sendiri, akhirnya mereka terlondeh dan untuk menutup kemaluan, UMNO dipersalahkan...

Anwar sawan dengan kelaku Rosmah...

"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

Tindakan Najib sekadar membuatkan Anwar terguris, menangis tidak berlagu, hampa bukan main lagi... kaki putar alam kalau kena putar sikit saja pun mampu meraung habis.. 

Dahlah kaciwa kerana terbeli saksi luar negara yang disangka pakar rupanya maharaja lawak, badot sarkas masuk mahkamah.

Elok sangat Najib main aci cilut dengan Anwar.. Bukankan tangguh, delay, pusing, belit, rayu, rayu lagi, elak sini, elak sana, mainan Anwar juga...takkan orang lain tak boleh gunapakai rekayasa yang sama pulak kot..

Jom kita sama-sama berhiba dengan Anwar...

Koh Tsu Koon ke Somalia...selesai masalah !?

Bukan setakat rakyat biasa, bukan stakat blogger, beberapa pemimpin pun dah bersuara supaya Koh dimansuhkan segera jika mahu PP mempunyai harapan untuk ditawan semula oleh BN. Bekas pemimpin seperti Sanusi Junid yang tidak mempunyai apa2 kepentingan pun sudah memberi pandangan.


Apa lagi yang Najib dok belek? suara rakyat nak letak tempat ketiga ke kesepuluh... nak menang ke nak kalah, nak tatang sorang tu ke atau nak tantang rakyat? majoriti? 


UMNO PP dah nyatakan secara jelas atau belum atau masih ada sindrom nak jaga hati, sindrom kecut?


Najib boleh hantar Koh jadi duta ke Somalia, itupun dah kira bagus.

6ANGKA