Hujah PAS yang menghalangnya melaksanakan hudud ialah Mahathir dan kini Najib dan Muhyiddin sewajarnya diterima.
Hujah 'kebodohan' PAS tidak meneruskan atau membuat permohonan supaya arahan larangan itu ditarik balik juga wajar diterima.
Samada PAS bersandiwara dengan Karpal dalam soal 'hudud' juga hanya satu persepsi di kalangan UMNO dan bila Najib sound, itu hanya gimmik PAS untuk mendapat perhatian juga ada kebenaran terutama sokongan kepada PAS kini agak merosot dalam isu peralihan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan bertambah parah atas keceluparan Mat Sabu mewirakan komunis.
Sebenarnya orang Melayu dan Islam di Malaysia memang tercari-cari parti alternatif selain UMNO untuk pergantungan kepada sistem yang boleh memajukan Melayu, Islam dan Negara.
Kini PAS berpeluang tetapi perlulah secara bayangan menunjukkan dan membuktikan keupayaan mereka untuk memerintgah negara dan langkah melaksanakan hudud adalah satu permulaan yang baik.
PAS perlu laksanakan Hudud sebelum pilihanraya ini bagi membuktikan keupayaan dan kesungguhan mereka sekaligus membuktikan PAS tidak pernah kena buli atau jadi boneka DAP malahan DAP sememangnya sudah jinak kena tarbiyah PAS.
Sanggahan karpal singh adalah remeh dan perkara kecil bagi PAS, biar Pemuda PAS berhadapan dan selesaikannya dengan Karpal, bukan sekadar cabaran langkah mayat karpal, bulu dadanya pun boleh dicabut hidup-hidup.
Lebih penting perlaksanaan membuktikan PAS bikin serupa cakap. Inilah peluang PAS memalukan UMNO dengan pukulan T.K.O....
Tetapi jangan pula jawapan selanjutnya PAS memerlukan masa untuk membuat 'kajian mendalam'. Apakah 20 tahun belum cukup2 Tok Garu membuat kajian atau sebenarnya PAS memang tidak pernah membuatt persediaan rapi (bukan sekadar skrip ringan)...dan lebih teruk lagi mereka tidak punya kepakaran dan selama ini hanya berbohong kepada rakyat....
Terpulanglah kepada apa tindakan PAS sekarang untuk dinilai rakyat...
"sebuah negara Islam tidak boleh ditubuhkan dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana tidak dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan" - Karpal Singh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UNTUK UMUR BAWAH 35
J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...
-
Klik TERKINI APA SUDAH JADI.. # orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo.. .. POSTING ASAL Kenapa pemban...
-
Umpan rafizi dan team sudah mengena, ada pemimpin lain yang memberi komen.. Inilah yang mereka mahu dan nantikan. Kalau...
-
Memang le berok² ni terkejut sebab selalu diberi dedak..disuap. dicucuk hidung Apakah menderma untuk tabung bagi tujuan membayar huta...


No comments:
Post a Comment