Monday, January 21, 2013

Najib langkah kiri...tak ada rezeki

Apakah 7 janji projek Najib kepada Kelantan boleh membantu UMNO menang di Kelantan?
Apakah itu sebenarnya yang rakyat Kelantan mahu?
Atau Najib tersalah langkah lagi...

Kenapa tidak Najib janjikan 'Hukum Hudud' akan dilaksanakan di Kelantan sebagai permulaan jika UMNO menang untuk melenyapkan terus harapan PAS sekaligus ianya menjadi tamparan hebat yang mengunci mulut Nik Aziz..

Tawaran Najib sangat kecil jika dibandingkan apa yang Kelantan boleh dapat jika PAS pegang Putrajaya.

Anwar-Utusan: Belum menang mutlak...

Utusan akan kemuka rayuan keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah berhubung penerbitan artikel 'Tolak Anwar - Hasan' pada tahun lalu.
Hakim Datuk V. T Singham memutuskan demikian dengan kos RM45,000 setelah mendapati kedua-dua artikel berkaitan berunsur fitnah terhadap Anwar.
Bagaimanapun taksiran ganti rugi akan ditentukan kemudian.
Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes pada 15 Februari ini untuk menentukan sama ada terdapat permohonan untuk menggantung prosiding kes itu atau menetapkan tarikh berhubung taksiran ganti rugi.
Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta pada 20 Januari tahun lalu ekoran penerbitan artikel-artikel bertajuk ` Tolak Anwar-Hasan' dan `Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak' berkaitan transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012.
Dalam pernyataan tuntutannya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku plaintif mendakwa, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan syarikat penyiaran, BBC. - UTUSAN

Friday, January 18, 2013

2 perkara yang tak perlu pelik tapi pelik...

Pertama soal pengedaran bible kepada murid sekolah rendah di pulau pinang.
Kenapa nak pelik - desakan puak kristian penggunaan kalimah suci Allah adalah perkara pokok, perkara akidah -  tetapi sudah ada kompromi parti pembangkang ia boleh digunakan.
Jika isu utama boleh dikompromi - maka pengedaran adalah isu kecil.

Kedua, Nik aziz minta parti komponen pembangkang menerima keputusan majlis syura berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan Bible kedalam Bahasa Melayu.
Siapa Nik Aziz? Siapa Majlis Syura yang perlu dipatuhi oleh komponen pembangkang sedangkan sebelum ini sudah ada persetujuan rasmi dari ketiga-tiga parti yang diwakili oleh Presiden dan Penasihat parti.
Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli PAS dan bukan untuk komponen pembangkang - Apa wayang yang dimainkan Nik Aziz atau satu lagi kedangkalan syok sendiri.

menolak isu politik di atas - bilakah? bolehkah? fisabilillah diistiharkan sekarang.....atau nak tunggu putrajaya milik dap?

Wednesday, January 16, 2013

kj musa anwar - apa kaitan mereka

penyelesaian di luar mahkamah antara musa-anwar, kj-anwar sesuatu yg bersifat peribadi tetapi cukup signifikan sedangkan hakikatnya sebelum ini mereka adalah musuh ketat.

kedua-duanya seolah lebih memberi muka kpd anwar untuk dilihat menang secara moralnya.

apa 'faktor, yg mendorong penyelesaian tersebut....

kelibat mahathir...

attacking berterusan pembangkang terhadap mahathir nyata kerana mahathir sendiri tidak pernah diam untuk menghadiahkan tumbukan kiri bertubi dan sesekali japenumbuk kanan muhammad ali ke sisi rusuk pembangkang dan sesekali tepat ke muka pembangkang, tersungkur menggelupur.

bukan sedit panglima perang yg dihantar untuk memburukkan mahathir, tak kurang penulis upahan yg menghentam mahathir kini sudah tumpul pena, muflis fikiran dan separuh gila serta fobia dengan mahathir

kit siang sendiri siang malam seolah diberi tugas khas oleh anwar dan anaknya utk membelasah mahathir, tapi malang kit siang sendiri  tak ada pengaruh kecuali kepada penyokong tegarnya yg mcm ikan talapia kebulur, apa yg disumbat, tak ada tapis, semua telan.

faktor mahathir adalah antara halangan besar untuk pembangkang menuju ke putrajaya sekepas imej najib berjaya diburukkan dengan rekayasa altantuya dan scorpene, rosmah juga digemburkan dengan berlian permata, deepak yg dibawa masuk kini dah lepak.

apa yg nak dikaitkan dng mahathir???, tutuh p----- cinadoll, rasuah billion juta, dllllll...kalau ada dah lama depa meroyan terjerit jerit atas pentas.cia bush sendiri cuba mencari kesilapan besar mahathir, nyata tak jumpa.

Secara strategi dengan memburukkan imej najib dan melabelkan kerajaan rasuah untuk dibenci rakyat, hampir berjaya tetapi laluan mudah ke putrajaya yang dijangka mudah nyata tersadung dengan kelibat mahathir yang masih relevan.

Usaha terbaharu ialah melagakan najib dengan muhyiddin yang kononnya disokong oleh mahathir. Setakat ini usaha itu tidak 'dilayan' dan apalagi agaknya strategi pembangkang yang sudah kecut perut dengan tarikh pilihanraya yang bakal menjelma pada bila-bila masa.

Perhimpunan #KL112 gagal sama sekali menyebabkan nik aziz uturn 360 darjah dalam isu kalimah Allah !!! Walaupun perhimpunan itu didominasi oleh ahli PAS tetapi Nik Aziz akur, sambutan majoriti ahli PAS sudah merosot... 1juta mimpi ngeri saban malam berada dalam otak PAS yang sudah terlanjur dengan DAP !!!

Tuesday, January 15, 2013

nik aziz di astro 18jan

ulama pas - ulama maharaja lawak - elok turut masuk final maharahaja lawak mega astro 18jan djohor

6ANGKA