Friday, April 5, 2013

anwar belajar politik dari najib

tak sampai beberapa jam, saranan najib supaya pemimpin atau wakil rakyat harus setia d
engan pengundi, kekal bertanding di kawasan yg sama dan bukannya lari kerana gal menunaikan tanggung jawab di kawasan mereka telah disambut dng baik oleh anwar untuk kekal bertanding di permatang pauh.

kematangan berpolitik najib telah memberi satu tamparan dan kesedaran kpd anwar untuk belajar berpolitik secara betul. sewajarnya juga anwar harus menasihatkan lim kit siang supaya kembali ke ipoh timor

kalau wira2 negara sanggup menggadai nyawa di lahad datu apa salahnya anwar dan kit siang sanggup pula menggali kubur sendiri kekal di temat masing2... kalau kalah pun biarlah kalah yg bermaruah, jangan mati seperti katak yg melompat

Wednesday, April 3, 2013

ahad hari mengundi...

parti kata pergi....kubur kata mari....rakyat dah tak sabar undi....

spr jangan tangguh lama2:

esok - semua dun dah bubar
jumaat - spr buat pengumuman
sabtu - penamaan calon
ahad - pengundian
isnin - pm baru angkat sumpah

kempen politik hampir 5 tahun lebih dari cukup - semua parti kata dah sedia - spr pun dah sedia

tunggu apa lagi?

Tuesday, April 2, 2013

calon pru13 kota bharu diserahkan kpd dap?

dalam komponen pakatan haram, pkr mendahului lelain parti sebagai komponen yg paling banyak masalah. masalah pemimpin secara individu dari segi moral, krisis dalaman dan percakaran sesama sendiri (azizah/azmin/khalid) tikam menikam dari belakang dng terhasilnya kem masing2, masalah dalaman keluarga pemimpin (azizah/anwr/nurul) dan terkini masalah calon yg tidak mendapat restu ahli akar umbi dan tidak dipersetujui komponen lain.

komponen kedua bermasalah ialah pas yg berpecah kpd tiga kepala, satu mempunyai segolongan pemimpinnya walaupun memegang tiket ahli pas tetapi berkiblat kepada anwar. golongan kedua hanya fanatik kpd nik aziz dan golongan yg paling lemah tercicir dalam kumpulan hadi awang. calon pru13 kelak akan terdiri dari kem ini dan yg paling kevewa dan tersisih kelak datangnya dari kumpulan hadi awang.

kemungkinan besar hadi sendiri secara teknikal tidak bertanding bagi memberi peluang kpd kurangnya persaingan jawatan pm jika putrajaya terampas?

pas akan mengalami masalah besar dlm calon yg tidak direstui kerana ujudnya secara ketara 3 kem ini dan ini belum termaduk perpecahan pas di peringkat negeri spt kedah, perak, penang dan selangor. pas kelantan dan nik aziz juga hilang pengaruh dan hormat apabila ahli pas tidak berpuashati kerana beberapa kerusi di kawasan mereka nik aziz serahkan pada pkr dan dap? kawasan mana nik aziz beri laluan pada dap???

dap adalah komponen pakatan haram yg paling kurang masalah? kurang masaalah kerana semua pintu, tingkap, lubang diduduki dan dikawal oleh anak beranak, sepupu sepapat dan kroni belaka-laka.

anwar terus diburu ummi, dap dihantui tunku aziz dan pas dibogelkan hassan ali... anwar lari dari permatang pauh? limkitsiang cabut dari paloh timor!

pkr akan berkubur, pas menangis tak berlagu - insyaAllah.


Suka Mak Bapak Dia Umum Calon PRU

ada atau tidak, muhyiddin atau mana2 mb negeri bn termasuk presiden komponen bn mengumumkan calon pru13 mendahului pengumuman najib - tapi itulah terjadi pada pemimpin parti pakatan haram, tak ada protokol langsung, mabuktodisondolbabi style.

nik Abdul Aziz berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Saiful Bahrin Mohamad akan dipilih mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum nanti.
Kenyataan beliau itu dilihat agak mengejutkan ekoran pemimpin berkenaan didakwa pernah terlibat dengan skandal seks dalam koc kereta api satu ketika dulu.
Nik Abdul Aziz berkata, kesemua perkara itu merupakan fitnah melampau dan Saiful Bahrin akan terus bertanding bagi memberi pengajaran kepada pihak yang kononnya memfitnah beliau.

Aku tak tahu dalam PAS ini ada banyak kepala. Siapa sebenarnya yang layak umum si polan dan si anu bertanding atau tidak...

Aku rasa elok PAS serah sahaja pada Anwar untuk umumkan calon PAS yang akan bertanding di PRU kelak..pilihan Anwar lebih tepat. Nik Aziz elok dok diam-diam macam Hadi.

Untuk jadi calon, buatlah 'projek' tertentu agar ada sok sek ...lepas tu tuduh di fitnah...dapatlah jadi calon..

Contoh sebelum: Mat Sabu

Saturday, March 30, 2013

Anwar sendiri dah tahu..

Ramalan pembangkang - rakyat menyokongnya - dan mereka akan menubuhkan kerajaan - merampas  Putrajaya.

Kalau dah rasa nak menang - perlu ke mencetuskan huru hara sebelum mengetahui keputusan pilihanraya?

Untuk jadi PM di Permatang Pauh pun Anwar tak pertahankan kerusinya, dah rasa dirinya akan ditolak, bagaimana nak jadi PM di Putrajaya.




Thursday, March 28, 2013

Bob Lokman Merperlekeh mat sabu?


SHAH ALAM 26 Mac - Pelawak, pelakon dan penulis lirik yang kini menjadi aktivis Pas, Bob Lokman mengakui, penampilannya di pentas ceramah politik pembangkang selama ini untuk memancing kehadiran orang ramai.
Beliau atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman mendakwa, orang ramai yang hadir ke setiap ceramah politik Pas juga lebih tertarik untuk mendengar apa yang keluar dari mulutnya berbanding penceramah politik dari parti itu sendiri.
“Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.
“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program wacana bertajuk Artis dan Politik: Populariti atau Kredibiliti' di sini hari ini.
Kenyataan Bob Lokman itu merujuk kepada soalan apakah penyertaan beliau dalam parti politik pembangkang disebabkan penghijrahannya atau kerana popularitinya.
Selain Bob Lokman, tiga lagi ahli panel wacana tersebut ialah pengarah filem, Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Mohd. Zaidi Jamil atau Zed Zaidi dan pelakon yang kini aktivis Pas, Hairie Othman.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130327/po_11/Bob-Lokman-mengaku-dijadikan-alat-pancing-undi#ixzz2OnWrGYZX
© Utusan Melayu (M) Bhd 


apakah bermaksud..kalau mat sabu jadi penceramah pun, mereka masih tunggu dia buka mulut?

Wednesday, March 27, 2013

Orang PAS akan syok sendiri...

Bagai pucuk dicita ulam mendatang - itulah harapan DAP agar partiya dibatalkan ROS supaya menjadi isu baru untuk menaikkan perkauman cina di Malaysia bagi melambangkan melayu umno perkauman dan menindas kaum cina di Malaysia.

Keterpaksaan dap kononnya untuk memakai lambang pas di pru adalah satu gimik untuk menunjukkan dap sangat menghargai pas dalam pakatan dan lebih mudah untuk menarik melayu menyokong pas walaupun diwakili ahli dap.

Adalah lebih mudah untuk dap meletakkan calon dap menggunakan lambang pas dengan memperbanyakkan poster-poster nik aziz untuk dijadikan bahan mengelirukan pengundi melayu.

Jika sesuatu kawasan mencalonkan mca dan dap (menggunakan lambang pas) sudah pasti ramai melayu akan undi lambang pas yang diwakili oleh calon dap.

Malah disesuatu kawasan tertentu, ahli dap akan bertanding menggunakan lambang pkr.


6ANGKA