Sunday, May 5, 2013

keputusan di internet tak leh pakai...

bercanggah fakta dan berubah sekelip mata....

segalanya sudah berakhir....

Allah sudah tentukan dan mendahului sedangkan kita baru saja menamatkan segala rancangan, baru tutup undi, baru nak mula kira....

pemimpin politik dan para bloggers paling banyak kumpul fitnah. lepas ni kumpul lagi, itu di anggap perjuangan !!!

Saturday, May 4, 2013

aku tak dapat mengundi...

sebab aku belum mengundi, sat lagi, jam 4:50 baru aku nak pi, nak jadi undi penentu..pangkah mca drpd pangkah roket - dap tolah hudud bererti tolak pas bererti tolak isle.. di kluang sekarang hujan lebat baru reda. parlimen kluang milik dap, dua dun milik pas dan dap....undi aku hanya mahu kurangkan majoriti.

semoga bn berjaya dng cemerlang di lain kawasan, diseluruh negara, majoriti hebat.

doaku:

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasehani Maha Penyayang Maha Mengetahui.
Berikanlah kemenangan kpd mereka yang benar, yang ikhlas di atas jalanmu yg lurus.
Amin Ya Rabbala'alamin.

berita gempar dari ganu...

seorang pengundi minta spr conteng mukanya dng dakwat kekal untuk membuktikan bahawa dakwat itu boleh dipadamkan dengan cara mendiamkan diri atau sekadar minta nasihat tok garu...

# usahawan kilang spender ini dilihat bergerak ke arah balai polis...apa dia buat kat sana >> http:/dinturtle.blogspott.com

usaha terakhir - sms

setakat pukul 9pagi...aku sms 49 di seluruh malaysia terutama selangor dan 13 sms ke kelantan minta mereka pangkah bn...

aku dapat balasan 7 sms menyatakan 'takut ada gaduh-gaduh'
2 sms nyatakan 'kekalkan kelantan'
1 sms nyatakan 'mesti uuuubah'

yang lain-lain 'silent'

apa petanda tu.....

pengkhianatan di minit akhir terhadap pas...

melalui beberapa blog diberitakan karpal telah membuat pengumuman dan ketetapan awal, mendahului tarikh mengundi jika pakatan haram menang, perdana menteri haram yg pertama ialah anwar dan hadi sekadar tpm - sadis dan mengecewakan bagi seorang pejuang sejati dan mulia bercap isle seperti hadi hanya layak duduk di belakang pemimpin yg menyokong lgbt. mana majlis syura nak letak muka!!!!

maaf - aku terpaksa undi mca besok, sekurang-kurangnya aku masih berketuakan najib.

rakyat takut keluar mengundi ?!

soal keselamatan harus diutamakan mulai sekarang hingga ke tempoh masa yg sesuai...

samada ia dirancang atau secara kebetulan oleh mana2 pihak, keselamatan bukan terletak di tangan pembangkang atau bn tetapi terletak kpd pihak keselamatan, yg kena bertanggung jawab ialah menteri kdn dan kpn.

jika ada apa2 terjadi yg boleh meragut nyawa atau kecederaan dan kestabilan negara bahu yg kena pikul adalah mereka berdua, rakyat sudah bosan dengan cara mereka tangani keadaan. pdrm berada dalam tahap kesangsian akan kecekapan risikan mereka dan sejauh mana langkah pencegahan yg telah diambil, akan di ambil dan apa strategi mengekang apa jua spring.

jika rakyat takut keluar mengundi - keputusan pilihanraya kelak bukan gambaran sebenar.

UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...