Monday, May 13, 2013

Ketua Polis Negara buat kejutan

Difahamkan KPN sekarang, tak ingat namanya akan bersara wajib pada 17hb Mei ini. (Amaran: bukan dipecat atau letak jawatan atas desakan). Berdasarkan rekod perkhidmatannya yang sangat cemerlang dan digeruni serta dihormati agak rugi jika kerajaan tidak menawarkan beliau lanjutan perkhidmatan secara kontrak. Negara akan kehilangan seorang KPN yang mempunyai kemahiran dan kebijaksanaan yang sangat tinggi. PDRM sangat cemerlang, terbilang dan germilang sejak beliau ambil alih.

Di era pentadbirannya di bawah kementerian yg diterajui oleh Dato Hishamuddin, sepupu kpd PM, kedua- dua mereka telah mencipta banyak slogan-slogan yang menarik seperti:
Tidak teragak-agak.... (Ini yg paling popular)
Amaran keras... (Ini juga popular)
Keselamatan dijamin ....
Polis sedang memantau...
Mereka akan dipanggil...
Serah diri sebelum diburu...
Kita ada kepakaran khas...
Kita akan buru sampai ke lubang cacing...
Dan banyak lagi.

Bagaimanapun semalam, KPN membuat kejutan dengan satu lagi slogan yg mungkin boleh diwarisi oleh pengganti beliau:

'Saya.tahu apa nak buat'

Nota kaki:
Rakyat merayu PM mengekalkan terus Dato Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri kerana PDRM akan terus dihormati diperingkat antarabangsa sebagai yang paling cekap dan cepat bertindak mengenai semua isu dan permasalahan keselamatan negara. rakyat hidup dalam keadaan yang aman damai, keselamatan terjamin, kadar jenayah hampir sifar jika rakyat tidak mendapatkan maklumat dari media, kedatangan pelancong asing akan meningkat dari masa kesemasa.

SPR tawarkan ratusan lori kpd calon kalah...

keputusan pru13  dijangka diwartakan dalam bulan ini dan petition boleh dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikh diwartakan.

Dijangka beratus lori diperlukan untuk mengangkut segala dokumen ke mahkamah.

Ingat lagi berguni bukti UMNO rasuah yang di war-warkan Anwar, mana ???

KUALA LUMPUR 10 Mei : Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen dimahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti. - Hrkh.
Sejak selepas habih waktu mengundi hari Ahad lepas, aku takdak jumpa sapa-sapa orang kuat PAS diperingkat akarumbi. Semalam masa nak edarkan handbill majlis meraikan petugas untuk UPU aku, aku jumpa dengan sorang member pemuda yang cukup kerja keras untuk PRU13 ni.

Baru aku sedar yang di peringkat akar umbi sangat terkesan dengan kegagalan Pakatan Rakyat rampas balik negeri Perak. Aku dok ingat semua orang macam aku, rileks ja walaupun PR tak berjaya tumbangkan Umno, rupa-rupanya diperingkat akar umbi ada yang sampai menitiskan air mata.

Dan bila depa tersedar yang semua tu hasil kerja celaka penchachai Umno BN yang main kecoh, main tipu dan sebagainya memang makin meluap-luap la kemarahan depa kat Umno.

Jadinya memang sesuai sangat PAS Perak buat petition tu, yang pertama tentunya mungkin pasai nak tegakkan keadilan mana tau kut-kut kalau boleh menang 3 dari 6 kes tu, boleh la Pakatan Rakyat pulak rampas Perak melalui mahkamah.

Yang keduanya, dengan adanya petition tu mungkin cerita pasai penyelewengan pilihanraya oleh Umno BN akan lebih ramai yang akan dapat maklumat dan akan lebih ramai yang akan bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Dan yang ketiga, sikit sebanyak petisyen ni boleh sejukkan sikit hati ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang memang panas hati sangat kat Umno BN sekarang ni.http://bicararakyat007.blogspot.com/2013/05/pas-perak-buat-petition.html


Jangan lupa calon BN juga boleh kemukakan petisyen. Boleh ke? manatau kot kot kalau BN semua tak boleh.

Betul ke puak ni suka negara huruhara...

Anwar wajar disokong, huruharakanlah negara jika betul kemahuan majoriti cina cina malaysia macam tu. jangan sekadar kumpul di stadium, buatlah perarakan, buatlah ganas sikit. Kalau boleh segera !!!!

Orang melayu pun jangan pula dihalang, orang Islam jangan pula dilarang.

Polis dan tentera juga wajar main peranan masing2.

Kalau dilarang makin menjadi ! Dia fikir semua gerun, takut dan bacul.

siapa pemimpin yg mempunyai ciri2 seorang bekas PM

Sepanjang tempoh menjadi ketua pemuda umno dan ketua pemuda bn tolong senaraikan
1. Jasanya secara langsung
2. Jasanya tumpang program orang
3. Jasanya menikam umno dari belakang

Jika kapabiliti itu terbawa sebagai menteri kabinet, tentu dapat mewarisi jasa bapa mertuanya yg gemilang, terbilang dan cemerlang.

Sunday, May 12, 2013

Pensyarah Hilang - Polis Perancis cari...

Tolong Hebahkan:

seorang guru lelaki yang sepatutnya melaporkan diri untuk mula menjalankan tugas sebagai pensyarah jemputan di sebuah kolej di ibu negara yang sepatutnya bermula pada hari isnin lepas telah gagal melaporkan diri, laporan telah dibuat oleh anak perempuannya dan pihak polis telah klasifikasikannya sebagai hilang.

pensyarah kontrak ini berasal dari luar negara, kurus, berbadan kecil, lingkungan usia 60an, muka agak cengkung dan bengis. Orang ramai dinasihatkan supaya  segera menghubungi pihak keselamatan jika pensyarah tersebut dapat dikesan, bagaimanapun dia perlu dijauhi kerana mampu mendatangkan kecederaan jika berada dalam tekanan. rekod perubatan menunjukkan pensyarah ini mempunyai masalah kekeluargaan yg serius tetapi pihak polis enggan mengulas lanjut.

pensyarah ini dijangkakan mengajar ' new kamasutra tect' di kolej seni dan budaya, pon des arts, quai de louvre, place de l'institute, 75006, paris, perancis.sebarang maklumat boleh hubungi sarjan gustave eiffel

Mahukah muhyiddin berundur memberi laluan pada hadi....

Apa muslihat pas menolak jawatan mb selangor?

Berhati hatilah pakatan, jangan too much kritik hadi dan pas takut menyanyi tak berlagu karang. Jasa pas terlalu besar jika dibandingkan dng jumlah kerusi parlimen paling corot, tak berbaloi. Tanpa sokongan pas dari segi semangat juang semangat kerja ahli pas, dap dan pkr is nothing, nothing at all.
Hadi diam umpama ubi.

Pas jika melihat kpd matlamat kuasa bersama pakatan menawan putrajaya, masih sekadar timbalan perdana menteri yg mampu dicapai atas ehsan, matlamat untuk melaksanakan negara isle ala nik aziz umpama jauh panggang dari api, itu memang pemimpin pas tahu, itu rakyat pun tahu.

Satu peluang yg masih terbuka ialah menerima umno secara rakan politik bersyarat. Terma dan syarat adalah secara tertutup. Hasilnya adalah wajar mana2 tokoh pas dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan satu lagi jawatan menteri kanan samada kdn, pendidikan atau kewangan. Pas masih menguasai kelantan dan umno menguasai kedah.

Apakah muslihat pas menolak jawatan mb selangor?.. Ada realiti di sebaliknya

kenapa ramai tak peduli apa yg anwar mahu lagi.

1. menang di permatang pauh - sudah.

2. kekal menang di pp, selangor - sudah

3. kekal menang di kelantan - sudah tapi kecewa husam diperbudakan.

4.,kekal jadi ketua pembangkang - sudah

5. apa lagi anwar mahu?

6. Perdana Menteri? - silap anwar, PM memang milik najib, anwar patut bertanding di pekan untuk memalukan najib sekaligus mengaibkan umno. jika anwar menang, org melayu terpaksa akur anwar memang hebat dan merestuinya sebagai pm.

7. tanpa restu org melayu umno, diulangi, tanpa restu orang melayu umno - tiada sesiapa mampu jadi PM.

8. anwar boleh cuba apply jadi ahli umno atau bubar pkr dan semua masuk umno, lawan dari dalam, tak perlu keluar sesen pun beli yb - itu baru hebat !!!!

9. lain2 cara selain dari itu, arab spring, beli yb - bukanlah cara nelson mandela, bukan cara mahattma ghandi juga bukan cara nusaibah binti ka'ab.

6ANGKA